The Other Side

Random = Half-Middle

...

Randomization.
Before start dozing off.

Just, when a guy,
complain about friend zone,
so called barrier to relationship,
further relationship.

Do they ever think,
why the girl have a friend zone in her life?
Don't they realize, 
the guy also,
have this so called friend zone.

Friend zone, the time when flirt is harmless.
Psychologically,
a person can really touch a heart, when the person in the comfort zone of the other one.

Friend zone,
no hard feeling,
no heart feeling.

So, don't blame the girl or guy,
for creating this safety limit,
because, if you are really serious,
just, tell the person.

Me?
I won't take others heart for granted,
unless it was intended since from the first met,
stamped on forehead, playboy,
and worth for an auction...
Kahkahkah...

Sorry. :)

Randomization. break the habit.
Adios...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Suci? Setara Mana?

Assalamualaikum w.b.t.

Terdetik nak tulis selepas terimbau ulasan Ma pasal cuci mencuci.
Menggeletik jari nak taip pasal ni, selepas baca novel Kasino, Publisher Fixi.

Suci?
Setara mana aku dah sucikan apa-apa yang patut?
Berbelit?

Review Novel Kasino,
Satu yang aku tabik pasal Dato' muda itu,
Satu sahaja, dia tak pernah tinggal solat.
Dia musafir ke Kuantan, Melbourne, musafir ke rumah bini pom tetap tak tinggal solat.
Tahu pula beza jamak ta'khir dan jamak takdim.
Kelingking patah, rusuk retak, tetap solat,
walau dalam keadaan duduk.
Tekun!

Tapi sejauh mana solat dia?
Habit? Rutin? Ada jiwa tak dalam solat yang dia perform setiap hari?
Atau sekadar mengambil syarat, sekurang,
Aku dah solat, terima atau tak...
Terserah...

Solat kena hadir jiwa. Tumbuh rasa Ihsan, rasa macam Allah ada kat depan kita...
Nak rasa mengalir air mata?
Masa tu lah.

Cuma, terlepas pandang jugak,
Pakaian yang kita guna tu suci ke dakk?
Memang lah basuh. tapi Suci ker tak?
Ma cakap, 
"Kalau rendam pakaian tu 10 kali rendam, 10 kali celup air telaga sekalipom,
takkan suci selagi tak bilas."

[berani lar masuk mesin, wajib meraung satu tahun menyesal..]
*haha*


Itu buat aku fikir,
kesucian berkongsi mesin basuh di asrama..
Hehe.
Ye lah, bukan aku punya, yang taruk pakaian kat dalam mesin tu pom bersih tahap mana aku tak tahu.
Dia siram ker tak?
Ker aci campak je masuk mesin...

Atas dasar nak menjaga hati,
Jaga ibadat yang memang tak pernah cukup,
Tuhan terima belum tentu.
Gagah kan diri basuh tangan...
Over due ker..
Belakang kira. Janji puas hati.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Suci Pakaian Nak Buat Ibadah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: pakaian Dato' mesti dry cleaning, suci ker dry cleaning eh?

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Extremist: Sejauh Mana Boleh Pergi?

Assalamualaikum w.b.t...

Semalam, terdengar forum kat radio IKIM,
secara tak sengaja, yang berlansung kat Masjid Asy-Syakirin, 
terdengar separuh, tajuk pom tak tahu pasal apa,
panel, ada seorang Datin dan Ustaz, tak sempat nak cerap jugak.

Tapi, forum tu berkisar pasal HIJRAH lar.
Macam biasa, forum pom bermusim, peringatan pom bermusim,
Iman je turun naik tak kira musim,
dah nama manusia,
bukan malaikat dengan Iman statik,
bukan Nabi Allah nak meningkat je Iman...

Ada soalan dari penonton, tentang perpaduan di malaysia.
Lebih kurang, macam mana Islam nak maju kalau Umat tak bersatu...
what-so, what-so soalan dia lebih kurang macam tu.

Ustaz bagi analogi, orang dayung kapal,
sepuluh kayuh ke depan, sepuluh kayuh ke belakang,
kapal tu akan tenggelam.
*aku nak tanya, secara fizik, siapa tahu, boleh tenggelam ker kalau kayuh lawan arus?*
Sebab, aku kurang berminat pasal force ni, analogi ustaz tu macam logik.

Lagi analogi ustaz, kalau kapal tu ada dua bahagian,
kat atas kononnya orang bangsawan, kat bawah kapal rakyat marhaen.
Rakyat kehabisan air, sebab tak nak tanya/ segan nak mintak dengan si bangsawan,
yang di bawah menebuk kapal untuk dapatkan air.
Penutup, semua tenggelam.

Ulasan ringkas, bagi aku,
Berat sama pikul, ringan jinjing sekali.
Tapi realiti,
Berat marhaen jinjing, ringan pom marhaen pikul jugak.
*scoff*



Sebenarnya,
aku kecewa dengan ulasan panel semalam.
bila ada penonton tanya, 
macam mana nak didik generasi muda, sebab pemuda ni lah tonggak dunia hadapan.
No offence, but damn!

