The Other Side

Mencipta Alasan

Assalamualaikum w.b.t.

Short Term memory.
Bila topik DNA replication yang belajar 2 tahun lepas,
gagap-gagap wajib pending bila nak recall dari otak.

Ignorant.
Sengaja tak nak ambik tahu.
Sengaja tak pakai spek bila turun...
Lagi rela rabun.
Sampai orang kata kita sombong.

Forget.
Pilih untuk tidak ingat sebab tak penting?
Atau gabungan Short Term Memory dan Ignorant.

Miss.
Macam mana nak rindu kenangan kalau ingatan tak ada.
Kadang ada kes psikologi yang orang sengaja buat memory block.
Andai dia ada kenangan pahit.

Stubborn.
Dah tahu ada masalah kat atas.
Masih berdegil untuk tak simpan benda-benda yang boleh 'ring a bell' bila tengok.
Sikit-sikit buang, zaman sekarang, gatal tangan tekan butang delete all.
Tak sedar diri tu, ada bakat senile zaman muda.

Senile.
Masalah neuron...
Atau otak dah kurang guna.
Dan Allah dah takdirkan dia memang nyanyuk.
Rajin-rajin lar baca, tadabbur Al Quran.

Aku.
Gabungan semua.
Lepas tu terpinga mencari memori lama?
Kadang fikir, macam mana waktu dulu.
Mungkin tak berubah.
Lecturer Pharmacognosy cakap,
Human is consistently INconsistent.
Ditto super true.

Aku,
menyesal sebab lupa?
Takpe lah, asalkan ada orang nak tolong remind...
=)
Tapi malu juga, kihkihkih.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Ingatan Kenangan.

:: Salam Satu Aqidah! ::

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cara Untuk diBahan Jiran & Saudara

Assalamualaikum w.b.t.

Lelaki nampak awet muda sebab, kulit muka mereka tebal,
susah nak kedut...
Dah umur 40 pom masih charming.
Perempuan jangan selalu marah, nanti kedut,

yang kering suami kena beli Loreal lah, Olay lah, SK-II lar...
Mampu??

Tak mampu, bedak sejuk pom layannn..



Tanpa rasa segan silu,
baru faham, kenapa lar banyak member duk kalut bila sampai umur macam ni.
Kahkah,
*gelak geli hati macam comel*

Kisah 1.

Jiran buat makan-makan untuk Maulud,
kebetulan bunga rampai depa tak ikat lagi nak bagi kat orang yang datang selawat lepas Isyak.
Ingat datang lepas maghrib, nak cabut sebelum orang siap solat Isyak.

Kesimpulannya,
kerja membungkus bunga rampai dan tolong susun makanan dalam talam,
situasi yang agak kalut,
sebab yang baru lepas selawat tu mungkin spare perut tak makan malam.
Lapar sangat, sekejap-sekejap nasi tambah...

Duk kalut-kalut,
dengar orang panggil,

"*****."

Aku,
"Ya, Ma..."
*muka confident Ma yang panggil*

Sekali jiran depan rumah yang panggil.
Pergh, malu kena gelak...

Jiran,
"Ada chance nak jadi menantu lar gini..."
*sengih sambil gelak*

Aku geleng laju-laju, cakap dah gagap,
"Eh, dopp....dopp...."
Satu dapur gelak...

Kisah 2.

Anak jiran yang kat atas.
A'an, 
tiba-tiba datang dekat masa gaya ayu ikat bunga rampai.

Dia,
"Nampak macam dah bau-bau gulai je ni..."

Aku,
"Heh, erkk...gulai?"
*tanya gaya innocent*
"Muka macam dah ada orang ker?"

A'an,
"Ha ah, tak lama dah tu.."

"Haha, cincin pom tarakkk...gulai apanya."



"Orang sekarang bukannya pakai cincin dah, rantai, jam..."

"Hee, takdakk eh, Nuyu dulu kot..."
*guna adik untuk larikan diri.*
hahaha
"A'an dulu ker.."

-----------------------------------

Kesimpulannya, 
jangan tersasul panggil mak orang lain sebagai mak sendiri.
Dan pandai-pandai libatkan orang lain untuk larikan diri.

Tak nak dah dress up sopan-sopan lepas ni.
Kahkah...
Nanti orang tanya nak kahwin bila,
kalau pakai sememeh,
orang tak tanya kot...
Tapi aku pulak yang tak sanggup nak keluar pakai selekeh.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Akhlak Cantik Gigi Kuning Takpa Kot...

