The Other Side

Aura Subuh Itu Lain

Assalamualaikum w.b.t...

Aura Subuh memang lain.

Kalau ikut keduniaan aku, line internet memang laju waktu subuh-subuh ni. Putus lansung tidak.
Isk, menggoda setara mana pom, kewajipan kena buat dulu..


Ikut teori kesihatan pulak, udara Subuh banyak oksigen. Lagi banyak kalau yang bangun malam..
Fuhh, pukul tiga 4 pagi bukak tingkap memang nyaman. Sejuk je..
Tapi gerun jugak bukak tingkap pagi bebuta.
Sedap memang sedap. Nak sedap aku sembur perfume, nak kurangkan rasa janggal.
Bau perfume pom lagi wangi pagi-pagi..
Tak sesak nafas.
- gaya macam pakai minyak atar satu botol jer -

Aura subuh. Tidur balik lagi lah dasyat..
Selalu kalau tidur lepas Subuh memang takkan jadi lima 10 minit, kurang-kurang sejam baru sedar.
Waktu ni lah rasa nak bungkus lama-lama dalam kain sembahyang.

Aku tak pasti. Pernah dengar, waktu Subuh lah nyamuk Aedes aktif, macam mereka aktif waktu Maghrib..
Hurm.. Kena teliti ni..
Tapi pedulikan, bersihkan kawasan rumah, demi udara segar.

Menyimpang sikit, orang cakap, kalau mandi waktu Subuh, badan mudah slim..
Yaww, perlu ketabahan yang jitu kalau cuti-cuti ni..
Duduk kat kolej takde pilihan, kelas kalau tak pukul 8 memang tak sah.
Padahal masa sekolah dulu, kena terpacak kat kelas sebelum 7.30 pagi tak merungut pom.
Kita, dah menjadi kebiasaan norma selalu buat tak kisah. Bila dah mendewasakan diri, makin meragam demand macam-macam..

Growing old is mandatory, become mature is a choice.

Didik diri dari awal. Cuba bangun awal, rajinkan diri.
Bukan 3 bulan dekat nak kahwin baru nak berubah. Perangai kalau dah habit akan keluar jugak.
Lagi ada member post kat Facebook,

"Janganlah engkau berubah menjadi baik mahupun berpura-pura baik kerana manusia mahupun untuk memiliki pasangan yg sempurna, kerana niat itu mungkin akan menjerat dirimu akhirnya. kerana risaunya bila 
engkau sudah memilikinya, matlamat dan niatmu sebelum itu mulai pudar akhirnya"

Apa pendapat anda?

Harap aku, bila berubah kalau pom niat nak mencari pasangan yang baik, insyaAllah sedikit cuba mengikhlaskan diri, betulkan niat.
Ikhlas itu orang tak nampak, kita pom tak pasti akan ketulusan kita.
Moga Allah permudahkan jalan...

Dan sebahagian daripada manusia itu, hanya sedikit yang berada di jalan yang lurus.
Moga tergolong dari yang meliku di jalan kecil mencari redhaNYA...
Amin..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Subuh Tersia Tidak

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: Idea mencurah waktu Subuh logik tak?
otak segar kot.. :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

13 comments:

missSenget said...
June 30, 2011 at 8:02 AM

kadang2 rasa bangga bila dapat bngun awal subuh..

kehkehkeh..

susah kot.. T__T

[Reply to comment]
Jidah Jeju said...
June 30, 2011 at 9:52 AM

memang beza oo..pernah rasa, aura nya berbeza ikut waktu bangun awal mana, then , bangun subuh awl ke lambat akan effect the whole day haritu..memmnag sangat berbeza..:)

[Reply to comment]
Encik MamaT said...
June 30, 2011 at 9:52 AM

hehehe... waktu yang terbaik tu subuh... subuh juga nak tgk iman kita... hehe.. tambah plak hujan waktu subuh.. lagi la liat.. kah3....

[Reply to comment]
MiSz fiFiEyQa said...
June 30, 2011 at 10:01 AM
This comment has been removed by the author.
[Reply to comment]
MiSz fiFiEyQa said...
June 30, 2011 at 10:06 AM

Study pd waktu subuh pun best..tapi mata mengantok selalu mintak dodoi..haha..

p/s : erm..ni kak dayah 2nd yr frmsi tu kan?..x cam plak b4 ni..hehe

[Reply to comment]
Cikya said...
June 30, 2011 at 10:22 AM

haha, tu lah, kadang bangga jugak..
ekeke :D
kena kuat semangat kan..

[Reply to comment]
Cikya said...
June 30, 2011 at 10:25 AM

Jidah,

betul, kalau tersubuh gajah, hari pom monyok, tenaga macam dah kurang..

Encik Mamat,

hee, tu lar, subuh lar time genting nak tengok iman, setara mana duk lena..
kalau hujan siap mimpi dah solat pom ada gak..haha T.T

[Reply to comment]
Cikya said...
June 30, 2011 at 10:26 AM

Fifieyqa,

isk, kalau nak study waktu subuh tu, memang hebat lar...
tak terbuat rasa, kecuali masa exam..
hehe..
yuppie

[Reply to comment]
cik azeya said...
June 30, 2011 at 11:11 PM

saye selalu bangun pukul 5 pagi setiap hari. pecaye tak? pecaye tak? haha. :)

[Reply to comment]
sissyira said...
July 1, 2011 at 12:48 AM

salam

peringatan yang baik ni...

[Reply to comment]
Cikya said...
July 3, 2011 at 2:26 AM

cik azeya,

sangat percaya..!
cik azeya kan tengah tekun kumpul duit nak beli kamera + ferarri pink kan..
hehehe :D

sissyira,

peringatan bersama.. :))

[Reply to comment]
intan.maisarah said...
July 3, 2011 at 2:36 AM

best kn bgun awal
byk benda boleh buat..
terasa terisi waktu 24 sehari yg kita dapat

[Reply to comment]
Cikya said...
July 3, 2011 at 7:05 AM

hehe,

:D
kalau bangun lambat, masa rasa cepat sangat berlalu, membazir..
tengok2 dah petang...
hurm..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.