The Other Side

Lelaki Yang Egonya Tercabar

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam dari Bachok, Kelantan ke Manir, Terengganu,
Ambik nenek nak balik kampung lepas duduk kat rumah Su.
Semalam satu Terengganu cuti, sebab tu pergi..
Jalan pom lengang dari Kelantan sebab pagi 9.30 bertolak, tak serabut dengan budak sekolah orang pergi kerja bagai..
Speeding sesuka hati, tapi masa pergi sampai 130km/j je lah.
Sampai dalam 1 jam 50 minit.
--- Sampai dengan muka bangga sebab tak sampai 2 jam ---
*haha*

Jumpa lelaki yang tercabar ego masa perjalanan balik.
Bertolak dah pukul 5.45, ingat nak sampai sempat solat Maghrib kat rumah.
Kalau bawak macam masa pergi sempat lar.
Jalan tetap kosong, 
Duk tekan-tekan minyak sampai 140km/j,
Dalam hati duk fikir kenapa Ma tak tegur eh bawak laju-laju,
Cuma berbunyi bila dekat selekoh adik & Ma,
"Slow sikit depan tu selekoh."
--- rasa macam nak cair isi telinga bawak laju-laju ---

Duk syok potong situ sini,
Dalam dekat nak sampai Kelantan.
Nak potong satu kereta ni, 
Aleh-aleh kereta belakang pom nak potong aku sekali dengan kereta depan.
Apo lagi jalan dua lane jadi 3 biji kereta.
Mengamuk kereta Totoya Putih siap hon, lepas tu signal berhenti tepi jalan,
Aku,
"Apo ingat ker bodoh nak ikut kau berhenti tepi jalan sebab kau signal suruh berhenti."
Bawak dengan bahagia nak kejar Maghrib.
Toyota putih tak puas hati, potong aku sambil hon memanjang.

[Toyota jenis Camry macam ni]

Nak tahu tak cukup matang mamat tu,
Dah siap potong, kat depan jalan kosong, kau pergi bawak 60km/j apa cerita???
Aku nak potong kau speeding tak bagi.
Nak balas dendam lar tu.

Akhir cerita bengang dengan mamat tak berapa masak tu.
Dekat trafik light dia belok kanan, aku pergi straight.
Yang pasti masa lampu tukar hijau.
Berdecit aku tekan minyak..
Huh, bengang senja kasik orang marah.
Kena sampuk ker apo..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amarah Setan Banyak Senja

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: plat Toyota putih tu mula dengan DBT.
Aku doa jangan lar jumpa dia balik, buat sakit hati jer..

p/s lagi: P aku habis hujung tahun ni insyaAllah :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

22 comments:

ORLANDO AHMAD said...
July 21, 2011 at 12:59 PM

nasib baik gua minat racing toyota vellfire aje hahaha

[Reply to comment]
LADYHEART said...
July 21, 2011 at 1:12 PM

cikya,
kalo kene kat sy,hon kan balik kat toyota 2..hehe

[Reply to comment]
cik bulan said...
July 21, 2011 at 1:34 PM

haha..sama la..kalo kat highway speed kemain..ngeh3x

[Reply to comment]
Misty Melor said...
July 21, 2011 at 4:44 PM

hehe.. sabo2 drive ni melibatkan bnyk nyawa :)

[Reply to comment]
NasQ said...
July 21, 2011 at 7:47 PM

errr... lajunya... jangan jangan dan jangan... jangan bawak perlahan... bawak laju lagi...

[Reply to comment]
Unknown said...
July 21, 2011 at 8:00 PM

kete tu pijak tanah x? kot2 antu.. keke

[Reply to comment]
Mohd Hazwan said...
July 21, 2011 at 8:18 PM

biase la mentang-mentang kereta toyota camry..tau la kereta mahal...
takkan nak potong pun tak kasi kot..ape punya laki da

[Reply to comment]
.drakula. said...
July 21, 2011 at 9:38 PM

mak ai...jalan tu aku tau tapi kau bawak mmg macam jin.....laju tu kan...dulu aku lalu sana tekan cuma sampai 160km jer!


keh3!