Bagi aku, the real core, 
masalah sekarang,
apa yang kau sumbat anak bini kau makan sampai depa besar?
Makanan tu jadi darah daging.
Makanan? Sumber duit tu kau cekau kat mana?
Kalau pom rezki kau halal, makanan tu sahih halal ker tak?
Serius aku kecewa.

Tak guna kau nak salah kah didikan ibu bapa, guru, sekeliling what-so, what-so...
Kalau binaan asas manusia tu dari awal dah ta betul.
Nauzubillah.
Status halal makanan pom aku ragu sekarang.
Kalau dah syubhah tu, was-was, terus tinggal.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Sumber Makanan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: pesanan kat perempuan, masak lar, cuba cari masa..air tangan ibu, insyaAllah bersih, berkat...
Ni tak, mamak jugak yang kau suap kat anak, dari kecik sampai besar....

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Lone Ranger Si Muka Stone

Assalamualaikum w.b.t...

Ciss, aku tahu maksud lone ranger.
Tafsiran aku, someone who tend to act alone, without others boggling his mind.
Sebab nak bukak cerita pasal ni, 
maka google lar maksud lone ranger,
berani dia broadly translate lone ranger as a loner.
Cett...!
Macam kes forever alone je jalan sorang-sorang.

Loner tak boleh nak pukul sama rata dengan lone ranger.
Sangat tidak adil, 
sebab loner memang serius sangat 'awkwardly' a lonely person,
aloof people, that choose not to mingle anyway.
Lone ranger, he can be social or unsocial on his own preferences.

[just mingle, and get a LIFE]


Tutup ulasan berbelit aku, yang kalau tak faham,
buat-buat lar faham.

Macam, orang cakap,
bekerja, nak cari idea, buat case study ker,
two heads always better than one.
tu kalau kepala yang satu lagi memang boleh pakai,
cuba kau pasangkan kepala budak architecture dengan budak medical sciences bincang case study pasal migraine.
kalau kepala budak medical sciences tu tak senget terangkan kat budak architecture,
atau budak architecture tu yang kena sudden migraine attack!
haha, kesian.
*titik tak meleret tanda simpati*
...

Kepala lain, kehendak lain, keperluan pom lain.
Aku, ada masa 24 jam je kat dunia, 
Allah bekal waktu peluang yang sama, tak kira pangkat apa,
bukan sebab kau PM, dapat extra 1 jam, banyak kerja nak buat kan..?
kau budak kecik lagi, minus 5 jam, main je sehari...

Disebabkan masa yang sama, 
aku tak boleh curi masa orang lain yang tak sekepala dengan aku, tak sekefahaman, tak senaluri selera...
nanti kena ganti balik, 
weyh, pinjam duit lagi senang dari hutang masa,
sebab kau tak tahu kau hidup ker tak lagi esok.

Lepas kelas dalam 11.30 pagi semalam,
Angkat kaki naik KTM ke Serdang dari Putra semata nak kejar last batch aftermath sale BigBadWolf Book Fair kat South City Plaza,
pukul 4.00 petang tunggu bas nak dekat 45 minit, untuk ke KLCC.
Semua sendiri, nak mintak member teman?
semua ada hal masing-masing...
bahaya tak bahaya sebab aku keluar siang hari,
alhamdulillah selamat.
naik pengangkutan awam.

Strategi?
Tawakkal kepada Allah, buat muka stone gaya ignorant.
Agaknya, kalau aku plan nak pergi clubbing ker, macam-macam dah jadi.
Nauzubillah.
Niat tu kena betul, insyaAllah Allah tolong.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Masa Amanah Allah Bagi

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: kalau jalan seorang, tak payah nak test line try harmless flirt lar...
silap-silap tumit kasut atas dahi. :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Perasaan Mak Budak.

Assalamualaikum w.b.t.

Agaknya ini lah perasaan manjadi emak,
mempunyai anak, anak-anak, anak tiri, anak angkat yang telah disusukan supaya menjadi mahram dengan suami...
Ekeke...
Faham dakk?

Aku mestilah kategori anak saudara...
Anak memang dah ada semulajadi tiga, Allah bagi sempurna Alhamdulillah.
Anak tekak satu, anak mata dua bijik.
Anak kucing kat rumah? 
Mana boleh berebut status ibu kucing, nanti meroyan mereka jadi gatal terlebih, 
siapa nak tanggung?

Okeh, petang tadi pergi KLCC,
sebab kat situ je outlet terdekat Toys R Us dengan kolej.
yang lain mahu berkepuk tambang pengangkutan semata nak cecah destinasi.

