The Other Side

Orang Meroyan Nak Nikah Memang Macam Ni...

Assalamualaikum w.b.t...

Ni cerita pasal orang yang tak kahwin lagi,
Kalau dah kahwin, hanya untuk lelaki yang nak tambah cawangan...


Tak mahu bebel banyak-banyak
Bila dah masuk dua puluhan, mula lah risau bila tak ada lagi steady partner,
Setakat teman tapi mesra bukannya boleh harap sangat
Bak kata Ma,
"Sebelum grad dah kena ada someone."
Bagi aku,
Dah ada seseorang bukan buat stok geli-geli mesej siang malam,
Dah dapat terus angkut masuk meminang terus..
--- tak salah perempuan pinang lelaki kan? ---
Tapi aku kena fikir sepuluh kali, lepas muzakarah dengan kaum kerabat baru pinang dia lar
*kisah sedih syok sendiri*

Aku nak tanya,
Apa motif kahwin sebenarnya?
Sekadar mangikut norma masyarakat yang mana kebanyakannya berkahwin, 
Hati menggedik nak berpasangan,
Saranan ibu bapa yang tak sabar nak dapat menantu dan cucu,
Yang paling best cakap bila nak ikut Sunnah Nabi,
---
Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi S.A.W: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.  (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). 
---

Alhamdulillah kalau nak ikut Sunnah Nabi, meramaikan Umat, 
Umat yang berkualiti, bukan hanya kuantiti,
Kerana Umat Islam yang ramai sekarang seperti buih di lautan,
Banyak tapi tak berdaya,
Andai aku khilaf betulkan.


Ini kisah,
Nak kahwin sebab gersang keseorangan,
Cemburu melihat member ada suami au isteri nak berkepit,
Setahun mahu 2-3 kali dapat jemputan walimah.

Yang aku nak tekankan,
Betulkan lah niat, kenapa nak kahwin,
Kenapa tergesa-gesa? Aci sambar sesiapa yang di jumpa.
Kita kahwin bukan setahun dua, kahwin bukan macam test drive kereta,
Kalau dah guna, tak suka, boleh jual balik.
Sebut test drive pulak, ada yang kupas pasal isu berzina sebelum nikah.
*tak mahu sentuh pasal tu lagi*

[Reply to comment]
GincoMerahJambu said...
July 19, 2011 at 3:32 PM

setuju..sebab sekarang ni ramai yang bila terlanjut umur siket tak pun kecewa dgn pasangan sebelum nya ramai yang pakai sambar je yg ade depan mata..bila tanya hati sendiri tak pasti cinta atau tak pada pasangan..

tapi itu semua kerja Allah..kita cuma berusaha kan..i love ur entry

[Reply to comment]
Dark Chocolate said...
July 19, 2011 at 3:38 PM

mungkin betul la cakap cikya. kalau kejap jer tu, ia adalah temporary feeling. tp mcm mana kalau syg ? yang walaupun dh lame giler, tp kite still syg lagi ? hehe. saje tye

[Reply to comment]
Cikya said...
July 19, 2011 at 4:03 PM

Kopi,

lambat lagi kan ??
haha

Syie,

harap takde lah aci menyambar kan..
doa moga dapat jodoh yang terbaik buat kita.. :)
cepat lambat kerja Allah, kita hanya merancang.. :D

[Reply to comment]
Encik MamaT said...
July 19, 2011 at 4:52 PM

hehe.. betolkan niat kita.. insyaAllah.. cari pasangan yang bertaqwa.. :)

mungkin kita banyak dosa.. sebab tu masih takut akan kematian.. walaupun kita tahu malaikat maut menziarah kita setiap hari...

[Reply to comment]
aimie amalina said...
July 19, 2011 at 5:32 PM

betol!
saye suke entri nih...bukan nak kawen seari dua..kalo bole. mahu selama2nya dgn org yg sama kan =)

[Reply to comment]
HAZWAN17 said...
July 19, 2011 at 8:29 PM

kalau dah jodoh takkan lari ke mana..mintak-mintak dapat jodoh dari Allah..amin....

[Reply to comment]
padlie said...
July 19, 2011 at 8:35 PM

Bab hati dan perasaan ni sangat subjektif. Tak ada teori atau fakta yang kukuh nak diikut.

Ada yang pada pandangan pertama dah jatuh cinta dan terus bawa ke mati.

Ada yang dari kawan menjadi pasangan..

Ada yang bercinta bertahun-tahun, bila dah kawin tak sampai setahun..

Sentiasa la berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang baik pekerti dan menjadi teman yang abadi.

[Reply to comment]
RepublicAku said...
July 19, 2011 at 9:25 PM

ada peluang teruskan ...benda baik jangan di tolak...keh3

[Reply to comment]
Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...
July 19, 2011 at 10:28 PM

adohai. ne yang wat aku xsabar nak kawen n wat anak ni.. hehehhe

[Reply to comment]
Cikya said...
July 19, 2011 at 11:45 PM

DarkC,

tak pasti, susah nak let go walaupom dah lama kan..
kena cari pengganti kot? dan jangan compare yang baru dengan yang lama, terima seadanya.. :)
wallahua'am

EncikMamat,

tu lah, betulkan niat, moga dapat yang terbaik yang Allah tetapkan untuk kita..
+, rasa banyak dosa, tapi kalau malas nak taubat susah jugak..
lepas tu salahkan setan.
dan malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari..

[Reply to comment]
Cikya said...
July 19, 2011 at 11:48 PM

Aimie,

tu lah, harap kekal sampai mati.
kalau tengok, selalu duda akan cari pengganti, dan janda rela sendiri..
terserah masing-masing.
wallahua'lam..

Hazwan,

Amin, jodoh takkan lari..
tapi kena lar usaha jugak.. :D
semoga ketemu nanti jodohnya..

[Reply to comment]
Cikya said...
July 19, 2011 at 11:53 PM

Padlie,

hee, hurm, betul jugak..
kita tak boleh nak ramal, dan takde rules pasal ni..bukan kuasa kita nak kawal apo..
ayat last tu sweet... ;)

Republic,

kalau dah ada boleh teruskan, yang belum ada boleh slow-slow cari, jangan gopoh.. :)

Top,

kawen cepat-cepat, dapat anak cepat-cepat, dah tua boleh goyang kaki, anak semua dah besar kan..
hehe
*fikiran jarak jauh.. ^^

[Reply to comment]
cik pulau said...
July 20, 2011 at 10:08 AM

btol ke sebelum grad kena ada calon..
tak semestinya..

bukan senang nak pilih pasangan.
apatah lagi kita akan hidup dgn dia sepanjang hayat kita..^^,

[Reply to comment]
Cikya said...
July 21, 2011 at 12:00 PM

Cik pulau,

tak semestinya,
Mak yang pesan macam tu..
entah ada ker dakk nantikan kemunculannya je lah..
haha :D

Orlando,

ha ah, kahwin tu ibadat,
sempurna separuh iman kan.. :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat