The Other Side

Entry berilmiah

Hari-hari tengok berita. Semua chanel aku tekan. Berita pagi, tengahari, malam, tengah malam. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu semua dihadam tolak bahasa Tamil dan Mandarin je kat tv2 au tv8. Kadang-kadang berita korea tengok jugak, tapi kejap je tahan sebab tak faham.

Intro punca entry berilmu...

Apa kamu percaya aku buat semua tu? Sumpah tak. Tak tahan lah tengok berita lama-lama. Rasa macam tengah dengar fitnah kalau sampai bahagian politik.
Asyik-asyik muka sama keluar tv. Maaf, aku muak.
Mungkin orang cakap, sekali kalau kau dah tak suka, orang buat baik macam mana kau tetap pandang buruk.
Sekali dah prejudis terus jelek apa tindakan mereka. Siapa aku nak pandang jelek orang sedang aku tak kurang jeleknya. Siapa aku nak kutuk orang.

Aku lagi rela baca berita online. Sebab tak rasa macam tengah dengar orang mengadu domba. Kalau online, boleh pilih apa yang aku nak baca, dengar berita, jelas apa yang mereka nak yang aku kena tahu.
Kita punya pilihan. Ya, condong ke mana, selera apa.

Aku boleh baca berita online, boleh baca berjenis blog. Aku celik IT.
Bila aku duduk rumah. Aku tengok Ma, nenek tengok berita. Mereka hanya terima cerita dari satu sumber. Tiada variasi. Sekali dengar mungkin tak percaya, tapi kalau ulang siar setiap hari apa kambing tiada ekor barang seminggu pom boleh percaya.

Kalau semua jujur telus, pasti aku tenang rela hati tengok berita tv saban hari. 'Buah' kalau monyet cari tak jumpa. Guna kalau memang takkan pernah puas bila buat keputusan.
Mak sedara datang berbual-bual dengan Ma tengahari tadi. Aku terfikir, macam ni ke cara aku berbual bila dah berusia. Masih rapat macam masa sekarang atau makin segan? Nanti boleh ke aku rapat dengan keluarga menantu adik beradik macam Ma sekarang?
Aku fikir, sempat ke aku tua? Sempat lalui apa yang lama rasakan?

A flower blooms once in a season. True beauty and warm scence from one truly seed.
Life is a tree. Many seed with flowers of different shapes. Treasure the flower when it blooms as wilt flower like unre-do life.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pilihan Jangan Sesal

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: berilmiah tak? Ekeke ;D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

6 comments:

Haru Biru said...
June 24, 2011 at 9:32 PM

semua di hujung jari sekarang.. hehe.. dengar dan baca semuanya... kemudian.... guna akal utk berfikir... hehe

[Reply to comment]
Cikya said...
June 24, 2011 at 9:51 PM

Bersyukur ada jari boleh tekan-tekan. Kalau Allah tarik nikmat Nauzubillah..
Baca semua, telan yang elok lah kan. Lontar yang betul harapnya :)

[Reply to comment]
intan.maisarah said...
June 25, 2011 at 5:31 PM

malam tadi tengok forum kat tv 1.. rasa nak hempuk hempuk aje tv..

sangat berat sebelah forum tersebut

[Reply to comment]
Cikya said...
June 25, 2011 at 6:10 PM

Semalam family tengok tanyalah ustazah. Tergetik jugak nak tengok bicara kat tv1 tu.
Apa yang boleh dijangka sangat. Bias sangat normal.. Keciwa..

[Reply to comment]
kay_are said...
June 26, 2011 at 2:33 AM

bace melalui online, banyak sumber yang ade.. and banyak lak versi.. so lehr kite nilai sendiri versi mane paling tepat kan?

[Reply to comment]
Cikya said...
June 26, 2011 at 1:53 PM

kay are,

betul. Baru berkembang otak. Tak membuta tuli percaya..
Sekarang byk yang bias. Sume ada kepentingan masing-masing..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.