Sebab nak beli 'educated toys' lar kat 'nieces' tu,
Syaza dan Qina dah pandai main masak-masak secara ilusi.
Haha, imaginasi...
Ilusi macam pesakit schizophrenia. Hallucination.
Maka telah mengusha set mainan Play Doh kat internet...

Masuk je Outlet Toys R Us tu,
naik juling je mata.
*tipu*
Teruja tengok mainan budak-budak.
Harga pom sedap jugak tengok...
Pusing sana-sini nak pilih Play Doh set yang mana dengan 'so-called' educational toys in mind.
Akhir telefon akak, tanya nak set yang ada alphabet+food shape atau set yang terap-bentuk-binatang.
Keputusan,
Cookie Monster's Letter Lunch.
Sebab set tu datang dengan 4 tin doh sahaja; empat warna sahaja,
maka extra doh ditambah supaya dua budak tu tak berebut.
Mana cukup nak buat semua alphabet dengan 8 oz doh je kan? 
:D

[kenanglah jasa makcik mu ini...]


Ada satu pinky site dalam Toys R Us tu,
Fuhh, sah-sah keperempuanan punya permainan kan?
Barbie?
Ya Allah, memang aku takkan beli barbie kat depa,
biar mereka belajar sendiri apa itu barbie,
One fake imaginary illustrated doll with all perfect things, except for extra long neck.
This is Fake my nieces,
dengar cakap cikya ni..
Hahaha
tapi kalau mereka dah besar dan matang *ehem* macam aku,
takpe, nak buat marathon barbie stories 24/7 aku benarkan.
*nada menghasut anak saudara untuk membuang mind set perfect women in reality*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mainan Budak-budak Biar Berilmiah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: heh, barbie set mahal kot?
mahu puasa seminggu nak memuaskan nafsu mereka bila dah terjebak..

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Self value?

Assalamualaikum w.b.t...

Ceramah minggu lepas, Muhasabah Cinta, anjuran student medic UKM.

Satu quote yang menarik,
Tentang perbezaan umur orang muda dan orang lama.
How they perceive world.

in 50's, they care how they see world
in 20's, they care how world see them.

Macam,
dalam umur 20-an,
anak muda sibuk berfesyen, meluahkan pendapat mereka, mencari respon orang terhadap mereka,
'attention seeker'?
masih mencari nilai kewujudan mereka kat sekeliling.

Lagi,
dalam umur 50-an,
cuba lihat sekeliling, 
they are not so fashion-holic, tend to think, interpret rather bluntly conveying thought on FB.
haha...*face-palm*
Sepatutnya, orang lama ni jadi attention giver...

Anak muda,
Wear your attire like you have dignity.
Macam, kau pakai pakaian pelik-pelik,
Lepas tu marah kalau orang pandang serong,
Kau pakai pakaian adik, lepas tu tak suka orang kacau kau,
Malu tu sebahagian daripada iman,
Kalau Allah dah cabut rasa malu, Nauzubillah.
Takde malu?

Perubahan, it comes from in to out..
Kadang, well 'wrapped' clothes dah jadi habit...
Bila-bila masa boleh terbukak.
Cantik luar dalam.. :)
Sebab tu, kalau pom orang terbukak situ sini,
Jangan nak kutuk melebih, bawak lar doa semoga dapat Hidayah...
Kau kutuk, kau dapat dosa?
Biasa lar, dosa mengumpat, dosa dengan manusia,
Kau kena minta maaf dengan individu baru lepas...



Tapi,
Kalau dah tua, masih nak berlagak muda?
Kubur kata mari, rumah tak menyempat nak halau,
Semoga kita dapat Hidayah jugak...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Akhlak

:: Salam Satu Aqidah! ::

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cerita di Sebalik Gambar

Assalamualaikum w.b.t.

Atas dasar menyahut seruan geng blogger. Mr. AjeyyRawk


Apa-apa details boleh klik SINI !


Ini masa hari raya Aidiladha yang pertama,
pergi rumah ayah saudara untuk korban.
Perasan tak budak kecik baju pink,
dengan kaki tak jejak tanah?
tu anak saudara 'drama queen' aku,
Aktiviti : tengah berkejar dengan Qina suruh naik kereta sebab akak dan abang ipar nak balik rumah,
tinggal kami tunggu ambik daging korban.
:)



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Perasaan Lelaki.

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya,
Nak cerita kalau aku lelaki,
Perasaan yang akan au mungkin dialami..
Kehkehkeh,
*perasan dah cukup perempuan sangat lar tu*

Lepas hantar adik balik Pahang, kat Hentian Bas Putra.
Padahal dah sarapan dengan roti dan sup cendawan lagi.
Singgah The Mall sebab mengidam nak makan KFC.

Dalam 11.00 pagi tak ramai lagi orang,
Aku pom tak pakai spek, nak pakai lense lagi lar tak rajin.

Sambil menjamu selera, ada satu pasangan couple lagi,
Yeah...couple..

