The Other Side

Tak Kunyit Kalau Tak Kuning

Bangun pagi dengan azam baru, aku tanya Ma,
"Nak makan apa pagi ni?"
Ma,
"Ikut lar"
Aku sengih,
"Kalau ikut, lempeng lar senang..hehe"
Ma sambung,
"Roti jala lar, dalca ada"

Baik, roti jala. Petua-petua yang tak tahu usul duk berlegar dalam kepala. Telur elakkan sejuk dari peti ais, bancuh air sejuk, kacau adunan satu arah macam kek. Tiga je, saje cakap berlegar.

Roti jala: telur, tepung gandum, air, garam, serbuk kunyit.

Campur sikit serbuk kunyit. Isk, tak kuning. Tambah lagi sikit sambil kacau yang berketul..
- petua bancuh air sejuk diragui -
Ini tak boleh jadi. Ambik air panas secawan kacau serbuk kunyit kacau dengan adunan. Kuning akhirnya!

Duk seronok buat roti jala kuning, baru teringat, kuning kang rasa kunyit roti jala aku.
Ma datang buat quality control. Aku tanya ada rasa kunyit tak? Ma jawab,
"Rasa, tapi tak sangat tapi rasa lar kunyit.."
Nak buat apo lagi, sambung menjala lar, nak buat macam mana, dah jadi ;D
- konon kilang roti jala ada QC bagai -
Haha

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Lidah Rasa Kunyit

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: bila lagi nak makan kunyit banyak-banyak kan.. =)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

9 comments:

Haru Biru said...
June 24, 2011 at 10:45 AM

kah kah kah.. dah pas ke cikya... hhahaha...

[Reply to comment]
Cikya said...
June 24, 2011 at 2:57 PM

Hahaha. Gelak jugak lah..
Sedap je aku rasa.. :P
Takde orang komplen pom..
Hahaha

[Reply to comment]
fiezah91 said...
June 24, 2011 at 4:41 PM

hahaha.. jadi ke? sedap? hiksss.. campakkan aje.. sendiri makan pun bukan nak buat catering. hahaha

entri baru: teka mana aku dapat hadiah

[Reply to comment]
Miss Dayday said...
June 24, 2011 at 4:47 PM

nak rase...bley r wat raye nnti...

[Reply to comment]
Cikya said...
June 24, 2011 at 9:59 PM

Fiezah,

Sedap je. Sedap je.. Hehe.. Tu lah, bukan bukak katering. Slow-slow blaja.. :D

Day,
Dipertimbangkan menu hari raya berdasarkan kepulangan kakak dari Johor.
Pape menu nanti roger. Haha ;)

[Reply to comment]
intan.maisarah said...
June 25, 2011 at 5:32 PM

pos kat sini sikit roti jala tu

[Reply to comment]
Cikya said...
June 25, 2011 at 6:12 PM

Bagi alamat dulu nak karang 5 kajang surat.. Hehe :D

[Reply to comment]
kay_are said...
June 26, 2011 at 2:34 AM

lame dah tak makan roti jala.. nak jugak!!

[Reply to comment]
Cikya said...
June 26, 2011 at 1:43 PM

Kay are,

datang masa raya lar.. :D
buat roti jala senang je, kuah tu kena sodapp.. Hehe

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.