The Other Side

Edisi Saya | Melihat Dia

Assalamualaikum w.b.t...

Saya kenal awak masa kat matrikulasi.
Waktu saya berjinak-jinak nak kenal apa itu masjid, apa itu usrah, apa itu ukhuwah...
Perkara asas dalam muslim sepatutnya.

Saya lihat awak.
Lihat diri saya sekarang, rasa awak ada share/ saham dalam pembentukan jati diri saya sekarang.
Akhlak awak, peribadi awak sedikit membentuk diri ini.
Ada menjentik rasa untuk berubah.



Saya lihat awak lagi.
Semalam saya terbaca dalam blog Syabab Musafir Kasih.

Ayat SMK buat saya melihat awak sekarang,
lihat diri saya sekarang.

Tak tahu.
Saya menepati ciri solehah yang ada erti "Qanitah dan Hafizah" atau tidak.
---Tersembunyi---

Awak lebih tahu erti sebenar Qanitah dan Hafizah.
Saya cuma tahu dari pembacaan.
Thaqafah awak lagi tinggi dari saya.

Saya tahu awak cantik, comel.
Yang meminati awak dalam diam-diam pom saya rasa ada,
cuma tak berani meluahkan.

Saya,
Ignorant. Dari matrikulasi lagi saya tak kisahkan orang,
kalau ajak bergosip memang buat sakit hati,
sebab saya memang tak kenal orang.
Sampai ke Universiti saya bawa perangai tu.
Tak kenal orang, tapi orang kenal saya.
*Okeh, perasan sahaja =)*

Buat awak,
kalau awak tak letak gambar awak, awak pakai spek mata macam Isteri TS Mahathir pom,
masih ada yang sukakan awak.
Awak makan aiskrim comot-comot sememeh kat pipi pom,
tetap comel di mata saya.

Saya sayang awak.
Tak tuduh awak hanyut, saya pom kadang lagha..
sifat "ujub" tu menyelit jua walau tak dipinta.
Astagfirullah.
Moga Allah Istiqamah kan kita dalam mencari CINTANYA.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: saya memang sayangkan awak. walau susah sangat nak jumpa. Ukhuwah Islam di mana-mana kan?

Heh, siapa nak Ayat balik ???

1 comments:

saljihitam said...
June 10, 2012 at 3:54 PM

terasa macam baca blog bahasa arab pulak. heuheuheu

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.