Kalau aku, sebagai lelaki, tak kisah sebagai buah hati perempuan tu, suami perempuan tu ker,
Aku takkan bagi dia bagai shawl dedah-dedah dada ni,
Aku tak bagi dia pakai lengan pendek sampai boleh kira bulu yang ada kat tangan dia.
Aku tak bagi dia pakai seluar ketat, sampai nak jalan pom susah.
Aku larang dia pakai baju atas punggung yang nyata menjadi perhatian mata liar ajnabi.
Heh, bukan lelaki je tahu tengok badan perempuan,
Perempuan pom cuci mata tengok orang dedah-dedah ni.

Sebab,
Kalau aku lelaki, aku ada ego,
Aku akan iri kalau lelaki lain nampak apa yang buah hati aku ada.
Kalau jumpa yang jenis playboy, agaknya,
Sekali dia jeling badan buah hati kau,
Dah dapat ukur saiz 36-24-34 kot..
Hahaha
*gelak sinis



Tu kalau aku lelaki,
Kalau aku perempuan, aku tak bagi kot suami aku keluar pakai seluar tiga suku.
Hahaha
*gelak kali ni dasar perempuan tamak!
:P
Nak bagi dia pakai skin tight jeans lagi lar, mahu berperang baru dia boleh keluar.

Okeh, mungkin sebab dia belum kahwin,
Jadi tak rasa insecurity kalau orang lain pandang buah hati dia,
Malah rasa bangga.
Bila dah kahwin, baru suruh tutup situ sini,
Baru perasan tanggungjawab yang dosa isteri dia tanggung.
Tak nak jadi suami dayus kan?

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Dress Code

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: untuk yang dah atau belum berkahwin, hak perkahwinan? kita ada hak?
boleh layan Mana Milik Kita by Rabbani..


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kisah Tipikal

Assalamualaikum w.b.t...

Adakah yang merungut itu sebenarnya,
yang bermasalah atau orang lain tidak nampak masalah yang dirungutkan.

Kisah satu: Masa.

Dari muslim tranformasi ke mukmin. Tak senang, dari 73 golongan, 72 golongan lagi belum tentu bertemu sakinah di akhirat nanti.
Hidup, muslim, mukmin, solat 5 waktu kena jaga.
Allah dah letak timing yang sesuai...
Kalau dah jaga solat, insyaAllah hidup akan teratur.
Yang aku kesalkan, masa. masa yang telah dicuri dari orang yang menunggu.
Contoh, kau janji meeting pukul 5, kau datang pukul 5.10 dengan 'typical mind' bahawa ramai lagi yang belum sampai.
Kalau yang dah sampai 10 orang, kau hutang Masa dengan mereka 100 minit.
Heh, hutang duit boleh ganti derr, hutang masa, kau nak cari kat mana?

Kisah dua: Skeptik

Entah. Tak tahu nak mula dari mana sebab banyak...
Contoh, kisah pandang serong kau pakai tudung labuh, dia pakai tudung singkat.
ya Allah, apa nak dikecohkan sangat?
Aku bingung, kalau pom tak mampu nak tegur, nak nasihat,
rajin-rajin lah kirim doa semoga dia berubah.
Jangan nak cop atas dahi dia, sebagai jahil ker apo..
Kita siapa nak menghukum, realiti kita, lebih cepat menghukum daripada menerima.
Kata Saudara, jauh sikit dah cakap belakang.
*terasa tak?

[typical is no cool]
*genuine is much cooler


Kisah tiga: Sindir.

Yang ni paling tak tahan.
Sebab aku pernah rasa, padahal benda bukan besar sangat pom.
Ini kombinasi tipikal-skeptik yang tak nak buka minda.
Katakan lah, Jaja pandai speaking, itu kelebihan dia,
Jangan lah sindir bila dia mati kata nak cari ayat dalam bahasa melayu,
Sebab kadang, some terms are more understandable in English.
Apa masalah kau kalau orang speaking? Tak faham? Tipulah...
Heh, orang yang sindir-sindir ni penakut tahu?
Chicken, faham?
Hahaha
*eyes rolled*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Minda Tipikal Tak Cantik

:: Salam Satu Aqidah! ::

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Ini Tak Romantik

Assalamualaikum w b.t...
Cerita lama, berlaku masa sebelum balik kelantan untuk raya Haji.
Singgah food court untuk dinner, kang kebuluran dalam bas siapa nak tolong,
Sejuk pulak tu.

Maghrib sekarang agak awal, dalam pukul 7.00 malam dah masuk,
Aku makan Yee Mee Sizzling, member pulak tak makan sebab dia dah makan banyak kat kafe kolej.
Sebelah meja aku ada lar satu couple,
Kenapa aku bajet couple?
Sebab, sebab..sebab...memang apa yang mereka buat takde gaya orang yang sudah kahwin lansung.