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: kenapa member cakap aku jual mahal? Tengok orang pom tak, bila drive kereta pom rabun...

[keep the faith for those in this LDR stuff]


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Sawan Memasak.

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sem ni 4 minggu.

1 minggu sangat rajin, setiap hari buat breakfast.
*masa awal-awal balik*

Minggu kedua,
dah terjebak dalam kancah tibi yang melekakan,
masak kadang-kadang,
banyak makan kat luar.

Minggu ketiga,
menggila buat desserts...
Tart telur, Puding trifle, spagetti dua kali, 
benda-benda mengarut yang menggemukkan.

[suka bajet chef besar sebab masa campak garam atau gula, pakai tangan]
*tak cool konon guna sudu*


Minggu terakhir cuti,
*minggu ni*
misi menggemukkan Ma,
walaupom Ma dah complain rasa gemuk gaya berjalan peha bergesel..
Hahaha, gelak puas hati.
Abang tu, dah puas bebel suruh exercise,
dia bebel balik sebab penat macam-macam.
Dah pandai bentak sekarang. =D

Keputusan,
semalam nak buat icing cake tak jadi,
sebab memandai malas nak tengok resepi,
tambah macam-macam,
left frozen in fridge,
tengok lar apa jadi, kek pom dah tinggal suku.

Ingat nak buat apple pie,
menyesal tak beli acuan kat tesco minggu lepas...
Lepas tu mengidam Peach Cobbler.
Semua berlemakk kan?
Misi gemukkan Ma..
Sambil tembamkan pipi.



Sebenarnya,
nak lepas gian, sebab mixer Ma yang sama umur dengan abang dah sampai ajal,
masa pukul cream cheese untuk cheese cake raya AidilAdha tahun lepas.
Imagin sahaja betapa meroyan nak baking.
Semalam Ma beli mixer baru..
Wohoo!!!

Baking depan tibi sambil layan cerita Chaos kat AXN, siapa boleh lawan?
Kahkah.

Nyatanya, 
bila menghadap blog resepi atau tang page masak-masak.
Berjam-jam boleh habis.
Dah ada lar 2-3 ketul butter Farmcow dah habis sejak bertapa kat rumah ni.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Makanan Salah Cari Sakit

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Masak dengan kasih sayang, 
suka bila orang kenyang, pipi tembam belakang kira. =)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Ingkar Keturunan

Assalamualaikum w.b.t.

Bertapa di rumah,
mood untuk online baru datang selepas 2 minggu.

Kemudahan di rumah,
walau takde tasik titiwangsa untuk joging,
ada 24/7 available food tanpa cashier,
dan tibi berserta stereo box.

Cerita tibi.
Demam menukar kisah cinta dalam novel kepada drama atau movie semakin menjadi-jadi.
Yakni aku pembaca novel,
walau kadang tak semua yang dibaca dalam koleksi.

Komen,
Erkk...
"Are they running out of ideas for love stories?"
The Malay love stories shall endless in television,
and they shall be melodrama and pretty sickening to watch.
Hanya tukar hero, heroin, nama canggih-canggih, jalan cerita stereotaip.
*penat*

Aku,
layan cerita Melayu awal-awal masa intro,
bila masuk scene yang entah apa-apa,
lari masuk bilik, takpom naik atas tengok Astro Fox, World, Diva,
selain yang mengarut di atas...
*predictable ending*



Erkk..bukan nak ingkar sangat,
tukar lar...tukar lar cerita...
Kalau pom nak garap cerita dalam novel ke layar filem atau drama,
ambik lar novel Ramlee Awang Murshid ker,
Urban novel yang dipublished oleh Fixi sebagai contoh.
They are good.
Luar kotak, luar norma, luar stereotaip.

Dan ada yang komen,
karya 'kita' semakin murah.
Jual tajuk yang 'murah', yang kadang aku baca tajuk je dah "Erkk..".
Nak tunggu pelajar pondok garap filem islamik,
drama islamik seperti KKB, AAC, atau terbaru Hafasal Shalat Delisa.
Mampu?
Mahu?

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Selera.

:: Salam Satu Aqidah! ::



Tak ingkar mana, cuma bosan... Try be witty. Just witty, sarcastically funny.
Will you? ;)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.