The Other Side

Jangan Mekap Lawa Sangat Masa Majlis Kahwin..

Assalamualaikum w.b.t..

Cuba cakap siapa yang tak mekap masa kahwin. Akad nikah ke, bersanding apatah lagi.. Memang jarang lar jumpa yang tak mekap. Ada lar kawan ustazah masa aku kat matrik yang tak mekap, yang jaga betul-betul. Aku dengar ustazah cerita.
Terus aku fikir,
''Fuhh! Sangat zuhud wanita itu.''

Apa aku nak cerita.
Bila imaginasi tak berapa liar aku bermula.
Perempuan yang tak reti mekap, tiba-tiba mak andam solek kaw-kaw masa kahwin. Cun melecun toksah cakap lar, tak mancung nampak mancung. Foundation dah berapa lapis.
Ya, perempuan tu tak reti mekap. Selama hidup sebelum kahwin, tahu calit celak dan lipbalm je. Bedak pom kadang taram bedak debu, tapi ada lar bedak kompak.
Ce fikir. Yang jelas, confirm kotak mekap macam mak andam dia takde.

Suatu hari nan damai. Suami dia cakap,
''Abang teringin nak tengok Jaja macam masa kita kahwin dulu.''
Jaja yang sedang menempek bedak sejuk bekalan nenek kat kampung sebulan lepas senyap. Bedak dah nak kering, cakap banyak-banyak kang berderai pecah.
Jaja sengih,
''Erkk, sebijik macam masa kita kahwin ke?''
Pecah sudah bedak sejuk 3 Ringgit sebotol.

Seram tak? Tiba-tiba suami mintak isteri mekap macam masa kahwin dulu. Kalau yang dah biasa mekap tu lain cerita. Ini kisah yang tak reti mekap. Blusher tak pernah sentuh, nak sapu eye shadow pom tak tahu. Kalau dinner yang gempak-gempak selama ni pom, member-member yang tolong solek
Kan dah haru...

Hahaha.
Belajar je lah mekap. Untuk suami tak salah kan? Tutorial cara nak bersolek berlambak kan kat internet..
Kena belanja tang nak membeli alat solek jer. Nak canggih pakai MAC, nak jimat pakai Silky Girl pom okay. Gaya cakap macam aku tahu jer kan pasal semua ni. Tak reti pom, tak pernah beli. Yang pasti aku tahu MAC tu berjenama, alat solek artis-artis kan.

Apa-apa hal. Tabarruj kena jaga kan. Berhias perempuan ni kalau tak kena cara mengundang masalah jer. Aku pernah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, dia ada cakap, lelaki kalau pandang perempuan tu, macam pandangan syaitan. Lebih kurang maksud, syaitan menjadikan melihat perempuan itu sesuatu yang indah dan menggoda. Wallahua'lam.
Harap aku tak bagi ilmu sesat...

Dan berpada-padalah dalam membuat sesuatu.
Jangan melampaui batas, dan bersederhaha itu lebih baik bagi kamu..
Kalau pom bersederhana dalam tindakan dunia, 
amalan akhirat harap pulun sehabis mungkin..
Hidup tak lama. Mintak Allah kuatkan iman..

***Note: Tabarruj, tu nak lagi jelas search dalam internet. Aku nak explain panjang-panjang, lagi senang baca sendiri.. :D

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Ilmu Bersolek Kena Tahu

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: hahaha, serius aku tak reti bersolek, tengok member bersolek macam nak tapi malas..
Yeah, malas untuk benda yang perlu boleh jer.. :))

Heh, siapa nak Ayat balik ???

5 comments:

izwanyusof said...
June 28, 2011 at 4:58 AM

hehe.. nice story.. ok dah tu, tabarruj.. :D

Trending -
Tip Blogging Terbaik

[Reply to comment]
Cikya said...
June 28, 2011 at 5:34 AM

aci karang, tip blogging terbaik, jadi diri sendiri kan.. :)

[Reply to comment]
Haru Biru said...
June 28, 2011 at 10:23 AM

kalo masa kawen solek sana solek sini.. takot plak suami jadi dayus pada awal perkahwinan.... :p

tapi kan.. cuba tgk wajah orang yang suka mekup.. tiba2 tak mekup... nampak teruk gila... hehe

[Reply to comment]
missSenget said...
June 28, 2011 at 10:56 AM

aku pom x reti mekap laa cikya..

T___T

aku rasa horror gile muka bila mekap..

[Reply to comment]
Cikya said...
June 28, 2011 at 11:29 AM

Haru,

boleh ke tak solek masa kahwin ?? sikit-sikit ? kompius lar.. :D
serius, orang selalu mekap, bila tak mekap macam dah hilang seri..hurm..

Senget,

boleh geng lar ngan Senget..hahaha
horror kalau tak kena cara kot, ce solek betul-betul..
hehe, jangan heavy ala opera, simple je.. x)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.