Assalamualaikum w.b.t..
Rentetan Jualan Pantun jiwa berbalas jiwa suci!
Bukan senang nak pinang si dara
Kalau harta menjadi taruhan
Meminang ukurnya ilmu di dada
Duit kurang cari perlahan-lahan
Harta bukan rupa pun bukan
Putera raja jauh lah sekali
Hitung hari hitung bulan
Cikya belajar tak habis lagi
Resah ibu keluar meminang
Debar hati tak tahu siapa
Tulus doa mohon pertolongan
Allah beri sesuai sejiwa
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Surah al-Rum: 21)
Si dia memang bukan pilihan
Walau belum nampak di mata
Pilihan ibu rela-relakan
Orang tua tahu segala
Pantun ni nak jual kepada siapa yang dah-belum-dalam perjalanan-masih mencari jodoh! :D
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pilihan
:: Salam Satu Aqidah! ::
Special Tinkayuuuu to Cekodok!
:: Cik Dilla ::
7 comments:
xleh nak beli..dulu x ambik sastera..klu ambik mst fail..hehe
adeh!
belum cuba belum tahu
pantun dua kerat pom Cikya beli,
ikut permintaan..
hahaha :D
tanak nasi singgang ikan
Cikgu cuba pantun jangan segan..
ngee~
boleh join program berbls pantun RTM-RTB
nie:)
darl~
RTM-RTB tu apo ?? hee :D
radio televisyen malaysia
radio televisyen brunei
rtm rtb kan selalu buat program berbls pantun time raya.hehehehe
jap-jap nak join berpantun ni.
@sepet
hee, takrahu lar pulak :D
kita berbalas pantun dalam blog pom dah ok.. ;)
@bedah
beres, aku tunggu..hoho~ ^^
Post a Comment