The Other Side

Panduan Memilih Kursus di Universiti

Assalamualaikum w.b.t...

Serius. 

Harap dapat ambil perhatian. Nak jojol biji mata baca sampai lebam pom boleh.
:D

Sebenarnya, tulis benda ni pasal berbual dengan sepupu yang baru lepas SPM.
Tanya dia, nak jadi apa?
Doktor?
Sebab dia pandai, jadi typical mind selalu fikir,
pandai je ambil jurusan doktor.

Muka dia ragu, jawab,
"Entah lah, tak tahu lagi."

Aku,
"Eh, bukan nak jadi doktor ker?"

Dia,
"Tak tahu lar, kalau fikirkan penat kerja doktor tu, rasa macam tak sanggup je."

Aku senyum,
"Oo, biasa lar doktor memang penat..."
*berderet lagi cakap tapi tak larat nak buat dialog*

Butir nasihat sebagai pelajar universiti.
Untuk siapa-siapa yang nak sambung belajar...


  1. Pilih lah kursus apa-apa, semua kerja mesti penat. Sebab semua benda ada harga untuk dibayar. Nak senang tak nak penat badan, kena jadi tokei besar, tapi penat otak lar nak kena kerah untuk kemajuan syarikat.
  2. Kerja apa-apa kena ikhlas. Ma cakap, kalau nak jadi doktor atas parents yang beria nak ada anak sebagai doktor, baik tak payah. Kesian budak tu.. Yang belajar terguling-guling anak mereka, bukan mereka. Nanti kalau dah give up, tension, kesian dia. Biarlah dia pilih apa yang dia nak.
  3. Ikhlas lagi, kalau pom dapat survive masa belajar. Nanti, kalau tak ikhlas nak jadi doktor, nak tolong orang. Buat kerja sambil lewa, selalu ponteng ker..wallahua'lam. Allah tahu apa dalam hati kamu. Amanah tu berat. Dan ciri munafik itu, KHIANAT dalam amanah. Nauzubillah.
  4. Minat? Minat boleh dipupuk. Andai tak dapat kos yang dikehendaki. What you get, that was fated for you. Jangan nak psaiko lebih-lebih. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk anda. Kita memang rancang, tapi Penentu Allah. Redha sahaja. Macam student BIO dapat kursus Kejuruteraan. Menyimpang 180 darjah kan...
  5. Kalau baru nak masuk matrik atau ASASI. PASUM, PALAM ker Pasar Payang *mengarut sahaja*. Dari SEM satu jangan nak berpoya-poya, kalau target nak 4.0 (Empat rata), mula dari awal. Biarlah orang panggil kita skema atau nerdy, atau tak sakit jiwa second SEM nak pulun kejar pointer. Masa tu nak psaiko gila-gila pom takdakk guna.
  6. Nanti, bila dah masuk Universiti. Obersea ker, dalam negara ker, tak payah nak riak sangat kalau dapat pointer tinggi masa matrik atau ASASI. Semua itu ILUSI. haha.. Jujur, cara survive di Universiti berbeza. Dan jangan nak sombong sangat dengan senior, atau perasan pandai. Hahaha... *rasa nak gelak jer kalau budak-budak buat muka kerek jumpa dengan aku*

Cukuplah. Berjela-jela. Harap ada yang baca.
Pesanan Ikhlas... :)
Harap semua bahagia. Dan study gila-gila, hidup masih kena enjoy...
Kita berumur 18 tahun sekali sahaja...

[boleh kira dengan jari berapa kerat pinjam buku macam ni]
*pinjam sedap, nak hantar tak berapa rajin*


Dan, jangan tinggal solat semata nak study, jangan buat alasan banyak kerja sampai tak sempat nak Baca Al-Quran..
Bila aku cakap baca, tadabbur lar sekali.

Last, bawak Quran tafsir. Ada maksud.
Lagi elok yang tebal tu... Seronok tahu baca Quran. 

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Semua lah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: hampir lupa. Beli lah buku. Buku fotostat tak sedap nak baca. Investment untuk buku berbaloi sampai tua... :D


Heh, siapa nak Ayat balik ???

3 comments:

Shila said...
December 18, 2011 at 9:47 AM

tuuuuh dia nasihat dari cikya kita..

aumm~

bljr rajin2 cikya.. :)

[Reply to comment]
Anyyss Shuhaimi said...
December 18, 2011 at 10:44 AM

superb! nasihat tuk diri sendiri walaupun taun depan dah nak final year. :)

[Reply to comment]
Falling . said...
December 18, 2011 at 12:09 PM

hehehhe nk blaja da ni ;( x sggup nk hadap bku dah.

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.