The Other Side

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

Assalamualaikum w.b.t...

anOther stOry tO tell yOu

Ini rentetan Cik Syada...!
Tinkayu Tinbesi Cik Syada,
Tag lagi Cikya terima..
hee~

Kalau nak join klik SINI...!
Terms, rules and regulations as stated..
^^
Mempersembahkan...

Tadaa...!

[ Ini lah dekstop laptop aku... ]

Hahaha,
Sila jangan gelak!

Tu botol perfume..
Cap Lanvin..
Aku pernah letak dalam entry aku yang INI...!

Erkk, aku suka gambar ini,
Sebab lawa...
*ada ayat Marry me!*
;P
Tak, sila berhusnu-zhon dengan aku
Perfume ni menarik sebab ada ayat keramat tu lar..
Hahaha

Yang note kuning tu,
Best regards bla-bla-bla aku letak kat dekstop
Sebab senang nak copy and paste bila aku kena taip emel rasmi kat committee..

Signature pom kat dekstop sebab senang nak cari bila nak buat surat rasmi...lagi.
Kerja setiausaha tak sulit memang macam ni..


Gambar berkot kat dekstop jugak sebab senang nak cari sekali lagi bila
Aku kena buat resume atau isi borang database

Ikon game Hang-A-Roo dan Ayam penting!
Penghilang bosan bila aku dah muak membaca atau menaip

Ada folder khas lagu untuk waktu aku jiwang-jiwang
Ikon 'Play' warna hijau

Dan perkara-perkara lagha sewaktu dengannya macam browser dua bijik setia kat dekstop
Fuhh!!!

Rasa macam dah panjang dan membosankan jer..

Abang Kaspersky jugak Si Bulat hijau kat atas tak dilupakan..
Kesatria waja laptop aku nan jitu

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Lappy Ye

:: Salam Satu Aqidah! ::

Aku Tag:



p/s: tolong jangan bosan dengan penjelasan aku.. haha
seikhlas hati dan jujur tu aku susun satu-satu.. :)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cincin Permata Hijau 3 Biji..

Assalamualaikum w.b.t...

Erkk, permata hijau tu zamrud lah kan..

Kalau aku cakap,
Cincin kahwin nanti tak nak berlian,
Nak zamrud buleh ??
Hee


[hijau gelap...]
*simbol tu simbol Irish*


Dulu pernah ada cincin
Lebih kurang macam kat atas,
Tapi semua batu hijau...

Status cincin tu sekarang tu dah hilang kalau tak silap..
Sayang kan..

Azam aku nak zamrud 3 biji buat cincin..
Cincin kahwin..
Tak mahal sangat kan??
Tapi nak zamrud yang hijau gelap
Tak nak yang warna cerah

Kongsi duit beli cincin pom tak kesah...
Asal tercapai hajat di hati
:)

Tadi usha-usha green amethyst,
Tak berkenan sangat,
Lab made green diamond..
Lawa tapi teringat yang lama..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Simpanan Buat Beli Cincin

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: jarang kan orang pakai cincin zamrud kan ?

p/s lagi: tapi tak tahu kalau beberapa tahun lagi selera berubah.. harap tak.. kita kongsi ye! :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cinta Dalam Hati

Assalamualaikum w.b.t...

Aku tersenyum pahit lepas jawab paper Anti-Infektif dan Lain-lain Kemoterapi..
Terapi jiwa untuk menghadapi next 4 papers.. ^^

Cinta Dalam Hati,
Aku nak tanya,
Siapa pernah rasa?
Cepat-cepat komen..

Aku berminat nak tahu kisah Cinta Dalam Hati korang
Kalau ada 3-4 kisah, boleh buat entry special cerita pasal ni..
Haha
*serius ni*

Jom Kongsi..
Sangat berminat..
Sangat berminat..nak tahu...

Cerita member aku yang mana aku nak canang nih..
haha

Kisah aku?
---
Kisah Sepasang Kurung Biru
*yang version lagu raya tu*
---

[aku nak cari warna biru yang sama macam...tapi tak jumpa]
T.T

Boleh lah sayu sama-sama dengan aku
walaupun bukan hari raya..
tak lama dah pom
yang belum ganti sila ganti cepat-cepat..
weewitt~

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Harapan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sumber gambar tu terang tang-tang-tang, www.butiknep.com, berminat boleh singgah, aku tak kenal pom..

p/s lagi: dark blue metallic please.. 

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kita Kalau Orang Tak Suka

....

Jangan duk menyendeng dekat dia..

Bawak diri lar macam ni..

....


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga...

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: jumpa balik lepas exam insyaAllah

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Hilang Ingatan Takde Orang Nak Kan ???

Assalamualaikum w.b.t

Ini bukan kes aku terhantuk pintu ker sampai hilang ingatan
Selective-amnesia pom bukan sebab aku tak mintak ingatan tu hilang
Orang kata selective-amnesia datang bila nak exam,
Baca notes sampai lebu tapi tak ingat
Nauzubillah

Bila aku jumpa member lama
Dari sekolah rendah, sekolah menengah
Jiran masa kecik-kecik sebab aku pindah-randah
Walhal yang zaman matrik sekalipun..

Aku tak ingat
Aku mungkin ingat nama,
Kadang-kadang ingat rupa jer
Lagi teruk bila dua-dua ingatan dah takde



[memories sweeten up the life]

Sedih pulak rasa,
Bila mereka bercerita pasal 
Kenangan lama
Yang mana
Aku hanya mampu mendengar dan tersenyum
Gaya aku ingat cerita itu
Hanya tersenyum
Sebab aku tak ingat

Sakit owh,
Sebab tak ingat..
Mungkin bagi orang lain takpe tapi bagi aku
Kenangan tu yang boleh buat aku tersenyum
Kalau tak ingat, itu bukan kenangan

Orang akan cakap,
Biasa lar, makin lama, makin lupa.
Kalau aku tak nak lupa boleh ???

[running up-down the hill, for you I still searching...]

Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Ingatan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku selalu cakap kat orang, 
don't cling to old memories if that would hurt you..
and it's hurt if you forget your sweet old memories..

p/s lagi: kalau aku hilang memori pasal korang, harap korang masih ingat dan tegur aku ye.. :)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

You Seksi, I Geli You

....

Takde,
Hati rasa menggedik nak cakap..
Tadi aku jalan-jalan kat fesbuk kawan-kawan aku
Sambil usha-usha gambar terbaru mereka
Tup-tup jumpa lar member lama..

Bukan stalk owh.
Member aku tu lelaki
Sekali aku tengok lar, yang duk mengkomen nyer..
Perempuan..
Profile picture mungkin bagi orang lain tak seksi kot
Tapi bagi aku,
Kalau free hair sauk singlet gambar atas paras dada tapi
Tetap menyentak mata dan naluri aku

[rasa, mata, nafsu, kekal ker ???]

Aku perempuan
Kau perempuan
Aku nak pakai baju fit pom malu
Apa kau tayang-tayang tak malu?

Adeh!
Maaf kalau terasa
Sebab kita perempuan, 
Rasulullah dah angkat darjat wanita tu
Dah tinggi berbanding zaman jahiliyah orang duk keji
Hargai lah diri

Sekali tayang, yang duk hinggap tengok puji kau cantik tu..
Aku, tak tahu nak kata apo..
Maaf lagi,
Aku bukan nak prejudis ker apo..
Cuma, aku perempuan, we care each other
Kerana dirimu begitu berharga

Kalau kamu,
Lelaki mahupun perempuan macam aku
Separuh pom termasuk dalam survey aku

---
Nak gula-gula yang masih dalam pembalut ker
Nak yang dah terdedah terbukak terkoyak sikit pembalut?
---

[yang dah terbukak, masuk angin, semut pom boleh tertarik]

Aku pilih yang berbungkus elok
Analogi mudah ni senangkan kan faham
Kalau tak faham tanya..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Aurat

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ikhlas tak dapat digambarkan, katakan aku jujur, apa yang aku rasa...

p/s lagi: ajaran Islam tu evergreen, applicable throughout time forever..

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Aku Kacak Bergaya, Kau Ada Apa ?

Assalamualaikum w.b.t...

Bayangkan aku cakap sambil gigit batang padi kat tepi bibir..
Tapi yang gigit rokok bagi aku tak tergolong dalam golongan kacak lah
Aku jujur ni, jangan merokok ea :)

Haa kau, tak jatuh hati ???
Sambil kaki angkat letak atas bangku, 
Muka sebajet mungkin..

Lelaki idaman aku cakap..
---
Aku ada ilmu di dada,
Nak bimbing anak isteri aku nanti, jangan sesat dengan nikmat dunia
Biarlah aku tak kacak macam kau
Sedap mata mak mertua pandang sudah
---

Lelaki itu cakap lagi,
---
Ada apa dengan rupa
*walau ada sumbangan dari segi genetik jugak*
Asalkan aku dapat jaga orang sekeliling aku tak jauh dari syukur yang Esa
Aku kerja cari harta halal nak bagi makan
---

[doa dapat anak comel macam ni]

Hee,
Lelaki itu cool sahaja,
*aku dengar sambil angkat ibu jari dan berhajat nak tekan butang "like" 10 kali*
Tak menyumpah seranah

Yang nak aku cakap sebenarnya
Member aku, habis spm dulu, masa cuti,
Dia pergi mengaji kat pondok, menuntut kat pondok
Kat sekolah dulu, orang siap cop dia player lagi,
Ada peminat datang tunggu kat muka pintu kelas sebab nak jumpa
Naik motor besar walaupom pinjam abang dia punya

Sekarang member aku, 
Dah pandai lilit serban, cakap bersembur pasal agama..
Aku respek guling-guling lah
Dia boleh berubah,
Macam jadi lebih matang dan nampak lagi bergaya.

Kesimpulannya,
Kalau ada yang masa lapang bila cuti ker,
Boleh lah ambik peluang pergi mengaji pondok..
Tak rugi, kejar ilmu agama..

Dialog di atas rekaan sahaja,
Sebab aku tak jumpa lagi yang macam tu.
Ker siapa yang macam tu boleh angkat tangan sambil komen ^^

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga-jaga Kita Ilmu Tak Pernah Cukup

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: haha, aku lagi suka tengok lelaki pakai kopiah daripada songkok, nampak lagi real, tenang jer berkopiah putih

[kacak kan ???]
*sengih tak gatal tapi sopan*

p/s lagi: genetik ooo genetik

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Separa Cinta Separa Suka Ada ???

Assalamualaikum w.b.t

Korang pernah dengar tak istilah ni ??

:: Separa Cinta Separa Suka ::

Haa kau,
Mahu tersengih bila member aku cakap macam tu kat aku

Bila member aku menghuraikan dengan panjang lebar bahawa
1. Cinta dan Suka Tak Sama
2. Memang Tak Sama
3. Kategori Ketiga Adalah Sayang
*lain jugak*

Kisah aku,
Kesimpulan member aku bagi
Separa Cinta Separa Suka
Kisah aku macam mana sampai member aku cakap macam tu ?
Nanti jadi realiti lah aku kongsi..
hahaha
*jangan harap aku kongsi*
merapu merepek kisah orang lain boleh lar aku canang..kiki

CinKa + SuTa = Mix Blood Cinta dan Suka

[Cin dan Ka bila bersama..]

:: Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perasaan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: 
tanam pinang rapat-rapat
puyuh nak lari terlanggar perigi
masuk minang lah cepat-cepat
sendiri sudah berdua belum lagi

p/s lagi: sila gelak..hahaha

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Bosan Bila Perempuan Naif

Assalamualaikum w.b.t

Hahaha
Aku bukan lah tak naif ker naif ker
Justifikasi naif tu takde siapa lagi letak kat aku
Darjah kenaifan kau adalah 50%..
Haa, tak pernah lagi.

Ini sebab aku tertonton sinetron kat Astro Ria lah..
Petang tadi...tergugat mood gembira makan bihun ladna
*eating real food huh*

Kejora dan Bintang

Maaf, aku bukan nak kutuk ker apo
Cuma, aku bosan bila perempuan terlalu naif
Macam terlalu bodoh untuk fikir apa yang sepatutnya dilakukan pada masa tertentu
Perempuan yang selalu kena buli
Macam petang tadi,
Dah bila orang acu pisau nak tikam, kau lari lar, yang pergi buat mata terjojol tanda takut tunggu Erlangga kena tikam..
Adeh!
Itu pertama kali tahu aku tengok sinetron itu
Dan mungkin kalau tengok lagi pom sebab siaran tv kat kafe aku tu duk pasang cerita tu masa aku makan

Lagi,
Memang aku akan prejudis dengan perempuan yang selalu berlakon watak baik ala-ala naif
Aleh-aleh naik muka sama jadi gadis suci nan lurus di alam semesta
Tapi aku bukan nak suruh berlakon watak *teett* ker apo
Kena variasi lah kan.. ^^

[satu Kejora satu Bintang]
*bukan dua-dua maksud sama ker?*

Sudah.
Macam lebih-lebih pulak aku nih.
Lagi satu,
Aku tak suka sangat sinetron indonesia sebab watak jahat dia tersangat jahat sangat, tersangat licik dan otak geliga dan suka sangat jojolkan bijik mata..
Adeh!

[apa tengok-tengok, cucuk mata karang]

Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mata Boleh???

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: maaf kalau ada yang terkecil hati ker apo,
ini cuma apa yang aku rasa.. 

p/s lagi: apa kata yang membaca ?

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Perut Kecil-->Bloating Dan Kurus

....

Bukan apo sangat..
Bila member tegur..
"Eh, kau dah kurus sekarang...!"

Aku,
"Eh, ye ker???"
---
Sambil rasa nak tergolek-golek gembira
---

Aku,
Bloating, bukan kerana perut kecik,
Akhir-akhir ni aku makan kurang..
*buat kisah sedih*
Bila aku makan dengan gumbiranya secara tiba-tiba hari ni
Haa kau,
Penuh dengan air rasa nak cecah tekak
Kenyang tak menyempat..

