Assalamualaikum w.b.t...
Siapa makan laksa? Mesti ramai pernah rasa kan. Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kelantan... Ai, ada ke Laksa Kelantan? Aku tak pasti, yang nyata aku panggil laksa kuah lemak warna putih tu macam tu.
Bukan nak kongsi resepi, tak belajar lagi. Nak kongsi kisah. Sinis, skeptik, randomize atau jenis cerewet?
Kita. Kalau dah terang adatnya beda, asal dia timur, pulang kau ke selatan, cuba tenang setiap perubahan.
Apa kalau kau tak pernah tahu gulai berumbut kelapa, jangan dicemuh sebelum rasa.
Okeh. Tak nak cakap belit-belit. Kau apo ke halnya duk kondemm makanan yang orang masak? Rasa sikit dah jerit, ''Manis! Manis!''. Pernah makan ke tak ni Laksa Kelantan? Mana-mana kau pergi, kalau jumpa memang rasa macam tu, lainnya kaw ke tak kuah ikut berapa tong ikan kau guna. Apa kau ingat sekilo ikan sekilo gula? Rasa ikan pom manis tahu!
Bagi aku, kalau tak biasa dengan sesuatu. Macam first time aku makan cencaluk, aku cakap,
''Masin jugak eh cencaluk.''
Bukan seronok komen cencaluk masin.
Macam pergi walimah, jangan duk sibuk bergosip kat meja makan,
''Eh, gulai ni kuah je lebih, tulang banyak, daging sikit.''
- mimik muka kena kepoh kunyah penuh mulut sambil herot-herot -
Orang hidang, makan je, pape tak puas hati, simpan, balik bom kat rumah. Jaga air muka tuan rumah.
Karma itu ada. Sekali 3 empat kali kau buat kat orang. Kena buku dengan ruas baru terngadah.
Penutup, ilmu asas, bukan
semua makanan tambah gula. Siapa masak kari tambah gula sila insaf. Haha ;D
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Fikiran Keluar Kat Mulut
:: Salam Satu Aqidah! ::
P/s: macam beremosi je aku kan? Haha. Bukan selalu..
x)
15 comments:
makan aje
jangan nak banyak cekadak
Betul. Bila merungut macam kureng bersyukur dapat rezeki.. Eheh. At least dapat makan, tak kebulur
makanan klntan byk berasaskan santan ye dak?ehehe. dok komen itu ini..tpm tgk pinggan licin gak..huhu~
laksa kelantan??
SEDAP!!
hehe.nak makan, makan. tak nak makan sudah! jangan banyak komen.ekekeke..
nk makan yang betul2 ikut tekak, sile masak sendiri.. noktah!
masakan ko kena komplen ke cikya.. haha... rileks2...
selera masing2... biasa la tu.. selera tak sama.. hehee..
Emiey,
tak pasti pulak. Tapi santan senang lar nak dapat kat Kelantan. Jarang org Kelantan masak guna santan segera. Haha, habis sbb tak nak membazir kot?
Cassia,
kena pandai buat kuah, sedap kuah 3 kali tambah takpe.. Hehe.
Fiezah,
masalahnya. Kalau tak pernah makan, tak payahlah duk komen tak tentu hala. Macam reti masak sedap sangat.. Haha.
Kay are,
kalau suruh yang mengomen masak balik walaupom guna resepi sama. Belum tentu sodap. Isk, skeptik sungguh mereka.. Hahaha
Haru,
kalau masakan aku kena komplen tak kesah kot. Tgh blaja, boleh improve.
Ni g komen yg mak aku masak. Hahaha. Selama ni sape makan laksa mak masak sume puji..
Bior kan mereka. Like mother, like daughter.. Yaww
waaaaaaaaaaa dapat juga makan nn . nakkkkkkkkk
Lain negeri lain rasa..kan bagus ade variety..hehe
saya bukan tomato,
kan, dapat jugak makan. Meh datang umah meh, masak kuah kaw-kaw.. ;D
Misz,
memang lain negeri lain rasa. Tapi, cara deliver komen tu. Takkan lar baru makan sesuap dah bising. Hehe.
Orang macam2 kan..
sepak laju2 org yg bnyak komen tu .
padahal dia jeles sbnrnye mknan tu sedap ahahah
Scya,
haha, mana boleh sepak sesuka hati. layan je lah komen dia walaupun tak suka. orang suka kena respek.. ^^'
Post a Comment