Assalamualaikum w.b.t...
Aura Subuh memang lain.
Kalau ikut keduniaan aku, line internet memang laju waktu subuh-subuh ni. Putus lansung tidak.
Isk, menggoda setara mana pom, kewajipan kena buat dulu..
Ikut teori kesihatan pulak, udara Subuh banyak oksigen. Lagi banyak kalau yang bangun malam..
Fuhh, pukul tiga 4 pagi bukak tingkap memang nyaman. Sejuk je..
Tapi gerun jugak bukak tingkap pagi bebuta.
Sedap memang sedap. Nak sedap aku sembur perfume, nak kurangkan rasa janggal.
Bau perfume pom lagi wangi pagi-pagi..
Tak sesak nafas.
- gaya macam pakai minyak atar satu botol jer -
Aura subuh. Tidur balik lagi lah dasyat..
Selalu kalau tidur lepas Subuh memang takkan jadi lima 10 minit, kurang-kurang sejam baru sedar.
Waktu ni lah rasa nak bungkus lama-lama dalam kain sembahyang.
Aku tak pasti. Pernah dengar, waktu Subuh lah nyamuk Aedes aktif, macam mereka aktif waktu Maghrib..
Hurm.. Kena teliti ni..
Tapi pedulikan, bersihkan kawasan rumah, demi udara segar.
Menyimpang sikit, orang cakap, kalau mandi waktu Subuh, badan mudah slim..
Yaww, perlu ketabahan yang jitu kalau cuti-cuti ni..
Duduk kat kolej takde pilihan, kelas kalau tak pukul 8 memang tak sah.
Padahal masa sekolah dulu, kena terpacak kat kelas sebelum 7.30 pagi tak merungut pom.
Kita, dah menjadi kebiasaan norma selalu buat tak kisah. Bila dah mendewasakan diri, makin meragam demand macam-macam..
Growing old is mandatory, become mature is a choice.
Didik diri dari awal. Cuba bangun awal, rajinkan diri.
Bukan 3 bulan dekat nak kahwin baru nak berubah. Perangai kalau dah habit akan keluar jugak.
Lagi ada member post kat Facebook,
"Janganlah engkau berubah menjadi baik mahupun berpura-pura baik kerana manusia mahupun untuk memiliki pasangan yg sempurna, kerana niat itu mungkin akan menjerat dirimu akhirnya. kerana risaunya bila
engkau sudah memilikinya, matlamat dan niatmu sebelum itu mulai pudar akhirnya"
Apa pendapat anda?
Harap aku, bila berubah kalau pom niat nak mencari pasangan yang baik, insyaAllah sedikit cuba mengikhlaskan diri, betulkan niat.
Ikhlas itu orang tak nampak, kita pom tak pasti akan ketulusan kita.
Moga Allah permudahkan jalan...
Dan sebahagian daripada manusia itu, hanya sedikit yang berada di jalan yang lurus.
Moga tergolong dari yang meliku di jalan kecil mencari redhaNYA...
Amin..
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Subuh Tersia Tidak
:: Salam Satu Aqidah! ::
P/s: Idea mencurah waktu Subuh logik tak?
otak segar kot.. :D