The Other Side

Apa Itu 'White School"? Kaitannya dengan Henry Gurney?

Assalamualaikum w.b.t...

White school?
Pertama kali dengar,
semasa mendengar Al-Kuliyyah kat Tibi 3 Petang Jumaat semalam.

Apa itu white school?
Istilah muncul bila ada panel yang mempersoalkan tindakan,
hukuman buang sekolah kepada budak-budak nakal.
Yang mana, yang nakal terus hanyut kerana tak sekolah.
Lalu, mereka menjadi prospek bakal dididik menjadi,
pelakon tambahan Filem gangster atau Songlap atau apa sahaja yang berkaitan dengan kerja 'ganas'.
*tipu*

Ustaz tu cakap,
mereka akan menjadi mangsa kepada sindiket atau dadah dan sebagainya.
Andai tak diberi didikan kerana dibuang sekolah.
*ini benar*

Apa kaitan dengan Sekolah Henry Gurney?
Erk, aku tak tahu.
Sebab tak pernah sekolah kat situ,
yang datang sipi-sipi cecah telinga pom berita tak berapa manis,
nak sebar kang kalau fitnah,
aku dapat endless cycles of bad mouthing.
Tak Nak!
Dosa sekarang pom tak sanggup nak tanggung.

Ceritanya nya,
White school adalah.
*aku terjemah ikut kefahaman aku ya*
Re-branding of Henry Gurney School.
Kat situ kau akan hantar semua so-called problematic students,
tak guna pendekatan buang sekolah.
*aku tahu kerajaan tak sanggup nak tanggung subsidi lagi kan nak biaya budak sekolah*

Di White school.
Aku rasa semua 'problematic students',
could excel even more better than other,
"normal", nerdy students in so-called glamorous school
boarding or not.

[some people find bad boys are charming]
*charming enough*


Dari pengalaman aku kat sekolah,
kebanyakan budak-budak macam tu,
nakal je terlebih, otak tip-top,
tak guna sahaja.
Sebab, kadang, bila exam,
they score higher than midnight-oil-burner.
Iya, pengalaman. 
Otak cerdas.
Lelaki kan otak pick-up...
*claps*

Tips panel kat Tibi-Tiga-Suku.
*sekurang ada lagi rancangan tak lagha*
Al-Kuliyyah.
Ultimate 5 H.
haha.


  • Hati
  • Hampiri
  • Hindari
  • Hajat
  • ***Hidayah***
1. Jaga Hati. Baiki Hati. Mintak dengan Allah, jauh dari perkara lagha. Mintak dengan Allah, biar kita istiqamah untuk berubah.

2. Hampiri atau dekati orang yang baik-baik. Dari situ akan tempias kebaikan si baik, juga dekati dengan benda-benda yang elok... Dekati bulatan kebaikan. 

3. Hindari dari bergaul dengan pengaruh yang tak elok. Macam, bukannya kena berhenti berkawan dengan orang nakal, Cuma, jaga pergaulan. Cara kita kenal orang, melalui dengan siapa dia berkawan jugak kan?

4. Hajat atau cita-cita. Tetapkan matlamat untuk berubah. panel itu cakap, budak melayu, walau dah cecah Tingkatan 6, bila ditanya tentang cita, masih ragu untuk menjawabnya. Ditanya pula budak Cina darjah Dua, dia mahu jadi *akulupacita-citadiaapa*, tapi gaji dalam berjuta setahun. Iya, tetapkan matlamat.

5. Hidayah? Hee, aku tak sempat tangkap apa yang ustaz tu cakap, ada member tegur masa tu. Anggap sahaja Hidayah ya. Jangan jawab macam orang takdakkk ilmu. Cakap, Hidayah tak sampai lagi bila ditanya mahu berubah bila? Hidayah perlu dicari, perlu usaha....

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sudah-sudahlah menghukum, kita semua pernah jadi remaja...
Kau biar mereka terpesong, nanti Allah soal kat akhirat, kau nak jawab apa?
Tanggungjawab itu berat sebab kena AMANAH!

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Saya | Melihat Dia

Assalamualaikum w.b.t...