[Reply to comment]
aamalinaazman said...
July 22, 2011 at 12:00 AM

kikiki..ayoo..adegan bahaya nih..hehehe

[Reply to comment]
Shila said...
July 22, 2011 at 12:55 PM

wahahhaa..

cikya...

langgar je montot kete die..

amacam? :p

[Reply to comment]
a.samad jaafar said...
July 22, 2011 at 7:18 PM

huh.. tak bagus bawak laju2.. aku selalu bawak 25km/j je.. aku mengamalkan nilai kesopanan di jalanraya.. hihihi..

[Reply to comment]
Mr iz said...
July 22, 2011 at 11:52 PM

bahaya tu...ingatlah orang tersayang... ... he he he... aku biasa bawa laju juga 60km/ je...he he he he... goyang woo lelaju ni... he he he

[Reply to comment]
fiezah91 said...
July 23, 2011 at 12:08 AM

hahaha. apasal tak langgar je weh.kuikuikui. memang buat panas la kalau jalan kosong tapi kereta depan bersantai habis bawak kereta macam jalan tu dia yang punya.huhu

[Reply to comment]
Cikya said...
July 24, 2011 at 1:17 AM

Orlando,

aku racing guna waja manual jer..hahaha
tak mampu.. ;)

Lady,

malas layan lah orang macam tu,
nanti macam cari gaduh kang dia tahan kereta tepi jalan.. ^^"

Cik bulan,

alhamdulillah Kelantan Tganu takde tol..ekeke

[Reply to comment]
Cikya said...
July 24, 2011 at 1:20 AM

Sis Syikin,

hee, sabar, banyak nyawa..
kalau tak sabar nanti cucuk-cucuk kereta dia.. :D

Tukangkarut,

haha, agak-agak lar nak bawak laju pom..
asalkan jalan kosong boleh speed.. :)


Jiwa,

pijak tanah kereta tu..
kereta terbang takde lagi kan..hehe ^^

[Reply to comment]
Cikya said...
July 24, 2011 at 1:24 AM

Hazwan,

lelaki ego lar tu, tak boleh tengok orang berlesen 'P' potong dia.. ^^"

Republic,

kalau aku bawak macam jin, agak ko bapak jin kot? lagi laju..
haha ;P

Aimie,

hehe, insyaAllah tak bawa,
tiap kali nak potong baca Bismillah, rasa selamat sikit.. :)

[Reply to comment]
Cikya said...
July 24, 2011 at 1:26 AM

Senget,

langgar montot kereta dia, siapa nak bayar..
huhuhu, agak insurans tanggung tak langgar dengan sengaja..haha :D

A.samad Jaafar,

adoi, kalau bawak 25km/j dengan basikal kalah...
nak sampai maghrib terus subuh sampai kot.. ;)

Mr. Iz,

Rasa goyang tapi cekalkan diri gaya tabah potong kereta banyak-banyak..
nak cepat kan.. x)

[Reply to comment]
Cikya said...
July 24, 2011 at 1:27 AM

Fiezah,

betul tu, macam syok sendiri bawak slow-slow macam jalan dia punya.
road tax kan sama-sama bayar.
hehe :D

[Reply to comment]
nana said...
November 18, 2011 at 1:33 PM

tujuan kahwin? bagi aku, aku nak zuriat. aku tak pernah mengharap kahwin kena saling bercinta. maksud, kalau dpt jodoh takpayah nak consider perasaan betul2 cinta atau tak. janji pakat saling tak benci dgn saling bertanggungjawab. lama2 mesti sayang punya. jodoh ni tentu tp anak bwk smp mati woo.

[Reply to comment]
nana said...
November 18, 2011 at 1:33 PM

jodoh *tak* tentu.
maaf typo. hehe

[Reply to comment]
nana said...
November 18, 2011 at 1:50 PM

waahhh..sy mahu komen di entry bawah sebenarnya T_____T

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.