The Other Side

Sawan Memasak.

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sem ni 4 minggu.

1 minggu sangat rajin, setiap hari buat breakfast.
*masa awal-awal balik*

Minggu kedua,
dah terjebak dalam kancah tibi yang melekakan,
masak kadang-kadang,
banyak makan kat luar.

Minggu ketiga,
menggila buat desserts...
Tart telur, Puding trifle, spagetti dua kali, 
benda-benda mengarut yang menggemukkan.

[suka bajet chef besar sebab masa campak garam atau gula, pakai tangan]
*tak cool konon guna sudu*


Minggu terakhir cuti,
*minggu ni*
misi menggemukkan Ma,
walaupom Ma dah complain rasa gemuk gaya berjalan peha bergesel..
Hahaha, gelak puas hati.
Abang tu, dah puas bebel suruh exercise,
dia bebel balik sebab penat macam-macam.
Dah pandai bentak sekarang. =D

Keputusan,
semalam nak buat icing cake tak jadi,
sebab memandai malas nak tengok resepi,
tambah macam-macam,
left frozen in fridge,
tengok lar apa jadi, kek pom dah tinggal suku.

Ingat nak buat apple pie,
menyesal tak beli acuan kat tesco minggu lepas...
Lepas tu mengidam Peach Cobbler.
Semua berlemakk kan?
Misi gemukkan Ma..
Sambil tembamkan pipi.



Sebenarnya,
nak lepas gian, sebab mixer Ma yang sama umur dengan abang dah sampai ajal,
masa pukul cream cheese untuk cheese cake raya AidilAdha tahun lepas.
Imagin sahaja betapa meroyan nak baking.
Semalam Ma beli mixer baru..
Wohoo!!!

Baking depan tibi sambil layan cerita Chaos kat AXN, siapa boleh lawan?
Kahkah.

Nyatanya, 
bila menghadap blog resepi atau tang page masak-masak.
Berjam-jam boleh habis.
Dah ada lar 2-3 ketul butter Farmcow dah habis sejak bertapa kat rumah ni.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Makanan Salah Cari Sakit

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Masak dengan kasih sayang, 
suka bila orang kenyang, pipi tembam belakang kira. =)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

2 comments:

kay_are said...
February 16, 2012 at 11:46 PM

makan tu kne jage ye.. jangan ikut ske ati je.. semakin tua makin banyak risikonye.. =)

[Reply to comment]
Cikya said...
May 17, 2013 at 12:39 AM

kR,

ada azam baru nak kurangkan lemak berlipat lipat.

senior beliau skipping 500x setiap 3 hari,
tiap malan makan kek, goreng2.. body maintain.
ekeke =)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.