Saya kenal awak masa kat matrikulasi.
Waktu saya berjinak-jinak nak kenal apa itu masjid, apa itu usrah, apa itu ukhuwah...
Perkara asas dalam muslim sepatutnya.

Saya lihat awak.
Lihat diri saya sekarang, rasa awak ada share/ saham dalam pembentukan jati diri saya sekarang.
Akhlak awak, peribadi awak sedikit membentuk diri ini.
Ada menjentik rasa untuk berubah.



Saya lihat awak lagi.
Semalam saya terbaca dalam blog Syabab Musafir Kasih.

Ayat SMK buat saya melihat awak sekarang,
lihat diri saya sekarang.

Tak tahu.
Saya menepati ciri solehah yang ada erti "Qanitah dan Hafizah" atau tidak.
---Tersembunyi---

Awak lebih tahu erti sebenar Qanitah dan Hafizah.
Saya cuma tahu dari pembacaan.
Thaqafah awak lagi tinggi dari saya.

Saya tahu awak cantik, comel.
Yang meminati awak dalam diam-diam pom saya rasa ada,
cuma tak berani meluahkan.

Saya,
Ignorant. Dari matrikulasi lagi saya tak kisahkan orang,
kalau ajak bergosip memang buat sakit hati,
sebab saya memang tak kenal orang.
Sampai ke Universiti saya bawa perangai tu.
Tak kenal orang, tapi orang kenal saya.
*Okeh, perasan sahaja =)*

Buat awak,
kalau awak tak letak gambar awak, awak pakai spek mata macam Isteri TS Mahathir pom,
masih ada yang sukakan awak.
Awak makan aiskrim comot-comot sememeh kat pipi pom,
tetap comel di mata saya.

Saya sayang awak.
Tak tuduh awak hanyut, saya pom kadang lagha..
sifat "ujub" tu menyelit jua walau tak dipinta.
Astagfirullah.
Moga Allah Istiqamah kan kita dalam mencari CINTANYA.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: saya memang sayangkan awak. walau susah sangat nak jumpa. Ukhuwah Islam di mana-mana kan?

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Hakikat Diri.

Assalamualaikum w.b.t...

Kerana aku seorang Gemini.
Bukan nak khurafat atau syirik kerana percaya benda begitu.
Ku teliti, stereotype gemini ada yang kena dengan peribadi.

Kerana aku lahirnya di musim bunga.
Lahir sahaja, kerana ini darah pekat orang timur,
nak jejak negara empat musim tak berkesempatan lagi.
Dahulu mintak nak lanjut ke sana jugak tak ingin, setia pada khatulistiwa.
Jujur sejuk penghawa dingin dalam bas sudah tak betah,
ini pula nak hadap 'winter' di sana...
Alhamdulillah.

Kerana nyawa aku bermula di hampir akhir bulan.
Dr Fadzilah Kamsah bilang,
mereka di hujung kiraan memang selalu kekalutan.
Ku akui, aku kurang tentang itu,
Harap yang sempurnakan agamaku,
tak kalut sebegitu. Mahu kucar hidup kalau dua-dua celaru.
Tapi, kalut aku, gagah kan diri untuk tepat janji, waktu.
Waktu aku dengan DIA, waktu aku dengan manusia..
Hatta, andai ku mungkir janji dengan kucing, rasa bersalah tetap menghimpit.

[nak dapat kembar bukan senang, keturunan atau by chance...]
*teka lar bila hari lahir*
---bajet artis, kahkahkah, macam orang kisah---


Cerita seorang gemini.
Nak faham aku? Entah. Ku letak titik.
Buat-buat jiwa selalu pekik hanya aku yang erti orang.
Mendera rasa sengaja salahkan orang,
karna tak telus apa yang ku rasa.
Gila. Buang masa itu semua.

Kerana Gemini itu....
Yang ada twitter boleh lah search

#gemini

Ekekeke, itu sahaja.
Kadang datang detik nak berbangga.
Nyata. Tak semua itu benar, dan tak semua mampu aku nafi.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati Jangan Riak

:: Salam Satu Aqidah! ::



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Budak Berlagak

Ermm.. kena bagi salam jugak. Walau pom ayat lepas ni macam nak sinis tak ingat. :D

Assalamualaikum w.b.t...

