The Other Side

Kucing Nyanyuk..!

Assalamualaikum w.b.t..

Siapa kata kucing tak nyanyuk?
Mesti kamu tak pernah ada pengalaman dengan kucing warga emas

Kucing aku nama Mia Zara
*aku rasa sempena nama drama kat TV3 dulu*

Kami panggil dia Mia jer
Asalnya kucing mak sedara aku kat Terengganu
Masa aku umur 14 tahun Su dah bela

Terlalu subur aka terlalu miang pom masalah jugak
Akhirnya Su aku serah Mia kat Ma aku
Bawa balik kelantan

Lalu beranak pinaklah Mia dengan jayanya kat umah
Kucing Parsi, kampung semua dia sebat asal boleh berjantan..
Ada anak bulu lebat, bulu separa lebat atau bulu kucing kampung

Sejarah pengenalan Mia dah selesai

[kucing ker hamster..?]

Kalau kira umur Mia dalam 7-8 tahun jugak lar
Banding dengan jangka hayat manusia agaknya memang 40-50-an dah aku rasa kategori..

Nyanyuk?
Mia nyanyuk nampak macam kejam jer bila aku cakap
Tapi,
Dulu dia pandai membuang dalam tandas, 
Siap dalam lubang lagi.
Sekarang dah makin tua kadang semua dia bedal
Karpet, tikar, lantai secukup rasa
Tak tahan tang karpet lar, bau melekattt owh!

Ker krisis pertengahan umur
Sebab simptom masalah lupa ingatan dia tu sesuka hati jer

Macam orang ada dementia, cabang penyakit alzeihmer,
Prone to forget new things and tend to remember old stories.

Mia oh Mia,
Kalau kucing aku tu aku letak penyakit
Adementia boleh ?
Hahaha

Sorry Mia.. :D

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Ingatan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku kesian bila tengok Mia mengandung tua-tua..osteoporosis adakah?

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Basikal Bodoh Sebijik...

Assalamualaikum w.b.t...

Akhirnya,
Tercapai jugak hasrat nak naik basikal.
Basikal bodoh jer.
Sebab tak boleh bergerak,
Indoor punya basikal.

Semua basikal kat rumah dulu dah sedekah kat orang kampung.
Anak semua dah besar-besar.
Basikal bodoh pom jadi lah.

Basikal bodoh,
Buat lepas gian nak naik basikal.
Sambil dapat kurangkan berat badan insyaAllah.
Erkk, sihatkan badan.. :D


Boleh letak depan TV sambil layan Bones ker, NCIS, House,
Tak pom Chanel 612, 615, 616.
Animax dah jarang tengok sebab dah berapa kali nak ulang,
Tak larat dah nak tengok yang sama.
Yang pasti aku takkan layan sinetron indon
Buat sakit hati jer.

[Sam comel..!]

Kalau mak aku tengok cerita indon pom.
Buat serabut dia jer
Sebab sepanjang cerita aku duk membebel pasal cerita tu
Agaknya,
Kaya produser Indonesia,
Siaran Malaysia suka beli tayang kat TV..
Naik muak Owh!

Lagi bagus aku baca buku
Stok buku yang aku borong kat pesta buku hari tu
Tak khatam semua lagi.

Sooner is better than later right?
Soon.. :)

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Badan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: basikal tu tak sampai lagi. dalam masa 14 hari sampai.
dah ada aku snap okeh..

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Bangga Tak Tidur...

Assalamualaikum w.b.t...

Aku takde lar masalah bangga ke tak dapat tidur ker tak
Sebab aku ni memang jenis senang tidur
Kadang bila terlajak minum kopi jer insomnia kejap

[kira lar sampai pening]

Ini kisah budak-budak Uni ker budak sekolah yang 
Bangga bila mereka tak tidur

Dude Herlino cakap,
"Babe, I tidur 2 jam je semalam, 10 bab I khatam"

Babe Dude cebik terus balas,
"Linnkk, I tak tidur lansung, 13 bab habis, memang you tak boleh lawan lah!"

