Assalamualaikum w.b.t
Dia prejudis apabila janda yang melintas
Padahal janda itu bukan janda berhias
Tapi balu kehilangan suami..
Yang tersayang
Dia tak merasa apa yang wanita itu telah hilang
Yang dihiraukan cuma suami..
Ya, suami yang mungkin curang
Kamu lupakah,
Dia baru sahaja kehilangan,
Bukan terpisah ikatan perasaan..
Tapi kekalnya yang tersayang di dalam sana
Tak kan pulang melainkan akhirat pula
Lagi, buat apa kamu bimbang
Dia bukan janda berhias
Yang selalu dimomokkan gersang
Dia balu kehilangan
[orang Islam, kena redha dengan apa yang Allah takdirkan]
...............
Apa yang aku tulis kat atas tak tahu dalam kategori apa
Kenyataan...
...............
Keluarga aku pernah kehilangan
Dia masih meneruskan kewajipan
Silapkah dia singgah di masjid untuk solat
Sehingga dikatakan..
"Tak habis idah lagi, mana boleh keluar rumah"
Kalau ikutkan darah panas
Masa tu jugak aku pergi lempang yang berkata
Hairannya,
Yang berkata..
Datang masjid, mengaji Quran ramai-ramai, dalam kumpulan
Prejudis kamu terhadap yang kehilangan begitukah?
Sungguh aku memang rasa nak lempang
Tapi hormat masih ada, berani cuma rasa kata sahaja
Insecurity, mungkin itu yang dapat aku simpulkan untuk perempuan macam dia
Rasa tak selamat.
Padahal mak aku dah tak tinggal kat situ,
Rumah pom dah bagi sewa,
Singgah masjid solat sebelum jemput abang aku pulang sahaja
Memang dia takkan baca blog aku
Ini cuma luahan aku
Yang kesal dengan sikap prejudis manusia
Harap semua dapat positifkan minda
Husnu-zhon
Bukan semua perempuan itu sama
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mulut...
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: sampai bila aku nak beli baju raya, Ma cakap,
"Tak payahlah beli, takde siapa dah nak tengok...Ma pakai yang tahun lepas je"
p/s lagi: Aku peduli apa, mak aku, kena pakai lawa-lawa..
kamu prejudis ker apo jangan kesah..
[diam lebih baik dari mengata sakitkan jiwa]
4 comments:
mulut orang cik ya oii.. bukan boleh tgk orang senang sikit ke apa.. nak cari kesalahan jeee.. hmmm.. sabo2..
cekodok,
insecurity,
saba je lah, tapi bila ingat balik tu terasa sikit..
mulut orang, nak buat camne, buat pengajaran jangan jadi macam tu suda.. :)
sabo ye yang...mulot org mmg slalu je x puas dengan kebahagiaan org lain..pedulikan mereka.biar Allah jer bls ape diorng tu buat.
sabar..
benda tu dah lama, cuma teringat, share, reminder untuk diri dan siapa yang baca ^^"
dia tak rasa lagi, sooner or later, aku tak nak dia dapat yang buruk-buruk ker apo,
harap insaf dan reti jaga mulut suda..
perempuan, bila takde kerja, kain orang nak kutip jaga..
:)
Post a Comment