Err...Gua.
Buat-buat mati kata.
Jangan iman gua mati sudah Nauzubillah.

Tak tahan weyh kalau jumpa orang berlagak..
Orang tu tak pe lah. Kalau mereka nak berlagak sekalipom sebab dah kerja besar, bini lawa, suami hensemmm, anak-anak soleh/ah, harta bertambun.
Takpa. Gua tak heran. 
Mereka berlagak, mereka usaha, Allah izin nak bagi rezki nikmat semua kat mereka.
Asalkan jangan Kufur Nikmat.

Gua tak tahan budak berlagak.
Budak-budak. yang kesat hingus pom sememeh lagi kat baju.
Ye lah.
Gua ni sedehana je hidup, nak bragging dengan gadget mahal-mahal ker,
pakaian branded memang tak, cap ayam je gua taram.
Asal benda tu berguna, elok je.
Takpe lah, kau nak berlagak tang tu taram lah.

[mak gua nak kejar dengan parang kalau gua kapel masa sekolah...]
*alhamdulillah, kalau tak, gua sekarang dah ada 3-4 orang Ex-es*
kahkahkah


Satu je gua.
Jangan nak berlagak pandai sangat lar kan.
Gua bukan nak mematikan angan tak bagi buat kenduri kesyukuran kalau dapat 25 A+ SPM, 8/9 A PMR.

Buat lar, benda baik. Gua dulu PMR dapat B Pendidikan Islam.
Sebab gua derhaka dengan ustazah dulu kot, nakal sangat, tak rajin.


Jangan berlagak lar dik.
Kalau setakat baru lepas UPSR, PMR, SPM walau dik dapat pukul empat rata (4.0) sebelum masuk Uni.
Gua dah rasa semua tu. Memang tak banyak makan garam macam "Orang" kat atas.
Tapi, gua nak pesan.
Kita nak belajar, kita pergi mana-mana,
gua harap, ingat lar,
Kita datang sini nak cari ilmu,
gua dah tinggal sejarah kecemerlangan kat zaman sekolah dulu.

Bermula dengan kosong

Tapi bukan gua bermaksud kau mula buduh-buduh macam budak darjah satu.
Rendahkan lah diri, Be Humble.
Kita nak belajar sesuatu yang kita tak arif, tak ahli, tak pakar dalam tu.
Terima sahaja, tapi jangan bulat-bulat..
Sebab Allah kurnia akal suruh kau fikir, 
bukan telan je yang orang sumbat.

Dan, kalau pom kau cemerlang.
Jangan mengada nak mintak macam-macam dengan mak bapak.
Kesian mereka. Kalau mampu takpa,
ni bapak pergi kerja pakai motor ja,
anak mintak kereta bila skor SPM.
Bertimbang rasa lah.

Kadang, benda yang kita dapat dengan usaha sendiri, kita lebih jaga, nikmat tu lebih rasa.
Erkk..Gua sayang mak bapak gua. :D

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Ustaz Azhar Idrus cakap, kalau lu pandai sampai PHD sekalipom, nak urus jenazah mak bapak tak reti, lu tak pandai owh..
*ayat gua jer ber'Lu' bagai, Ustaz tak..*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Ketenangan Yang diCari...

Assalamualaikum w.b.t...

Sakinah, ketenangan Abadi...

Harap kita dapat hayati.

Ilmu dengan Amal...

Nikmat bahagia itu juga mendapat
...Nikmat tenang.




Heh, siapa nak Ayat balik ???

Old Buddy.

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai the most rebellious child in family.
Paling nakal masa kecik dulu.
Akak panggil cry baby sebab tersentuh sikit dah nangis.

Kerja membuli tadika-mate,
sebab geng dengan member yang nakal..
haha
*tiba-tiba salahkan member*
Kerja membuli terbawa sampai darjah satu. :P
Naik darjah dua dan seterusnya dah insaf.

Sekolah menengah pula dalam kelas muzik.
Otak kami memang tak berapa nak nerdy macam budak kelas Arab dan kelas Seni..
Duduk pulak kat asrama.

Selesai Intro.

Ceritanya.
Aku lebih selesa dengan orang yang aku kenal lama.
Bukan dengan orang yang pop-up tiba-tiba.