Aku cakap,
"Apo ke halnya..?"

Takde maknanya kurangkan tidur masa exam
Sanggup bersengkang mata stay up
Semata-mata nak habis baca buku nota bla bla..
Aku tak rela

Sebab bila mengantuk
Otak aku tak boleh jalan,
Letak lar nota, atlas, kamus bergambar pom aku tak pandang

Tidur lah,
Tak elok paksa diri.

Aku memang jarang stay up sebab study,
Paling lama boleh tahan study 2 jam ++
Lepas tu dah hanyut...zZz~

Paling best orang cakap stay up sebab
Main game, online, khatam drama movie..
Terserah..
Asalkan tak menjejaskan kesihatan
Kalau tahajud lain cerita naa..

[kucing ni macam Amat, tapi Amat dah mati sebab demam virus]
T.T

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jam Tidur

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku pernah cakap kan, unstable biological clock boleh menyebabkan gemuk ??
percaya tak..?

p/s lagi: tapi terlebih tidur boleh hati jadi keras...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Bila Ma Back-Up

Assalamualaikum w.b.t...

Bila Ma back-up adik, akak atau abang
Aku diam tak terkata
Nak bahas apa lagi nya
Mana boleh lawan cakap Ma
Nak bahas panjang-panjang

Kalau debat tak rasmi dengan adik
Boleh pusing auta sesuka hati
Ma dah back-up
Terus give up zip mulut lar

Akhirnya aku cakap,
Ye lah...
Sambil senyum bergaya kecewa..
Hahaha

Kuasa Ma sangat hebat bila Ma buat pakatan dengan sesiapa
Confirm jarang ada yang nak balas

[kenapa rasa macam tak pernah back-up otak...]
:D

Last time Ma buat pakatan dengan adik aku
Aku cakap,
"Perempuan ni gatal, nak ambik laki orang"

Adik aku,
"Laki ni lar yang salah, dah ada isteri cari yang lain"

Aku lagi,
"Lar, kalau dah tahu laki orang jangan kacau..."

Timing tepat Ma aku cakap
"Laki ni lar, bla bla bla..."

Akhirnya aku,
"Hurm, ye lah..."

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Adab

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: korang rasa siapa yang salah, laki ker perempuan gatal tu? Aku tetap rasa perempuan yang salah sebab terima kegatalan laki tu.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Mak Mertua Oh Mak Mertua

....

Memang aku takde lagi mak mertua
Suatu hari nanti insyaAllah

Ceritanya pasal...

Bila mak mertua terlalu rajin
Semua benda dia nak buat
Satu hari 3-4 kali sapu rumah
Sepanjang masa pegang penyapu
Tak reti duduk diam
Kita tak sempat buat apa-apa
Dinampaknya macam pemalas
Dah semua dia bolot...
Lap situ, kemas sini

Bila mak mertua suka kritik
Tambah-tambah masa memasak
Eh, mak tak letak tu kalau buat asam pedas
Selalu mak guna ni, bukan yang tu
Rasa lain lar
Kalau letak macam yang mak buat mesti lagi sedap
Kalau macam ni pakat-pakat jerit
"Eh, ni resepi yang ibu saya ajar lar..!"
Orang lain elok jer puji makan..

[zaman sekarang pom ada lagi versi macam ni]

Bila mak mertua pilih kasih
Ekau bukan menantu kesayangan aku
Selalu puji menantu yang lain
Makan hati lar
Tapi nak buat macam mana
Dah memang macam ibu sendiri jugak kan..
Terima jer lah..

Bila mak mertua cakap banyak
Ini bukan setakat peramah
Overdose punya peramah
Cakap high tone
Macam satu rumah nak gegar
Budak nak tidur terbangun
Tak tertegur, orang tua, dikatanya kurang ajar nanti
Pandang jeling dengan pasangan jer lah

[sabarlah sayang]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pilihan Mak Mertua Boleh?