Persoalan,
Aku betul-betul kurus ker..
Nanti aku timbang..
Hilang lemak ker hilang otot..

make me thin or friends fat
[sayang lebih lar kucing ni..haha]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kesihatan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: serius, aku kena kurangkan makan...yang kena bayar sendiri
nanti bila balik rumah makan banyak-banyak balik..

p/s lagi: seburuk-buruk bekas yang penuh adalah perut...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Jom Dapat Kupon Diskaun 25% PTS Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Assalamualaikum w.b.t..

Tengok sidebar tak ??


Cara-cara Nak Join:

1. Isi borang online kat website PTS

2. Salin kod HTML mana-mana banner di http://pts.com.my/index.php/pbakl/banner/ dan paparkan dalam blog blog.

3. Kempen ini bermula 23 Mac 2011 hingga 18 April 2011. 

4. Hanya blog yang mendapat minima 50 pelawat sepanjang tempoh kempen ke laman minisite PTS@PBAKL 2011 layak mendapat kupon ini. 

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Minat

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: jujur, aku copy sebijik sebijik dari website PTS, adeh! ^^'

Thanks to Itik Kejam...! sebab tahu melalui dia.. :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Terpeluk 'Lelaki'

.....

Erkk, 
Ni cerita dah lama
Tiba-tiba teringat balik..
Aku balik bercuti dari matrik..
Jalan-jalan kat shopping mall dengan family aku
Mak ada sekali lar..

Sekali aku duk syok jalan-jalan ada orang panggil..
Apa melilau lar aku cari..
Lepas tu nampak lar member aku yang dari sekolah menengah dulu
Lama tak jumpa owh
Apa lagi, terus aku peluk...

Hahaha,
Yang tak tahannya,
Mak aku terkejut sakan lar..
Sebab yang aku peluk tu "lelaki"
Adeh,
Member aku siap salam-salam ngan mak aku..

[siapa hensem macam ni angkat tangan dan komen]

Al-kisahnya,
Member aku tu, 
Dia bukan pengkid,
Tomboy aku tak berani nak cakap
Tapi dia memang smart giler potong rambut pendek pakai kemeja..
Kalau pakai tudung pom sweet jugak..
Tak tahu nak klasifikasikan macam mana

[dia suka buat rambut macam ni]

Jenuh aku explain kat mak aku masa balik..
Kahkahkah

Bila lar member aku tu nak jadi perempuan ayu sejati..

Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Status

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: serius, dia comel owh pakai tudung, siap ada lesung pipit lagi..

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Ouch, Reality Bites

Assalamualaikum w.b.t..

Ini gara-gara aku tergoogle pasal hutang,
Gambar yang keluar pasal bajet kahwin

Sila cuci mata dan bandingkan..

[ni yang dimomokkan dalam Facebook]

[set 1]
*contoh*


[set 2]
*contoh*

Yang mahal bahagian sanding lah biasanya kan ???

Berdasarkan pengalaman kakak aku kahwin..
Aku tak tanya total kos kahwin tu

InsyaAllah tak semahal macam di atas
Sebab tak guna PA system,
*takde nyanyi-nyanyi ker apo*

Tak guna dewan, majlis kat halaman dan dalam rumah sahaja
Sewa kanopi jer

Jurugambar pom takde lar cecah ribu kalau tak silap
Door gift pakat buat sendiri
*kalau beli yang dah siap mahal kan, kerah sepupu sepapat tolong, haha*

Hantaran kakak aku gubah sendiri
*dia semangat gubah sendiri memang dia buat lawa pom*

Takde pengapit sebab tak bersanding, tapi pelamin ada lar buat ambik gambar dengan saudara
*tukang bagi door gift aku dengan adik*
---
Sampai orang tanya, 
"Ini ker pengantin nya?"
Adeh!
---

Tak guna katering tapi tolong-menolong saudara jiran sekampung memasak
*ada jugak lar upah tapi tak sedasyat katering*

Set bilik baru tapi takde lar mahal sangat, hias pom harga termasuk dalam pakej pelamin

Haa, yang ni mekap, pom tambah sikit dalam set pelamin sebab kakak nak guna juru andam perempuan
Hantaran kalau dalam seribu tu biasa lar kot ???
Ker mahal.. :D

Okeh, siap sudah aku merapu pasal bajet kahwin..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Bajet Kahwin

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: serius, gambar kat atas semua aku ambik dalam google images.
dan memang aku dah cakap kat profile kan, images courtesy of google. :D

p/s lagi: mungkin bajet berbeza, ikut korang hidup kat mana, yang mana kisah kakak aku tu, kami tak bandar tak kampung, separa kampung ada ?? haha

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.