Masa Abah takde dulu,
dua orang je yang tahu dan console aku.
Selain member perempuan.

Salah sorang, budak yang aku kacau dengan handphone masa kat asrama.
Duk kacau lama, dia tak boleh detect sampai lar member aku kesian dan bocorkan rahsia.
Padahal kelas sebelah- menyebelah.
Zaman jahiliyyah Tingkatan 4.

[kucing boleh lar buat macam ni]
*dia tetap ajnabi*


Erkk..Old buddy?
Sebab, aku rasa dia tu boleh harap.
Ma tahu aku member dengan dia,
sebab dulu duk cerita pasal ayah dia kerja Obersea..
haha.
*boleh kira dengan jari tahu berapa budak laki yang pernah disebut nama depan Ma*

Beberapa hari lepas,
Otak dah tak boleh nak jalan, 
cerita kat dia, dia bagi nasihat baik punya...
Selepas kutuk dan perli aku kaw-kaw...

Mati lar kalau dia tahu aku cakap pasal ni.

Doa aku,
harap grad dengan cemerlang, mudah nak pinang anak orang,
aku ada member cikgu yang cantik-cantik dan baik...
boleh lar nak tolong ejas.
*sebab mak dia nak menantu cikgu*
---senang nak gosip---

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: nakal-nakal, jalan kut koridor tunduk lagi...
kahkahkah

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Panduan Memilih Kursus di Universiti

Assalamualaikum w.b.t...

Serius. 

Harap dapat ambil perhatian. Nak jojol biji mata baca sampai lebam pom boleh.
:D

Sebenarnya, tulis benda ni pasal berbual dengan sepupu yang baru lepas SPM.
Tanya dia, nak jadi apa?
Doktor?
Sebab dia pandai, jadi typical mind selalu fikir,
pandai je ambil jurusan doktor.

Muka dia ragu, jawab,
"Entah lah, tak tahu lagi."

Aku,
"Eh, bukan nak jadi doktor ker?"

Dia,
"Tak tahu lar, kalau fikirkan penat kerja doktor tu, rasa macam tak sanggup je."

Aku senyum,
"Oo, biasa lar doktor memang penat..."
*berderet lagi cakap tapi tak larat nak buat dialog*

Butir nasihat sebagai pelajar universiti.
Untuk siapa-siapa yang nak sambung belajar...


  1. Pilih lah kursus apa-apa, semua kerja mesti penat. Sebab semua benda ada harga untuk dibayar. Nak senang tak nak penat badan, kena jadi tokei besar, tapi penat otak lar nak kena kerah untuk kemajuan syarikat.
  2. Kerja apa-apa kena ikhlas. Ma cakap, kalau nak jadi doktor atas parents yang beria nak ada anak sebagai doktor, baik tak payah. Kesian budak tu.. Yang belajar terguling-guling anak mereka, bukan mereka. Nanti kalau dah give up, tension, kesian dia. Biarlah dia pilih apa yang dia nak.
  3. Ikhlas lagi, kalau pom dapat survive masa belajar. Nanti, kalau tak ikhlas nak jadi doktor, nak tolong orang. Buat kerja sambil lewa, selalu ponteng ker..wallahua'lam. Allah tahu apa dalam hati kamu. Amanah tu berat. Dan ciri munafik itu, KHIANAT dalam amanah. Nauzubillah.
  4. Minat? Minat boleh dipupuk. Andai tak dapat kos yang dikehendaki. What you get, that was fated for you. Jangan nak psaiko lebih-lebih. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk anda. Kita memang rancang, tapi Penentu Allah. Redha sahaja. Macam student BIO dapat kursus Kejuruteraan. Menyimpang 180 darjah kan...
  5. Kalau baru nak masuk matrik atau ASASI. PASUM, PALAM ker Pasar Payang *mengarut sahaja*. Dari SEM satu jangan nak berpoya-poya, kalau target nak 4.0 (Empat rata), mula dari awal. Biarlah orang panggil kita skema atau nerdy, atau tak sakit jiwa second SEM nak pulun kejar pointer. Masa tu nak psaiko gila-gila pom takdakk guna.
  6. Nanti, bila dah masuk Universiti. Obersea ker, dalam negara ker, tak payah nak riak sangat kalau dapat pointer tinggi masa matrik atau ASASI. Semua itu ILUSI. haha.. Jujur, cara survive di Universiti berbeza. Dan jangan nak sombong sangat dengan senior, atau perasan pandai. Hahaha... *rasa nak gelak jer kalau budak-budak buat muka kerek jumpa dengan aku*

Cukuplah. Berjela-jela. Harap ada yang baca.
Pesanan Ikhlas... :)
Harap semua bahagia. Dan study gila-gila, hidup masih kena enjoy...
Kita berumur 18 tahun sekali sahaja...