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: rekaan semata, tapi macam ada yang betul kat luar sana.. :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Langgar Sumpah Boleh?

Assalamualaikum w.b.t...

Oath of Friendship


I want to be your friend
For ever and ever without break or decay.
When the hills are all flat
And the rivers are all dry,
When it lightens and thunders in winter,
When it rains and snows in summer,
When Heaven and Earth mingle
Not 'til then will I part from you.

[ambik yang elok je lah...]

Walaupun bukan aku yang bersumpah
Tapi bila dia yang hantar mesej kat aku pasal ni
Tanpa menyertakan tajuk ayat-ayat mencengkam jiwa

Aku meng'google' dengan jayanya
Sehingga berjumpa true piece pasal ni

Kira dia yang bersumpah ker?
Atau sekadar ayat cantik,
Jom hantar..!

Hahaha,
Kira dia bersumpah ker tak ni?
Kalau ya, kira aku tersumpah jugak lar ni?
Macam tu?

[characteristics of friendship..]
*betul ker*

Hadoi,
Otak menerawang belum bersawang
Membuang waktu otak lengang tanpa fikiran
Sehingga aku merapu pasal sumpah-menyumpah

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Sumpah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Aku teringin nak sumpah pencuri yang geledah rumah aku. Baru tinggal rumah sehari pergi Johor, dah kena pecah... T.T
balik kena kemas..

p/s lagi: kain baju kurung pom nak curi..Ngeng! 
Nak buat raya tu....


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Bersedia Menjadi Ibu Mithali

Assalamualaikum w.b.t...

Kalau banding ilmu keibuan aku dengan adik aku
Aku kalah
Sangat kalah..
Hahaha
Nak menang apanya

Masa anak sedara aku kecik-kecik, adik aku ada kat rumah
Tolong salin pampers, mandikan Syaza
Kadang-kadang pergi umah akak aku masa cuti
Aku tersadai kat kolej

Masa anak sedara aku yang kedua lahir pom sama jugak
Dia yang tolong salin pampers, mandikan, buatkan susu
Aku kalau sempat jumpa pom 2-3 hari jer
Budak tu nak dekat pom makan berhari baru tak nangis
Akhirnya,
Cuti aku pom habis...

[sibuk macam ni ka?]

Al kisahnya,
Masa datang johor pom aku jarang buat semua tu
Syaza asyik cari Cik Su jer..
Huu~

Dan selepas sekian lama,
Aku mandikan jugak Syaza petang semalam,
Pakaikan pampers,
Buat susu,
Habis kena perli dengan Ma, akak dan Cik Su..
" Nak kahwin macam mana..."

Adik aku tambah,
"Ingat senang ker nak jaga anak"

Akak aku sambung,
"Nanti jadi macam aku, kalau dapat mak mertua yang susah, takde mak mertua ker.."

[doktor, anak tak sihat senang jer rawat]

Adeh!
Aku harap semua mudah
Slow-slow lar belajar kan.
Hee~

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Masa Cari Pengalaman

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku malas nak fikir...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Jalan Johor, Jalan Kelantan

Assalamualaikum w.b.t...

Aku secara rasminya memandu kereta akak aku kat Johor semalam
sebab anak dia tiba-tiba merengek nak duduk dengan ibunya

tanpa sticker keramat berwarna merah
'P'
aku memandu gaya berani di jalan raya itu

pertama kali juga lenjan kereta akak aku..
haha
semestinya aku tak mampu nak drive sorang-sorang kat Johor ni
nanti sesat tah ke \mana..

[kereta tak secanggih yang dah membangun..]

Sekian.

Semalam membuak-buak idea nak tulis selepas sekian lama
tapi under maintenance pulak
pagi ni mereka hilang..

Jalan Johor, Jalan Kelantan.

Aku suka Jalan Johor sebab tar dia elok,
Aku suka Jalan Kelantan sebab aku yang hilang arah payah sikit nak sesat...
dan tiada tol..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Haluan


:: Salam Satu Aqidah! ::



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.