The Other Side

Lelong Pantun..

Assalamualaikum w.b.t...

Ini macam sesi jual-beli-dagang-lelong pantun yang aku request dari Cekodok!

Kitar kaca kitar plastik
Kitar semula ikut warna
Muka lawa muka plastik
Bila mekap macam mewarna
[penangan kempen kitar semula kat Taiping]

Yang kat bawah pantun belara jiwa..hahaha

Rentas rimba ikut denai
Semak diragu bahaya tak tiba
Diri sendiri jangan terabai
Walau kecewa sayang tak setia

Denai basah jalan berlumpur
Kilas kain enggan terkena
Sekali merana terus tersungkur
Ketawa mereka kita merana


Kerdip si kunang malam gelita
Suluh jalan pengembara pulang
Dia pergi jauhlah derita
Resah hati menanggung walang

Lipat kain atas para
Api pelita lupa nak padam
Kasih orang biar berpada
Dia tinggal jangan berdendam

Ini KHAS untuk Cekodok..!

Tiang buluh lilit sutera
Buat pengadang panas cahaya
Duduk berdua mengulam cinta
Jangan lupa pinang si dia

Bunga palas apit pengantin
Air mawar sudah direnjis
Cekodok cepat-cepatlah kahwin
Cikya nak merasa datang majlis

[Cekodok take note!]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jiwa

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku jamin takde orang beli..
hahaha
*sedih giler!*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

5 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...
March 22, 2011 at 12:45 AM

apesal cik dilla ne nak testing2 lak ni.. xreti nk berpantun la tu.. hahaha

[Reply to comment]
.Dilla Nur. said...
March 22, 2011 at 12:47 AM

cubit kang baru tau top ni...testing sbb td taleh nk komen laa...uwaa...nanti kalo rajin nak perah otak beli pantun ni...hahak...

[Reply to comment]
Cikya said...
March 22, 2011 at 1:03 AM

hee, sila..sila beli..

nama dah pom lelong, tak mahal macam durian sekilo pom.. :D

Top tak mau beli ka ??

[Reply to comment]
Cikya said...
March 22, 2011 at 1:03 AM

Cik Dilla, ku nanti ku tunggu...hee ;)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.