[tak kenyang sikit macam ni]
*aumm..Aummm...
Yang paling menyayat hati bila,
Mereka kongsi makan satu pinggan...
Ciss..Serius ini tak romantik, kedekut gilakkk kot.
Nasib baik minuman tak kongsi,
Nak jeling lebih-lebih kang kena tangan dengan laki tu pulak.

Eh, lapar tau makan kongsi-kongsi,
Lain lar kalau order dua makanan,
Lepas tu kau nak makan separuh, dia makan separuh, aku tak kesah.
Sama-sama merasa kenyang satu pinggan.
Suap-suap?
*terus muntah kat situ*
Mati lar nak kongsi sudu garpu dengan ajnabi ni...
Perempuan tu patut cucuk mata laki tu je..

Kongsi straw? 
Sekali lagi mati..Waras ker tak?
Buatnya dia ada AIDS, tak pasal-pasal infected.
Husnuzhon tak husnuzhon,
Berjaga-berjaga kena jugak.
Sayang bukan dasar nak membutakan akal...
 *saliva memang bukan route of virus AIDS untuk tersebar, tapi kalau laki tu ada luka dalam mulut, lepas tu kau pulak tengah ada mouth ulcer*
Tadaa...Welcome to the new life.
T__T

There are other ways to show affection.
Kahwin lar...Masa tu nak suap pakai tangan pom aku tak kesah.
Tak tahu, tapi aku dapat rasa insecurity of the girl,
when his guy cuci mata tengok perempuan dahi licin.
Macam Ma aku cakap,
"Lelaki kalau belum apa-apa dah curang, dah kahwin nanti tak tahu lar."

[belakang cantik, depan bapuk, kau mana tahu..]
*hahaha* 

Aku takut dengan manusia yang dah banyak 'EXes' ni,
Sebab dia dah biasa patah hati, jadi tak kisah sangat kalau patah hati sekali lagi...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai 

:: Salam Satu Aqidah! ::

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kini Dah Berdua

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tahu kalau ada yang perasan ker tak,
Suatu masa dahulu, aku je jadi penulis kat blog ni,
disebabkan kebosanan melampau dan tak gagah update entry,
dah tambah my lil sis jadi co-writer..
Maaf dik, Url takkan berubah..
hahaha

Jadi,
Kalau rasa lain,
that's my lil sis!

Have fun..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Tulisan..

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: dik, tak payah lar nak ambik sebijik ayat last tu, 
you have your own style... XD

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Ada Apa Dengan Cinta?? fuh3..

Ehem3..testing testing..1 2 3..

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Tiba-tiba terlintas lagu ni (Cinta Antara Kita)
Agak-agak la..macam ni la kot 'feeling' muda mudi remaja remaji sekarang..
Teringin juga nak merasa melayang-layang ke atas ke bawah langit ni..haha..
Aura gediks da datang~ ahaks!..

Namun... andailah..tiba-tiba..tidak dijangka..
Tengah-tengah feel duk melayang-layang...
Gedebukk!
Tak ker parah..

Yang lepas gedebukk ni gua takut...
Feeling habis kot pastu..
LA TAHZAN kerana CINTA

Amik langkah selamat..
Jangan gopoh mencari cinta..
Cinta pada DIA perlu digopohkan..
(erk..ada ker perkataan digopohkan?)
Answer me, please!
Hentam saja la..haha..
Ayuh kejar cita-cita cinta,
Cinta Allah
Saat hati kita sudah terikat padanya,
Barulah rasa..
.
.
.
.
Pergh..indahnya cintaMu..
Feeling cecah infinity..

Macam ni?
'love is in the air'

hehe.. :P



Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jaga

:: Salam Satu Aqidah! ::



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Isteri Pertama Atau Seterusnya?

Assalamualaikum w.b.t...

Bila aku dan member-member cakap pasal poligami ni,
Kebanyakan mereka akan cakap, atau 'prefer' untuk jadi isteri muda.
Kalau lelaki tu kahwin empat, 
Dia rela jadi yang ke-4.

What so special being the latest wife?


Kahkah..
'Latest wife' macam hobi suami tu kumpul bini je..


Rasa macam, baru 2-3 orang yang cakap, lagi rela jadi isteri pertama... :)
Aku, entah, sebab sekarang masih belum kahwin..
Bila fikir, 
I would rather be the first than the later.

Sebab-sebab tipikal.

Orang akan fikir, isteri yang seterusnya adalah perampas,
Bagi suami poligami akan dapat payung emas kat akhirat nanti.

Tapi nak dapat payung emas pom, kena ikhlas..
Ikhlas tu orang tak nampak...mulut berbuih sawan cakap rela-ikhlas, Allah tetap tahu kan..

Dan, kalau boleh, Allah Izin, elakkan dari menjadi isteri muda.
Jodoh Allah letak memang tak tahu..
Tapi, 
Cuba letak diri kita kat tempat the first wife...

Kongsi apa yang kita sayang?
Sanggup?

