The Other Side

Apa Itu 'White School"? Kaitannya dengan Henry Gurney?

Assalamualaikum w.b.t...

White school?
Pertama kali dengar,
semasa mendengar Al-Kuliyyah kat Tibi 3 Petang Jumaat semalam.

Apa itu white school?
Istilah muncul bila ada panel yang mempersoalkan tindakan,
hukuman buang sekolah kepada budak-budak nakal.
Yang mana, yang nakal terus hanyut kerana tak sekolah.
Lalu, mereka menjadi prospek bakal dididik menjadi,
pelakon tambahan Filem gangster atau Songlap atau apa sahaja yang berkaitan dengan kerja 'ganas'.
*tipu*

Ustaz tu cakap,
mereka akan menjadi mangsa kepada sindiket atau dadah dan sebagainya.
Andai tak diberi didikan kerana dibuang sekolah.
*ini benar*

Apa kaitan dengan Sekolah Henry Gurney?
Erk, aku tak tahu.
Sebab tak pernah sekolah kat situ,
yang datang sipi-sipi cecah telinga pom berita tak berapa manis,
nak sebar kang kalau fitnah,
aku dapat endless cycles of bad mouthing.
Tak Nak!
Dosa sekarang pom tak sanggup nak tanggung.

Ceritanya nya,
White school adalah.
*aku terjemah ikut kefahaman aku ya*
Re-branding of Henry Gurney School.
Kat situ kau akan hantar semua so-called problematic students,
tak guna pendekatan buang sekolah.
*aku tahu kerajaan tak sanggup nak tanggung subsidi lagi kan nak biaya budak sekolah*

Di White school.
Aku rasa semua 'problematic students',
could excel even more better than other,
"normal", nerdy students in so-called glamorous school
boarding or not.

[some people find bad boys are charming]
*charming enough*


Dari pengalaman aku kat sekolah,
kebanyakan budak-budak macam tu,
nakal je terlebih, otak tip-top,
tak guna sahaja.
Sebab, kadang, bila exam,
they score higher than midnight-oil-burner.
Iya, pengalaman. 
Otak cerdas.
Lelaki kan otak pick-up...
*claps*

Tips panel kat Tibi-Tiga-Suku.
*sekurang ada lagi rancangan tak lagha*
Al-Kuliyyah.
Ultimate 5 H.
haha.


  • Hati
  • Hampiri
  • Hindari
  • Hajat
  • ***Hidayah***
1. Jaga Hati. Baiki Hati. Mintak dengan Allah, jauh dari perkara lagha. Mintak dengan Allah, biar kita istiqamah untuk berubah.

2. Hampiri atau dekati orang yang baik-baik. Dari situ akan tempias kebaikan si baik, juga dekati dengan benda-benda yang elok... Dekati bulatan kebaikan. 

3. Hindari dari bergaul dengan pengaruh yang tak elok. Macam, bukannya kena berhenti berkawan dengan orang nakal, Cuma, jaga pergaulan. Cara kita kenal orang, melalui dengan siapa dia berkawan jugak kan?

4. Hajat atau cita-cita. Tetapkan matlamat untuk berubah. panel itu cakap, budak melayu, walau dah cecah Tingkatan 6, bila ditanya tentang cita, masih ragu untuk menjawabnya. Ditanya pula budak Cina darjah Dua, dia mahu jadi *akulupacita-citadiaapa*, tapi gaji dalam berjuta setahun. Iya, tetapkan matlamat.

5. Hidayah? Hee, aku tak sempat tangkap apa yang ustaz tu cakap, ada member tegur masa tu. Anggap sahaja Hidayah ya. Jangan jawab macam orang takdakkk ilmu. Cakap, Hidayah tak sampai lagi bila ditanya mahu berubah bila? Hidayah perlu dicari, perlu usaha....

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sudah-sudahlah menghukum, kita semua pernah jadi remaja...
Kau biar mereka terpesong, nanti Allah soal kat akhirat, kau nak jawab apa?
Tanggungjawab itu berat sebab kena AMANAH!

Heh, siapa nak Ayat balik ???

3 comments:

Rain said...
December 31, 2011 at 5:33 PM

betul, kita bukan kena berhenti berkawan dari mereka yang nakal, sepatutnya mendekati mereka, selami apa yang dirasa dan nasihati secara hikmah .

mereka perlukan bimbingan yang lebih..

[Reply to comment]
gnesop said...
December 31, 2011 at 11:00 PM

Zaman sekolah bukan sahaja tempat cari ilmu dunia tetapi didik akhlak. Skrg org harap gi sekolah berjaya dalam peperiksaan. Cikgu rotan anak buat salah kena saman. Cam ner nak didik? Terpikir jab

[Reply to comment]
Anonymous said...
June 15, 2013 at 12:45 AM

I like it whenever people come together and share thoughts.
Great site, continue the good work!

My web site may quay phim

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.