The Other Side

Random = Middle Name

Assalamualaikum w.b.t.

'middle name'.

Cerita satu.
Lecturer yang sempoi, kelakar..dia belajar kat oversea... Bila budak-budak ni duk kecoh macam malu kalau ada ter'fail' mana-mana paper, nanti naik nama.
Dr tu selamba cakap, takpe, saya pom pernah fail dulu masa belajar, tapi literally ayah saya yang fail sebab nama dia yang naik kat board. Dr gelak-gelak lepas cakap...
Sebab, kita mana ada guna istilah first name, last name. Kat board keluar nama, Miss Iqbal. 
*contoh sahaja...Macam nama dia Sakeena binti Iqbal.

Cerita dua.
Kisah lelaki dengan ray ban, shades, atau cermin mata hitam. Entah, suka tengok yang ada jaw line and deep eyes, bak kata member dia panggil mata redup. Rasa nak muntah bila dia sebut sebab macam tengah baca novel cintan. Kihkihkih. Pendapat sendiri, guys do look good with shades. Ada terbaca komen kat youtube, Rain Over Me, Pitbull was born with shades. Ini kes terpencil, lelaki botak handsome...haha.
Cuma, bila lelaki Melayu pakai shades, at first glance memang nampak kacak, tapi kekacakan itu diragui selagi tak tengok muka dia tanpa shades. Selalunya, ilusi terus musnah bila tak pakai cermin mata. 
Dan, tolonglah. Cermin mata yang macam kartun tu, bingkai merah, ker hijau pucuk pisang, plastik...Tak payah pakai. Macam budak-budak. T__T


Cerita tiga.
Semalam 11.11.11 kan? Coursemate aku akad nikah semalam. Esok kenduri yang tak dapat nak hadirkan diri. Pukul 11.50 malam hantar mesej doa, Barakallah, semoga cinta sampai syurga. Dalam pukul 2.00 pagi dia balas, simcard hilang, tanya siapa. Aku tanya kenapa tak tidur lagi? Dia cakap berdebar kenduri esok. Aisk makcik ni, cepat-cepat suruh dia tido bimbang mata dia lebam. Pengantin kena lawa kan? Nanti 3 inci bawah mata kena tutup lebam guna concealer. Aku harap dia bahagia, Jodoh awal. :) Alhamdulillah. Sepatutnya kahwin selepas grad, tapi terkahwin sekali dengan abang dia. Yeah, dua majlis semalam. Kenduri pom senang.
Semoga yang terbaik untukmu sahabat. :)

Cerita empat.
Kalau orang nak masuk line. Bagi aku, tunggu sampai cuti sem nak masuk final year nanti. Sebab, kalau mengendeng semata nak ajak buat awek, you better back off. Tak jual mahal, cuma tak perlu. Haha, macam berlagak, tapi, susah nak jaga hati ni. :) 
Sebab, selalu dengar, perangai masa cintan cintun ni agak palsu... The real you will come out just after the akad. Pretty scary. :P Looking for completion rather than perfection aite..

Cerita lima.
Nilai duit hantaran dan mas kahwin. Mas kahwin sekarang ada yang ikut negeri. Lagi rendah mas kahwin, lagi bagus. Kalau kahwin nanti mas kahwin seringgit sepuluh sen pom, dah cukup bagus. Duit hantaran, boleh bincang. Rate macam dia ijazah muda sekurang dapat RM10 ribu, ada sarjana sekurang RM15 ribu. Itu tidak perlu, Ikhlas. :) InsyaAllah. Macam kakak, hubby dia suruh simpan duit hantaran, untuk buat pergi haji. Sweet kan? Bukan nak jual anak kan? Nak memudahkan urusan bait Muslim. 
Hantaran? wajib ada set perfume, yang lain tak kisah. hahaha.. Hantu betul. 
Untuk Bakal, Teringin nak bagi jaket yang, susah nak cakap macam mana kat sini. hahaha lagi ^^"

Cerita enam.
Sekarang... Cukup lah lima. Tahu mata cepat berpinar baca banyak-banyak. Hah, lupa, darjah ke'sweet'an/ kemanisan muslimin bagi aku, serban> kopiah> songkok> kepala dogol> rambut spike. Entah kenapa, macam player je yang rambut spike ni.. :D 

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Macam-macam Otak Menerawang

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: funny. :D guys, kalau pom nak tengok anak orang, jangan tenung lama sangat sampai kantoi. Funny.


Heh, siapa nak Ayat balik ???

2 comments:

Cikya said...
August 28, 2017 at 12:02 AM

Shown you at billion before. Macam bomber cuma no camouflage.

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.