Assalamualaikum w.b.t.
Agaknya ini lah perasaan manjadi emak,
mempunyai anak, anak-anak, anak tiri, anak angkat yang telah disusukan supaya menjadi mahram dengan suami...
Ekeke...
Faham dakk?
Aku mestilah kategori anak saudara...
Anak memang dah ada semulajadi tiga, Allah bagi sempurna Alhamdulillah.
Anak tekak satu, anak mata dua bijik.
Anak kucing kat rumah?
Mana boleh berebut status ibu kucing, nanti meroyan mereka jadi gatal terlebih,
siapa nak tanggung?
Okeh, petang tadi pergi KLCC,
sebab kat situ je outlet terdekat Toys R Us dengan kolej.
yang lain mahu berkepuk tambang pengangkutan semata nak cecah destinasi.
Sebab nak beli 'educated toys' lar kat 'nieces' tu,
Syaza dan Qina dah pandai main masak-masak secara ilusi.
Haha, imaginasi...
Ilusi macam pesakit schizophrenia. Hallucination.
Maka telah mengusha set mainan Play Doh kat internet...
Masuk je Outlet Toys R Us tu,
naik juling je mata.
*tipu*
Teruja tengok mainan budak-budak.
Harga pom sedap jugak tengok...
Pusing sana-sini nak pilih Play Doh set yang mana dengan 'so-called' educational toys in mind.
Akhir telefon akak, tanya nak set yang ada alphabet+food shape atau set yang terap-bentuk-binatang.
Keputusan,
Cookie Monster's Letter Lunch.
Sebab set tu datang dengan 4 tin doh sahaja; empat warna sahaja,
maka extra doh ditambah supaya dua budak tu tak berebut.
Mana cukup nak buat semua alphabet dengan 8 oz doh je kan?
:D
[kenanglah jasa makcik mu ini...]
Ada satu pinky site dalam Toys R Us tu,
Fuhh, sah-sah keperempuanan punya permainan kan?
Barbie?
Ya Allah, memang aku takkan beli barbie kat depa,
biar mereka belajar sendiri apa itu barbie,
One fake imaginary illustrated doll with all perfect things, except for extra long neck.
This is Fake my nieces,
dengar cakap cikya ni..
Hahaha
tapi kalau mereka dah besar dan matang *ehem* macam aku,
takpe, nak buat marathon barbie stories 24/7 aku benarkan.
*nada menghasut anak saudara untuk membuang mind set perfect women in reality*
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mainan Budak-budak Biar Berilmiah
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: heh, barbie set mahal kot?
mahu puasa seminggu nak memuaskan nafsu mereka bila dah terjebak..
0 comments:
Post a Comment