Pergh..
It is so good to be the first anyway.
And it would be the best if your the last too.
The only in his/her life.


Ciss..
Kadang, bila aku fikir, aku jumpa orang macam-macam ni,
Perangai aku macam mereka ker?

Perumpamaan Abah,
Orang yang baik nilai 50 sen, akan tertarik atau bergaul dengan orang yang baik nilai 50 sen.
Yang baik nilai Seringgit, akan selesa dengan peribadi baik Seringgit.

Apa-apa pom,
Dunia akhir zaman banyak perempuan, kalau pom kau keluarkan statistik cap Sirim menyatakan lelaki lagi ramai daripada perempuan..
Setara mana kah mereka?
Sekufu dengan perempuan yang ramai itukah?

For now,
Aku sokong poligami..
hahaha....
Future?

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Nafsu.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Eh, tak mampu tak payah gatal, setakat hidup bini sara ada hati nak pasang baru...
Oppps..! XD

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Tak Tahu

...

Dalam blog ni macam banyak je merepek pasal kahwin kan?

...

Pengalaman tu mematangkan,
Sekali orang buat, mungkin boleh terima.
Tapi, untuk kali kedua,
Takut.
Tak sanggup.
Tak berani.
Tak bersedia.
No heart racing like before,
rasa sedih pulak.

...

Ada tunggu siapa-siapa?

...

Ketuk hati, tanya diri.

...

Rasa macam teruk,
senang sangat ker?

...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Matlamat

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: tak sanggup nak hadap realiti
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Random = Middle Name

Assalamualaikum w.b.t.

'middle name'.

Cerita satu.
Lecturer yang sempoi, kelakar..dia belajar kat oversea... Bila budak-budak ni duk kecoh macam malu kalau ada ter'fail' mana-mana paper, nanti naik nama.
Dr tu selamba cakap, takpe, saya pom pernah fail dulu masa belajar, tapi literally ayah saya yang fail sebab nama dia yang naik kat board. Dr gelak-gelak lepas cakap...
Sebab, kita mana ada guna istilah first name, last name. Kat board keluar nama, Miss Iqbal. 
*contoh sahaja...Macam nama dia Sakeena binti Iqbal.

Cerita dua.
Kisah lelaki dengan ray ban, shades, atau cermin mata hitam. Entah, suka tengok yang ada jaw line and deep eyes, bak kata member dia panggil mata redup. Rasa nak muntah bila dia sebut sebab macam tengah baca novel cintan. Kihkihkih. Pendapat sendiri, guys do look good with shades. Ada terbaca komen kat youtube, Rain Over Me, Pitbull was born with shades. Ini kes terpencil, lelaki botak handsome...haha.
Cuma, bila lelaki Melayu pakai shades, at first glance memang nampak kacak, tapi kekacakan itu diragui selagi tak tengok muka dia tanpa shades. Selalunya, ilusi terus musnah bila tak pakai cermin mata. 
Dan, tolonglah. Cermin mata yang macam kartun tu, bingkai merah, ker hijau pucuk pisang, plastik...Tak payah pakai. Macam budak-budak. T__T


Cerita tiga.
Semalam 11.11.11 kan? Coursemate aku akad nikah semalam. Esok kenduri yang tak dapat nak hadirkan diri. Pukul 11.50 malam hantar mesej doa, Barakallah, semoga cinta sampai syurga. Dalam pukul 2.00 pagi dia balas, simcard hilang, tanya siapa. Aku tanya kenapa tak tidur lagi? Dia cakap berdebar kenduri esok. Aisk makcik ni, cepat-cepat suruh dia tido bimbang mata dia lebam. Pengantin kena lawa kan? Nanti 3 inci bawah mata kena tutup lebam guna concealer. Aku harap dia bahagia, Jodoh awal. :) Alhamdulillah. Sepatutnya kahwin selepas grad, tapi terkahwin sekali dengan abang dia. Yeah, dua majlis semalam. Kenduri pom senang.
Semoga yang terbaik untukmu sahabat. :)

Cerita empat.
Kalau orang nak masuk line. Bagi aku, tunggu sampai cuti sem nak masuk final year nanti. Sebab, kalau mengendeng semata nak ajak buat awek, you better back off. Tak jual mahal, cuma tak perlu. Haha, macam berlagak, tapi, susah nak jaga hati ni. :) 
Sebab, selalu dengar, perangai masa cintan cintun ni agak palsu... The real you will come out just after the akad. Pretty scary. :P Looking for completion rather than perfection aite..