[boleh kira dengan jari berapa kerat pinjam buku macam ni]
*pinjam sedap, nak hantar tak berapa rajin*


Dan, jangan tinggal solat semata nak study, jangan buat alasan banyak kerja sampai tak sempat nak Baca Al-Quran..
Bila aku cakap baca, tadabbur lar sekali.

Last, bawak Quran tafsir. Ada maksud.
Lagi elok yang tebal tu... Seronok tahu baca Quran. 

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Semua lah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: hampir lupa. Beli lah buku. Buku fotostat tak sedap nak baca. Investment untuk buku berbaloi sampai tua... :D


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Gua Dah Kahwin

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak bergua.

Erkk.

Gua dah kahwin, sebab gua syak orang tengok rupa macam dah ada laki 3-4 tahun.
Suku abad pom tak cecah lagi tahu.

3 hari lepas gua pergi Tesco dengan Ma dan abang.
Sebab kemalasan melampau nak pakai blouse,
*semua blouse gua angkut pergi kolej, tinggal kurungs dan stok jubah ayu-ayuan sahaja
Sarung jubah hitam Ihsan mak sedara pergi Haji dan Tudung Hitam+putih, sauk handbag hijau pucat.

Abang gua mengade nak pakai T shirt hitam dengan slack hitam.
Padahal dia dah pakai t-shirt merah, saja je nak matching.

Masuk Tesco, Ma gua pergi serbu ATM,
tanggungjawab gua, eceh,
ambik troli, abang gua tolak, gua pegang depan troli.

Lalu kat promoter dapur letrik tu, 
dia duk hulur-hulur nak promote.
Demm..mesti dia ingat abang dan gua pasangan kan?
Rumah masih kosong kena isi dengan barangan macam tu.

[semua dah ada kat rumah...]
*adik gua cakap, nanti dia kahwin nak duduk kat kampung, semua dah ada...


Hancur hati gua kejap.
Selama ni gua pakai blouse dan jeans atau kurungs, mereka tak pernah nak promote.
Semua salah abang gua.
*haha, tak sedar muka tak boleh menyamar budak sekolah.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Muka Dah Matang Apa Pom Tak Boleh

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: gua buli abang, dia baik, selalu cakap duit dia banyak nak belanja gua.
haha...nanti gua nak beli jam tangan sebijik untuk dia.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Oh! 3 mamatku.

Amboi… sampai tiga?
eh, tak la.. ada lagi..hehe..
ni dia 3..
Stress? Pressure? Tension?

Pedia…..
mamat tiga kat atas tu sibuk je duk muncul dalam hidup aku..
apa salah aku?
kenapa mereka tegar menggangu hidupku?
argh! Serabut ja depa ni..

Serabut? Ke serabut ni sedara dorang jugak?
argh again!

Tertekan tau tak? Huh, tertekan pun sama ja..
bau-bau bacang je ngan mamat tiga ketul tu..

Apa aku nak buat ni haa…

Pi mai pi mai tang tu..
banyak link betul dorang ni..
ni yang buat muka aku ketat semacam ni..
meluat!

Bila aku bagi taw dorang
‘Shuh2.. go away.. please go.. please..’

Dorang jawab balik
‘no..no.no..please..please don’t.. please don’t chase us away..’
ish, pandai-pandai je menjawab dorang ni..

Haish.. nak buat mcm mana..
aku halau jap, last-last tak ke mananya.. depa datang balik..

