The Other Side

Orang Speaking, Kau Nak Speaking Jugak

Fuhh!

Cakap mesti tak mahu kalah kan.
Ayat kena bombastik
- ayat di atas ada ayat rutin masa tulis karangan nak dapat markah banyak bila dapat mula bajet dengan rakan sekelas -

Itu kalau tang nak karang ayat untuk karangan ker essay.

Ini cerita tang cakap tak mahu kalah kat Facebook..
Kalau member dah bantai speaking buat status, takkan nak pergi buat rojak cakap bahasa Melayu kan?
Jatuh air muka.
Habis larat tekan like nak tunjuk tanda kita faham status dia..
Pheuww..

Nak nak kalau komen kat status member yang bakal jadi Cikgu BI.
Lagi lar teliti..
Jujur kat sini.
Kadang-kadang confius jugak bila sampai tang mengeja..
Aku rujuk kamus kalau aku tak pasti ejaan.
Biarlah kamu nak cakap apo, asalkan aku eja betul...
Hahaha, perasan pandai mengeja. Jangan duk syak lebih-lebih..
Takdenya aku belek kamus Oxford 3 inchi tu, application dictionary dalam handphone sudah..
Tak ker terlebih semangat kilik kamus semata berkomen di Facebook.
Yang pasti, kalau member yang bakal Cikgu BI buat status selalunya aku kena tekan kamus sebab tak faham..
Haha..
Orang kata boleh tambah vocab. Tambah vocab apanya, sekali baca, cari, faham maksud ayat, komen, lupa balik..

Learn and forget, will you consider it as learning? Learn and apply, then you remember..
- tapi bukan semua benda boleh terima hukum yang sama, naya -

Contoh sesuainya pembelajaran sekadar teori sebelumnya, memasak!
Sila percaya dan buat..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Usaha Tak Pernah Sia

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: nak tahu? Tiap kali sebelum cuti sem, aku mesti berazam nak belajar memasak... Sampai sekarang tetap sama, tercapai separuh jalan.
Okay lar kan? ;D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

4 comments:

Haru Biru said...
June 23, 2011 at 9:17 AM

cikya.. belajar slow2... dua bulan lagi.. hahaha... sekarang ni la masanya untuk kursus pengurusan rumah tangga.... hahahah

[Reply to comment]
Cikya said...
June 23, 2011 at 10:24 AM

Haru,

2 bulan kalau hari-hari memasak dengan tekun.
Tak tolak masa keluar, terkurang rajin.. Hehe..

[Reply to comment]
fiezah91 said...
June 24, 2011 at 4:44 PM

haha.kita serupa..kengkadang terpaksa gak tgk kamus.. tapi ok gak tgk kamus, belajar jugak sesuatu kat situ. ilmu :D

[Reply to comment]
Cikya said...
June 24, 2011 at 10:07 PM

Fiezah,

Orang karang ayat hebat-hebat kita tak faham.. Kamus lah jawapannya.
Kadang, yang guna bahasa pelik-pelik. Google translate ada.. Haha

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.