The Other Side

Hakikat Diri.

Assalamualaikum w.b.t...

Kerana aku seorang Gemini.
Bukan nak khurafat atau syirik kerana percaya benda begitu.
Ku teliti, stereotype gemini ada yang kena dengan peribadi.

Kerana aku lahirnya di musim bunga.
Lahir sahaja, kerana ini darah pekat orang timur,
nak jejak negara empat musim tak berkesempatan lagi.
Dahulu mintak nak lanjut ke sana jugak tak ingin, setia pada khatulistiwa.
Jujur sejuk penghawa dingin dalam bas sudah tak betah,
ini pula nak hadap 'winter' di sana...
Alhamdulillah.

Kerana nyawa aku bermula di hampir akhir bulan.
Dr Fadzilah Kamsah bilang,
mereka di hujung kiraan memang selalu kekalutan.
Ku akui, aku kurang tentang itu,
Harap yang sempurnakan agamaku,
tak kalut sebegitu. Mahu kucar hidup kalau dua-dua celaru.
Tapi, kalut aku, gagah kan diri untuk tepat janji, waktu.
Waktu aku dengan DIA, waktu aku dengan manusia..
Hatta, andai ku mungkir janji dengan kucing, rasa bersalah tetap menghimpit.

[nak dapat kembar bukan senang, keturunan atau by chance...]
*teka lar bila hari lahir*
---bajet artis, kahkahkah, macam orang kisah---


Cerita seorang gemini.
Nak faham aku? Entah. Ku letak titik.
Buat-buat jiwa selalu pekik hanya aku yang erti orang.
Mendera rasa sengaja salahkan orang,
karna tak telus apa yang ku rasa.
Gila. Buang masa itu semua.

Kerana Gemini itu....
Yang ada twitter boleh lah search

#gemini

Ekekeke, itu sahaja.
Kadang datang detik nak berbangga.
Nyata. Tak semua itu benar, dan tak semua mampu aku nafi.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati Jangan Riak

:: Salam Satu Aqidah! ::



Heh, siapa nak Ayat balik ???

1 comments:

a.samad jaafar said...
December 27, 2011 at 11:17 PM

jangan risau dgn kalut malut tu.. nanti bila makin berusia, pasti jadi tenang.. saya percaya itu..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.