Yang aku rasa tergugat bila dorang datang menjengah ni bukan apa..
saat dorang datang tu, saat tu, dorang bawa sekali pakej lain..
pakej pedia pulak ni aih!
(pakej 2 in 1)
macam kopi segera je kan?

pakejnya : otak blur + selera makan yang tinggi

Hah! Terbaikkk
yang otak blur tu leh la repair..
yang kedua tu bahaya..
lemak bertambah susah nak repair woo…

At the end,
aku pakai cara tradisional

· Ambil wudhu’

· Baca al-quran

· Da habis baca, pasang la surah-surah dalam fon and laptop ni..

· Cara akhir ni, cara paling common..
TIDUR….zzz

Dengan itu, terbakar lah semua makhluk-makhluk halus itu…
*bunyi cam halau hantu je
haha..

Sekian…

p/s: penat tau layan mamat-mamat ni!






Heh, siapa nak Ayat balik ???

Masih Mencari...

Mencari...

Mencari blogger yang pernah gunakan nickname sebagai Zombie..
and I called her as Zomb.

Dik, you said you've bookmarked my blog,
where can I find you eyy?

And you've deleted your blog.
Wonder hows your school and life was.

Do reply please...

p/s: miss to read your ranting. :)
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Sweet Revenge

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa macam dah tak boleh beza entry written by my lil sis and mine.

Sweet Revenge.
Berdasarkan teori F&F yang perlukan dada lapang
baru mampu nak buat.

Maka teori kedua diterima.
Forgive but revenge.



Memang aku maafkan kau,
tapi takkan lupa apa yang kau dah buat.
Bunyi macam chronic grudger.
Sengaja siksa jiwa sendiri sebab tak nak lupa.
Sendiri buat syarat gila,
aku hanya lupa bila aku dah tiada...

dan Tahniah sebab kau akan diingati sampai mati.

Ahh..
Bukan jenis siksa jiwa. aku maafkan semua sebelum lena,
andai aku tak se-pemaaf pengampun dosa seperti Yang Esa,
cukup aku tahu,
mereka tak hutang apa-apa hari akhir sana.
Kita masuk syurga sama-sama.
InsyaAllah.

Sweet revenge, hanya bila,
kau rasa apa yang aku rasa,
lelah hadap dugaan yang tiba.
Karma ada.
itu sweet revenge.

Kerana karma ada,
aku tak segan nak tepuk tangan depan muka,
bila kita jumpa...
Kita dah sama. Sama menderita.

Karma.
Dan, kalau pom aku teraniaya...
Doa aku, kau bahagia...
Cuma sekurang, matang bila berkata-kata..

Kata Ma,
Buah sabar sebijik,
Allah ganti, reward dengan macam-macam kurnia.
Ya, aku sabar. :)

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai Orang Tak Sakit Jiwa

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: penat lah siksa jiwa dengan simpan marah, simpan dendam apatah lagi.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

F & F?

F AND F..
what the... what does it mean?
F.O.R.G.I.V.E and F.O.R.G.E.T
that's the words..

siapa kat sini jenis tu?
ANGKAT TANGAN!
memang aku respect la kalau korang jenis yang macam ni..
sebab bagi aku,
it might be easy to forgive the mistakes but it is hard to forget the hurts...
*sigh
agree?? kalau tak agree pun tak pe..
my opinion je tu..

it is because..
try korang ingat balik time-time korang sentapppp gila dengan malaun ni,
lepas tu dia boleh buat main-main.. ringan je mulut mintak maaf...
lumrah kita la kan.. sebagai seorang yang baik.. once orang tu mintak maaf.. maaf je la..
yela, sedangkan nabi maafkan umatnya..
kita ni? humm..
kawan saya cakap.. kalau orang dah mintak maaf, tapi kita tak maafkan, dosa tau..
pastu,
mak saya cakap.. kalau kita gaduh and tak tegur lebih tiga hari tu dosa tau.. :)
hah, try la gaduh lau nak dosa.. haha..
wallahuallam..

well.. i can forgive you..
BUT!
tarik nafas... try fikir.. ada tak memori luka lama yang korang masih ingat?
confirm ada...
kalau tak ada tu.. (bagusnya anda)
so, sila lah sambung ayat atas tadi..
i can forgive you but i can't forget it..

then, next..

