The Other Side

Aku Kacak Bergaya, Kau Ada Apa ?

Assalamualaikum w.b.t...

Bayangkan aku cakap sambil gigit batang padi kat tepi bibir..
Tapi yang gigit rokok bagi aku tak tergolong dalam golongan kacak lah
Aku jujur ni, jangan merokok ea :)

Haa kau, tak jatuh hati ???
Sambil kaki angkat letak atas bangku, 
Muka sebajet mungkin..

Lelaki idaman aku cakap..
---
Aku ada ilmu di dada,
Nak bimbing anak isteri aku nanti, jangan sesat dengan nikmat dunia
Biarlah aku tak kacak macam kau
Sedap mata mak mertua pandang sudah
---

Lelaki itu cakap lagi,
---
Ada apa dengan rupa
*walau ada sumbangan dari segi genetik jugak*
Asalkan aku dapat jaga orang sekeliling aku tak jauh dari syukur yang Esa
Aku kerja cari harta halal nak bagi makan
---

[doa dapat anak comel macam ni]

Hee,
Lelaki itu cool sahaja,
*aku dengar sambil angkat ibu jari dan berhajat nak tekan butang "like" 10 kali*
Tak menyumpah seranah

Yang nak aku cakap sebenarnya
Member aku, habis spm dulu, masa cuti,
Dia pergi mengaji kat pondok, menuntut kat pondok
Kat sekolah dulu, orang siap cop dia player lagi,
Ada peminat datang tunggu kat muka pintu kelas sebab nak jumpa
Naik motor besar walaupom pinjam abang dia punya

Sekarang member aku, 
Dah pandai lilit serban, cakap bersembur pasal agama..
Aku respek guling-guling lah
Dia boleh berubah,
Macam jadi lebih matang dan nampak lagi bergaya.

Kesimpulannya,
Kalau ada yang masa lapang bila cuti ker,
Boleh lah ambik peluang pergi mengaji pondok..
Tak rugi, kejar ilmu agama..

Dialog di atas rekaan sahaja,
Sebab aku tak jumpa lagi yang macam tu.
Ker siapa yang macam tu boleh angkat tangan sambil komen ^^

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga-jaga Kita Ilmu Tak Pernah Cukup

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: haha, aku lagi suka tengok lelaki pakai kopiah daripada songkok, nampak lagi real, tenang jer berkopiah putih

[kacak kan ???]
*sengih tak gatal tapi sopan*

p/s lagi: genetik ooo genetik

Heh, siapa nak Ayat balik ???

3 comments:

cik azeya said...
April 9, 2011 at 6:28 PM

saye. saye nak agkt tangan.tp err sy perempuan . haha. susah kot nak jumpe lelaki cmtu zaman sekarang. tapi kalau ade, memang tabik springlah. huk4

[Reply to comment]
Shila said...
April 9, 2011 at 8:46 PM

aku suka lelaki yg nakal..

tapi dia hormat wanita..

lagi best kalau dia baik, kacak , kaya, bijak.. serta bergaya..

hahahaha.. rasa nk lempang? ke nk cium je? :P

[Reply to comment]
Cikya said...
April 9, 2011 at 9:36 PM

cik azeya,

member lilit serban tu ambik chemical engineering kat UM, berminat tak ??
haha, suka suki jer canang anak teruna orang.. ^^'

senget,

erkk, wow, senget punya taste ni memang lain lar nget,
hari tu nak lelaki botak.
semua pakej lengkap tuh, mana nak cari.. :D
rasa nak cium lekat kuali panas buleh ?? kiki~

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.