The Other Side

Kulit Ke Kulit, Baru Sedap

Assalamualaikum w.b.t...

Apa yang kamu fikir bila tengok tajuk?
Makan kuih kah? Berguling atas sofa kulit kah? Grafting untuk mangsa lecur tahap ketiga?
Ker kulit ke kulit tang lain..
Isk..
Bukan popia, sofa dan manusia je ada kulit..

Tara...

Maksud kulit kat sini, kulit buku..
Teringat, sejak bermastautin tak tetap kat kL, sejak Pesta Buku Antarabangsa memang buat kat PWTC saban tahun.
Kaki yang hantu buku ni tak pernah tak pergi. Selalu buat Mac atau April. Dah hujung-hujung semester, elaun makin kering.
Bila pergi, bajet nak belanja dalam 50++ jer untuk buku. Tapi dalam beg memang spare lah dalam 100++.
Haha, dah dasar hantu buku, kalau tak habis 100++ memang bukan berpesta kat PTA.
Bukan beli kat diri sendiri je, hadiah kat member, kongsi ilmu..
Bagi anak patung boleh peluk-peluk je, buat teman mimpi entah indah.
Aku bagi buku, insyaAllah dapat ilmu..
Dapat pahala tak? :)

Apo nak ceritanya.
Siapa kat sini, baca buku kulit ke kulit?
Maksud, baca muka depan, baca bahagian belakang, kata penerbit dan kata pengarang pom baca.
Setahu aku, jarang orang baca kata penerbit dan kata pengarang.
Yang hendak dia baca isi.

Apa yang pentingnya, bagi aku baca kata penerbit dan kata pengarang/ penulis, kita akan dapat pendahuluan tentang apa yang kita akan baca, tujuan buku ditulis, harapan penerbit.
Tapi kalau baca novel lain cerita, tak masuk dalam kategori lansung.




Penulis kegemaran aku, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Biasa buku berdua ni akan beli lar.

Terbaru, aku dalam perjalanan selam buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi; Beduk Diketuk.
Ayat simple, insyaAllah senang faham, menjetik minda untuk fikir kupasan topik. Kadang baca berkali sebab tak puas.

Apa aku nak cerita sebenarnya,
Baca kulit ke kulit ni, penting terutama untuk buku terjemahan.
Ada aku pernah baca, orang salah anggap isi buku adalah idea penterjemah.
Tak pasal-pasal duk sebar benda yang tak betul kat orang. Siap duk canang berdegang tulisan si polan itu sodapp...

Baca lah kata pengarang, kata penerbit, kata aluan au pendahuluan sekalipun.
Kita beli bukan untuk kandungan buku je kan? Ada bahagian harga untuk setiap baris ayat dalam setiap buku.
Kalau dah tak nak, boleh tak mintak diskaun,
"Cik, harga buku ni kalau tolak kata penerbit dan pengarang dapat berapa diskaun ye?"
Kalau aku si Cik tu,
"Eh, tak kata penerbit pengarang tu berpakej Encik."
- senyum seikhlas mungkin, muka confident untuk yakinkan Encik itu -

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pilihan Baca Semua

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: terasa sangat skema entry aku pagi ini... T.T

Heh, siapa nak Ayat balik ???

4 comments:

intan.maisarah said...
June 30, 2011 at 2:48 AM

lepas ni sara cuba baca kulit ke kulit

[Reply to comment]
Cikya said...
June 30, 2011 at 5:54 AM

hehe, kalau tak baca kulit ke kulit, rasa macam tak habis baca.. :D

[Reply to comment]
Cikya said...
July 3, 2011 at 7:07 AM

wah.. betul..
ada ker baca sikit-sikit pilih-pilih kan..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.