F.O.R.G.I.V.E and R.E.V.E.N.G.E
haha... macam best je kan?
ni baru betul pakai ayat ' what you give you'll get back! '
ni kalau nak cari gaduh boleh la pakai..
tapi, untuk kedamaian, bagi tahu awal-awal nanti kita nak balas dendam untuk bagi adil..
boleh ke?
boleh kot... hehe..
RASAKAN APA YANG AKU RASA!
pergh..memang tahap dendam yang tebal..haha..
# don't try this at home #

dah berputar-putar ayat aku ni...
the point is, it is hard to be the ' forgive and forget ' person..

kalau memang ada yang macam ni, tahniah..
anda memang..
good girl~ good boy~

sekian..
p/s: kalau tak faham, assume je faham..
( ayat orang seni memang berbelit ) hee..





Heh, siapa nak Ayat balik ???

A Letter To The Public | From A Pharmacist


dear public,

i know lately, there are a lot of problems getting adequate medication from the government hospital's pharmacy. Yes, it is end of the year again. No doubt our store management may be a bit of unorganized, thus allowing the above matter surfaced and now critics are running uncontrollably wild among the public, some even said we had hoarded the medication out to the private pharmacies which is certainly 100% NOT TRUE.

First, i would like to apologize to all of you out there that we can not give you the full supply of medications. i am sorry that it had caused you all so much troubles to come to the pharmacy to and fro just to get may be a type or two of the nil in stock/ low in stock medication.

Then, i would like to talk about our feelings, yes, the front line pharmacist who dispensed medication to you all.

I believe that Malaysia is definitely a developing country. We are getting more knowledgeable nowadays but it does not mean that you all can be less respectful to others. After a year plus of servicing in the government hospital pharmacy, i am truly disappointed by how rude you people can be to the pharmacists.

1.) you come to us, yelling at us, demanding a faster waiting number because u had waited for hours for your regular follow up at your doctor.

Do you think it is fair? why don't you yell at your doctor because they keep you waiting for so long? why don't you just tell them off when they tell you that you need to come a week earlier before your real appointment for blood taking? just because they are diagnosing you, treating your illness and pharmacists are not?

do you know the process being done after receiving you prescription? i bet you don't.

from the moment we ask for your name, we started screening the prescription by identifying is this the right prescription for the right patient? then we send them to the filling counter. do you think our filling counters are all computerized that all medications just drop into the basket on a conveyor belt and label themselves and send to the dispensing counter? NO. it's all done manually!

the assist. pharmacists will need to take the prescription, running around the filling area to get all your medication into a basket, then label manually, counter checking the right medication, right dose, right dosage, screen for interaction, query if error found before the basket and the prescription reaches the dispensing counter.

then at the dispensing counter, do you want the pharmacist to just give you all your medication without explaining to you how to take them correctly? the dispensing pharmacist is the last counter check person that has to make sure that the medication dispensed to you are all right and safe. if you think you know all your medication, when something goes wrong, will you still not blame the pharmacist? first thing that come to your mind is, the pharmacist gave me the wrong medication. how unfair huh?

2.) you come to us, throwing at us your blood donation card saying you're a blood donor; OKU card while you are orienting perfectly and worst, you are collecting the medication on behalf of the real absent OKU; telling us you are an elderly and etc that you need an Express counter number.

let me tell you the truth, we don't give a damn to your blood donation card unless you just done donating your blood at our blood bank, show us your arms! OKU that can stand, walk, talk, doing everything perfectly, tell me which part of you is OKU? please respect the OKU card and use it correctly, don't abuse it! and to the elderly, i'm sorry, but you come to us, having more than 6 items on your prescription and you expect us to give you an express counter number? hello, more than 60% of the patients are elderly. so do you still want me to give you an express counter number?

i seriously think that everybody should reconsider the true definition of an express counter. it should be:
- for patients that just discharged from ward, they just got recovered and they need to get back home quicker than any of you
- pregnant lady's prescription and mother with a crying child's prescription
- prescription with less than 4 items

please do not come to us, expecting we can give you exception. No, no matter you are paying a million tax a year or you never pay even a cent of tax before, we treat you all the same. please bear in mind, even our specialists, consultants take number and queue up for their prescriptions.