Cerita lima.
Nilai duit hantaran dan mas kahwin. Mas kahwin sekarang ada yang ikut negeri. Lagi rendah mas kahwin, lagi bagus. Kalau kahwin nanti mas kahwin seringgit sepuluh sen pom, dah cukup bagus. Duit hantaran, boleh bincang. Rate macam dia ijazah muda sekurang dapat RM10 ribu, ada sarjana sekurang RM15 ribu. Itu tidak perlu, Ikhlas. :) InsyaAllah. Macam kakak, hubby dia suruh simpan duit hantaran, untuk buat pergi haji. Sweet kan? Bukan nak jual anak kan? Nak memudahkan urusan bait Muslim. 
Hantaran? wajib ada set perfume, yang lain tak kisah. hahaha.. Hantu betul. 
Untuk Bakal, Teringin nak bagi jaket yang, susah nak cakap macam mana kat sini. hahaha lagi ^^"

Cerita enam.
Sekarang... Cukup lah lima. Tahu mata cepat berpinar baca banyak-banyak. Hah, lupa, darjah ke'sweet'an/ kemanisan muslimin bagi aku, serban> kopiah> songkok> kepala dogol> rambut spike. Entah kenapa, macam player je yang rambut spike ni.. :D 

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Macam-macam Otak Menerawang

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: funny. :D guys, kalau pom nak tengok anak orang, jangan tenung lama sangat sampai kantoi. Funny.


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Lelaki Wajib Gentleman

...or at least be considerate...

Ini semua gara-gara HUSM dah tukar gaya menerima pesakit luar.
Selalu kalau nak pergi Klinik Rawatan Keluarga (KRK), hanya pergi daftar kat kaunter pesakit luar, lepas tu terus dapat nombor giliran kat KRK. Tunggu je kat situ.

Pagi ni, Kaunter pesakit Luar 'agak sangat' lengang,
sebab siapa-siapa nak pergi KRK, kena pergi daftar kat sana.
Kaunter 3 untuk pesakit yang datang tanpa temujanji,
Kaunter 1 untuk yang ada temujanji, dan terus dapat nombor giliran jumpa doktor.
Disebabkan datang sesuka hati, 8.25 beratur kat Kaunter 3, lepas tu sambung beratur kat kaunter 1.

Kesian makcik pakcik tua-tua kena beratur...
Sampai giliran aku kat Kaunter 1, ada lelaki baru daftar Kaunter 3 sengih-sengih mintak potong.
Cett...
Buat suara gatal bajet manja konon orang cair tak laku lah.
Geli adalah.

-Awakk..Saya nak daftar kejap boleh?
*Aku sengih tak ikhlas
--Alar..boleh lar, kejap je..... (nada gedik perasan menggoda)
Aku,
"Sorry, pergi beratur kat belakang, makcik pakcik boleh beratur..kesian...."
*buat muka 'stone' sambung cakap dengan nurse
Dia tunggu kejap, lepas tu pergi...

Hahaha....
Tolong, ini bukan kantin sekolah nak potong-potong barisan dan aku tak kisah.
Ni hospital, timbang rasa lar...
Orang sakit berlambak tunggu giliran, ada makcik bangun duduk 2-3 kali masa beratur.
Manners?

[he seems not so urgent, if so, I won't mind]

Iye, kalau kantin sekolah, memang aku akan bagi..
Kalau nak bayar yuran semester pom aku bagi,
tapi kat shopping mall aku tak bagi lar...
*baik sangat kalau bagi..kecuali barang dia sikit sangat. :)

Adik aku tanya handsome tak?
Aku,
"Biasa je."
Adik,
"Ye lah, kalau orang handsome takkan buat camtu..."
hahaha...kami gelak kuat-kuat, jaga ego lar kan.. :D

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai Jangan Gedik

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: dalam 50 minit jugak duk berdiri beratur..sangat panjang... T____T

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kegunaan 'Spare-part'

Assalamualaikum w.b.t...

Ini gara-gara overdose baca novel ker merepek meraban dengan member sampai keluar pasal ni.
Spare-part dengan teman tapi mesra sama tak?
*sila jawab sebab aku pening

Ikut tafsiran adik,
Spare-part, orang yang takde hubungan dengan kau, dalam istilah cintan wa cintun.
Sekejap faham, sekejap pusing.

Member aku selalu cakap,
"Kau takpe lar banyak pilihan..."
Aku,
"Ciss, banyak kut mana nyer...Kawan je pom."

Dia buat aku fikir, aku ni terlebih mesra ker? Rasa kawan macam biasa..hahaha
Jadi istilah spare-part tu tak sepatutnya wujud dalam kamus hidup. Nak spare-part camno yang steady pom takdakk....
*tergelak sorang-sorang.
Kakak pulak tak habis-habis duk kritik gaya tak sayang mulut. Belajar sampai habis dulu, jadi 'pharmacist' yang berjaya.
Ma, sporting habis...pesan sebelum grad dah kena ada steady...
Adik, mimpi aku kawen...sempoi lar adik.
Bila tanya 'hubby' aku handsome ker tak, dia tak ingat sebab aku ni watak sampingan..sebab masa tu dia mimpi tengah prepare barang-barang untuk majlis kahwin dia. 
Bertuah punya adik.

