The Other Side

Pantun Nak Jual

Assalamualaikum w.b.t

Tema random
Sebab ikut terlintas jer kat kepala nih..

Orang sayang dia nak sayang
Buah hati rantai kat pintu
Orang berang dia nak berang
Perangai diri berubah selalu tak tentu

Datang rumah ketuk pintu
Calon datang nak jadi menantu
Syarat harta bukan tak mahu
Bahagiakan pasangan nombor satu

Sana kahwin sini tunang
Usung diri hadir walimah
Hilang jodoh jangan dikenang
Tetapan Allah memang berhikmah

Buruk rupa harta tiada
Resah hati siapa tahu
Keluh jangan takdir sedia
Kita redha Allah tahu

Jenuh pinang semua tak mahu
Calon dipilih kena setaraf
Buat pilihan semahu-mahu
Luaran dalaman kena iktiraf

Rindu langit nak petik bintang
Nak isi penuh satu telaga
Kita hidup bukan seorang
Hidup bermasyarakat kena berjaga

Okeh,
Lepas siap pantun kenapa macam banyak jiwa-jiwa jer..
haha
Biarlah
Asal ku bahagia
*karang sambil dengar lagu Ku bahagia by Melly Goeslow*

[Pic comel macam ni banyak kat SINI..!]


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jiwa..

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: to Marlyana Syaza, harap ni bukan pic abuse, jumpa kat google..
hee~ 
thanks! :)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

2 comments:

cik azeya said...
March 29, 2011 at 9:47 AM

wah. pandainye cik ya berpantun. tak reti la nak beli. ^^

[Reply to comment]
Cikya said...
March 29, 2011 at 8:40 PM

cik azeya,

hee, takde pandai pom. saje suka-suka..
boleh try, goreng jer..
tak beli semua, beli yang berkenan je pom cikya suka.. :D

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.