3.) when we tell you we're sorry that we can only give you a two weeks supply of medication or worse still the medication is nil in stock, you ask us not to hide those medication. how ridiculous! why do we want to hide them? do you think they are sweets or vitamins that can be pop in by everybody?? and stop yelling at us that you're a pensioner, you're a teacher or whoever.

dear pensioner, we truly appreciate that you had done so much for the country, but please behave yourself. currently you're actually using the tax payer's money. i'm sorry that i have to say that. i had enough of similar encounters at the dispensing counter. "Do you know i'm a pensioner??" trust me, we often get that. to us, "So what?"

dear teachers, we all look up to teachers but sometimes your behavior is just jaw dropping. do more reading and research, and you will know that we, the pharmacist (esp the front liners) can not decide on which brand of medication to buy. if you insist to get that particular brand of eye drop or antihypertensive drug, kindly purchase it at the private pharmacies. you can not choose which brand you want because you aren't paying for that.

dear Datuks/ Datins/ Tan Sri and etc, sorry we do not have a special counter for you all. Kindly queue up normally and wait for your number to be called. thank you.

4.) after the incident of getting the newspaper to publish the shortage of medication in our hospital, the patients had becoming more and more rude each day. does scolding us Binatang (animals), calling us Bodoh (stupid), throwing numbers on our face, pointing your fingers yelling at us like nobody business make you feel better? do you think we feel good each time when we apologize? do you think that we can still have our lunch happily? NO, shortage of medication is not the front line pharmacists fault. they do not handle stock checking, purchasing! why do you choose to act like an illiterate when you can just pen down your complains? we feel guilty for not able to supply you the medication, but we are even more upset that you don't appreciate the pharmacist.

Malaysians, grow up. Look around and talk to your friends from overseas. Ask them how do they treat the pharmacists there. We are trying our best to give you the best service and what hinder us from that is your ignorance. We do not get extra pays or allowance from servicing you 24hours 7 days a week, the government don't pay us extra for weekends, for after office hour like what doctors have, NO! and do you know how many hours had we collected in our time-off book?? 100+ hours and the number of hours is still increasing. Thus, please, treat us well. don't make our life miserable.

I personally feel that there is still a long way, super duper long way to go before the Malaysia pharmacists able to get the dispensing right because the Malaysians themselves don't know the role of pharmacist and don't appreciate the pharmacist. basic courtesy and appreciation are what we need and what we want only.


* for those who still lives in the era of dinosaur, pharmacists nowadays are not just dispensing machines. we involve in ward rounds, running therapeutic drug monitoring, compounding total parenteral nutrition, cytotoxic drug reconstituting, drug information center, inpatient, manufacturing, supplying methadone, handling store, provide MTACs and etc. don't know what are they? google will be your best friend.


regards,
sinye

Credit to:
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Limit

Assalamualaikum w.b.t...

Limit. Semua orang patut tahu limit masing-masing. 
Cakap pasal hak, sampai mati tak selesai,
rasa diri berkepunyaan,
yang nyata kau tak punya apa-apa sebab semua Allah bagi pinjam.



Kisah kali ni, limit bila berkawan.

Minggu lepas, ada sesi interaksi dengan Rakan Persatuan Mahasiswa Uni.
Game: tulis atas kertas 'first impression' kau kat orang dalam kumpulan kecil itu.

Aku,
Kebanyakan first impression yang dapat dari 8 orang itu,
- ceria
- cakap banyak
- mudah mesra
- menarik
- nampak matured 
*yang ni budak tu potong, lepas tu tulis nampak menarik....*
Mesti dia rasa bersalah kan?
Haha

Yeah, kalau kenal, memang aku jenis ceria, cakap banyak dengan orang yang aku rapat...
Senyum sahaja memanjang.
Tapi, tu bukan bermakna semua yang orang cakap aku telan, 
tak berbekas kat hati.

Member pom member.
Kawan pom ada limit.
Gurau ada limit. Sekali orang dah tegur, kalau feel annoyed, elakkan lah..
Ni macam set fire to the bush.
Satu hutan terbakar.

Terbakar hati,
terus jadi kering.
Kalau aku jadi cold, don't blame me.
You've reach the limit...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mulut.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: untung lar, sebab aku tacing pom tak pernah lebih 3 hari..
kau memang beruntung...
:)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.