The Other Side

Bila Aku Tanya Mak Calon Menantu Pilihan...

Assalamualaikum w.b.t

Soalan ini aku tanya mak aku dalam sebulan lepas..
Dah lama aku nak tanya
Cuma mencari masa yang sesuai

Kalau telefon pagi-pagi nampak macam semangat amat!
Telefon petang nanti mak aku jawab gitu-gitu jer
Aku tanya malam-malam
Nak dekat-dekat kul 12.00 malam
Baru ada feeling nak jiwang-jiwang ngan mak..
hahaha
*sorry Ma, kacau Ma tengah baca Al-Mulk*

Reaksi mak aku...
"Hah!, Belajar betul-betul dulu.."

Aku dah agak dah, jawab,
"Dop, sajo jah tanyo, Ma keney Ore lagu mano??"

Selepas dipendekkan sesi kejut-mengejut mak dan aku

[kalau anak sedara aku paham, mesti terkejut jugak sambil cakap, Cikya gatal]
Adeh!

Ma jawab,
"Cari yang beriman, boleh jaga anak Ma, boleh tumpang, boleh terima keluarga kita"

Aku tanya,
"Ox hensemmm Ma dop sey ko??"
*aku dah sengih-sengih masa ni biarpun mak aku tak nampak sebab cakap telefon*

Ma balas,
"Boleh lah, yang sedap mata memandang.."

Dengan pantas aku respon,
"Okeh, nati nak cari yang sedap mata memandang..ngee~"
"Kalau *****lah, nak cari yang macam Abah!"

Aku tanya Ma,
"Abah romantik dop??"

Ayat Ma dah sayu,
"Romantik Abah tak tunjuk kat orang, masa gi Perth dulu, kat Abah masih baring atas riba Ma"
*suara Ma macam gembira-sayu*

Aku tak nak Ma sedih-sedih,
Kenangan itu manis, tapi perit bila dah tiada..
Aku tamatkan soalan gatal aku dengan..
Ketawa gembira, 
Cakap terima kasih sebab layan aku mengarut
Thanks Ma!

[jangan tough sangat, aku geli..hahaha]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kenangan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sebab mak aku terkejut betul-betul bila dia tanya kenapa??
aku cakap nak isi borang cari jodoh!
hahaha
kalau mak kamu, mesti terkejut macam mak aku jugak kan ?? :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

10 comments:

azkiyafarhana said...
March 27, 2011 at 1:13 PM

yaya!! dah ade calon la tue ea ;P

[Reply to comment]
Cikya said...
March 27, 2011 at 1:17 PM

far,

serius takde,
ingat nak isi borang cari jodoh ikut kriteria mak berkenan

hahaha,
LOL 10 kali..

[Reply to comment]
gigiAriEma said...
March 27, 2011 at 9:19 PM

semua mak nak ank perempuan dia dpt laki yg boleh jga kita and beriman kan.. :)

[Reply to comment]
Cikya said...
March 28, 2011 at 6:05 AM

gigi,

ha ah, betul..
biasa memang mak-mak akan cakap nak yang macam tu..
cuma, beza antara mak-mak ni, prioriti yang mana dia letak dulu bila anak tanya..
:)

ada jugakkan yang letak kaya syarat pertama ker, kacak bergaya.
hee, tapi, itu cuma duniawi..

[Reply to comment]
empunya belog said...
March 28, 2011 at 11:34 AM

hahahaha......gelak gulim2..:D
list aku still sama..bila lah nk jmpe my mr.right ni??just wondering..hahaha

[Reply to comment]
Cikya said...
March 28, 2011 at 8:09 PM

jida,

haha, kelakar sangat ker ?
soalan aku serius tuh, kepentingan masa depan..miahaha :D

erkk, apo dah list Mr. Right kamu itu ??
je buat list..
tapi selalu memang susahhh ah dapat apa yang dalam list..

rasa macam aku tak pernah buat list?? kan..? :D

[Reply to comment]
Mr Strider said...
March 29, 2011 at 9:56 PM

hahaha..so ape ciri2 yg mak ko mntak tu ade dkt bf ko x??kalo xde pun org yg ko minat ade ciri2 tu x??hehehe

Regards,
-Strider-

[Reply to comment]
Cikya said...
March 29, 2011 at 11:13 PM

strider,

soalan cepu mas tuh.
haha, entah lah, takde bf.
kalau ciri-ciri pilihan pulak, memang macam mak cakap lar kan.. :)
erkk, orang yang aku minat ?? adeh~

[Reply to comment]
~syue~ said...
March 29, 2011 at 11:26 PM

ada ke borang cari jodoh?
nak satu bole? hehehe~

[Reply to comment]
Cikya said...
March 30, 2011 at 12:31 AM

syue,

hee, erkk, ce google, rasa macam ada agensi cari jodoh kan ??
tak pom, mintak ustaz-ustazah rekomen..

kiki :D

senang cite, suh mak cari lar.. ^^

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.