Kegunaan spare-part?
Hanya berguna bila dia bukan spare-part.
Faham? 
Macam keji je cakap macam ni... :P

Sebab,

Love is a two way street...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Batas

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: yeay, adik mimpi aku kahwin dulu..wakakaka

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Adakah Anda Pelik?

Assalamualaikum w.b.t...

Pelik? Janggal?
Weird? Awkward?
Okeh.

Kau pernah dengar orang cakap,
"Kau ni pelik lah."
"Kau ni suka buat benda pelik lah."

Ceritanya.
Aku harap ada kaitan dengan tajuk... :D

Nak balik cuti raya haji dan midsem, 
Jumaat lepas memang agak azab, sebab,
sangkut dalam jemm 13 jam..
tambah dengan bas 'delayed' 2 jam...

Orang cakap, kalau perjalanan Kuala Lumpur- Kelantan,
tanda pertengahan jalan, dah sampai Merapuh.
Pukul 8 pagi bas baru sampai Merapuh,
yang biasanya, pukul 6 pagi sepatutnya dah sampai rumah kalau tak jemm.
Bas singgah RnR Merapuh.
Selesai urus diri, menapak dengan kacak ke kafe sebab lapar,
-sejuk cepat lapar kan?-

Sampai kafe nampak ada laki tu tengok aku semacam,
rasa macam tudung OK, muka OK, ada ker orang tempek bedak lepas bangun tidur dalam bas?
-kalau ada memang gila lah-
Masuk order air, dia pandang kejap...lepas tu tengok lagi.
Aku pom tengok dia balik.. hati cakap,
"Macam kenal."

Terus online, post kat group Facebook batch 200*, tanya ada tak senior pengawas yang jadi faci, nama Izzudin masa tu Form 4/5.
Seorang member aku ASAP balas, 
-- Ingat-ingat, Yang rambut belah tengah.
Sebab ayat dia tu, aku turun balik bas dan pergi kafe balik nak confirm betul ker..
Dia baru keluar dari kafe, selisih dengan aku...Aku terus mati langkah. Dah ragu-ragu...tapi kaki jalan..
Dia tengah buka pintu kereta,
Aku angkat tangan gaya ikrar,
"Err..sekolah kat kelantan ker dulu? Ahmad Maher?"
Dia, muka agak tense, penat drive kot,
"Ya, SPM 2003."
Aku,
"Owh, saya SPM 200*."
Sebab malu, aku terus pergi naik bas macam tu je...Sengih masa nak cabut lari pom sumbang semacam...
Gila tak kerja ini?



[You're are weird]

p/s: jangan lar guna perkataan pelik sebagai catch up lines... not so cheesy, kind of mind disturbing.

[Is it???]

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Aktiviti Bersama Bukan Mahram

Assalamualaikum w.b.t...

Tajuk agak mengada-ngada...

Mahram ≠ Muhrim
Muhrim orang yang dalam ihram tengah buat haji sekarang tu.

Okeh.
Ceritanya.

Memang takde aktiviti pom.
Cuma, kisah apa yang dibuat semasa melakukan perbicaraan dua hala dengan mereka.

1. Mata awal-awal dah masuk poket.
2. Bawak teman
3. Tekan kan isi penting sahaja
4. Jarak minima 1 meter
5. Muka kekal cold kecuali bahagian kena senyum
6. Kalau senyum pom hanya sekejap

Point 1. 
Sebab orang cakap dari mata jatuh ke hati... Atas dasar menjaga hati daripada menjadi jiwa kacau, maka elakkan 'eye contact', walaupun pensyarah psikologi menekankan 'eye contact'. Yang pasti maklumat sampai. 

Point 2. 
Macam biasa, antara dua jantina yang berbeza, akan ada makhluk ketiga bernama syaitan. Tapi kalau kes homoseksualiti ni, antara dua jantina yang sama, setan tetap ada. Lentur nafsu derr, bro..

Point 3. 
Ya. Tak payah meleret ke kata yang tak berkaitan dengan tujuan jumpa. Puji-puji pom tak perlu lah... kalau sekadar nak membunga rasa. eceh

Point 4.
Jarak ini penting. Tak payah nak mengendeng rapat dekat sangat. Rimas tahu? Kalau wangi takpe, eh, wangi pom tak boleh, sakit hidung...Haha. Kalau yang ada niat nak bergesel tu, cepat lupakan.. Lepuk-lepuk baru tahu.

Point 5.
Manis muka biar bertempat. Senyum memanjang nanti orang cakap tak serius dengan kerja. Salah faham boleh berlaku... Cold smile sounds nicer than cheap smile.

Point 6.
Senyum tak payah meleret.. Itu sahaja.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Batas Ikhtilat tu Luas....

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: eh, tengok suami orang rasa macam lebih baik dari tengok anak teruna orang. hahaha 
*wajib cucuk mata*
-Duta SO7-

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.