The Other Side

Cara Mengelat Solat Terawih | Tak Patut Buat

Assalamualaikum w.b.t..

Cara yang akan disenaraikan hanya sesuai jika situasi anda adalah:-


  1. Jarak rumah dan surau/masjid hanya beberapa langkah
  2. Anda belum baligh
  3. Mempunya mak/ayah yang tak kisah sangat
Pertama:

Semasa nak masuk rakaat ke-6, boleh buat-buat sakit perut nak berak. Boleh pilih samada nak cirit atau sembelit. Kalau sembelit, maka masa yang anda lengahkan untuk ke surau semakin lama. Kalau cirit sekalipun, buat-buatlah tercirit sampai terkena baju dan seluar sehingga anda terpaksa mandi dahulu sebelum ke surau semula.
--- senang cerita, buatlah alasan supaya dapat balik guna tandas kat rumah ---

Kedua:

Ambik saff yang paling belakang. Bila tok imam dah angkat takbir, pastikan semua makmumah dah ikut solat sekali. Caranya, selalu bertukar-tukar barisan saff dan orang takkan perasaan yang anda hilang di rakaat mana-mana. Kalau ambil saff terbelakang, buat-buat terpaksa ambil wudhu' semula sebab terkentut dan anda berlengah di tempat ambil wudhu' sampai tok imam bagi salam.

Ketiga:

Angkat takbir hanya bila tok imam dah nak habis baca Al-Fatihah. Nak lagi kurang sopan, tunggu sampai tok imam nak rukuk baru ikut jadi makmum. Kenapa masuk saff lambat, sebab buat-buat mamai mengantuk ala-ala blurr sampai tak perasan tok imam dah angkat takbir.

Keempat:

Sila buat-buat penat dan pening macam tak boleh nak solat. Kalau ditambah dengan rasa nak muntah juga bagus, terus tak payah sambung solat. Kena pandai kerutkan kening dan buat muka kesian. Cakap macam nak demam dan buat gaya hampir pitam. semakin terhuyung-hayang, muka kena kelam sehabis mungkin. Tunjukkan semua bukti 'sakit' kepada ibubapa anda.

[yang mana lebih penting? kerjaya atau agama?]

..........

Kenangan aku, 
sebab dulu-dulu tok imam solat terawih sampai 23 rakaat..
rasa berpeluh tak larat sangat.
nak kira bilangan rakaat tak ingat.
jadi,
bulu-bulu sejadah kat hujung, setiap empat rakaat selepas doa akan dilipat satu.
bila hampir nak penuh cukup 10, hati berbunga-bunga.
--- sebenarnya cara ini  boleh menganggu konsentrasi jemaah lain ---

..........

Pesanan aku,
kepada yang yang besar panjang, jangan ikut apa yang aku tulis tu..
memang lah solat sunat terawih tu sunat muakkad (sunat yang dituntut), tapi peluang ni hanya datang sekali setahun.
hanya sebulan sepanjang 12 bulan.
panjang umur boleh jumpa lagi, kalau tak berkesempatan,
hargai peluang yang ada sekarang..
*aku taknak tanggung dosa anda*


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat Sepanjang Ramadhan.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ibubapa boleh take note taktik anak-anak macam ni

Heh, siapa nak Ayat balik ???

14 comments:

Mohd Hazwan said...
July 31, 2011 at 11:10 PM

dulu time kecik-kecik ada taktik macam ni..time orang semayang g main mercun ke main kejar-kejar ke kat luar masjid..then dah tahyat akhir..berlari masuk masjid terus duduk tahiyat akhir haha..

[Reply to comment]
PenjuruKosong said...
August 1, 2011 at 1:38 AM

kalu nk mengelat, baik xyah buat trus~~
buat biar ikhlas..

slamat berpuasa..

[Reply to comment]
Shila said...
August 1, 2011 at 5:50 AM

hohohoh..

slmt berpuasa cikya.. :)

selalu je lupa da solat rakaat ke bapa..

waaaa...pastu rs sedih bila rs2 da abes...tp lepas tu imam bngun lg...

wakakaka

[Reply to comment]
a.samad jaafar said...
August 1, 2011 at 7:30 PM

hihihi.. nakal nya la geng aku nih... kalau org tua yg buat perangai camtu.. adeih.. alangkah huduhnyeee.. hihihhih

[Reply to comment]
ORLANDO AHMAD said...
August 3, 2011 at 7:06 AM

gua kalo imam buat sampai 23, masuk je rakaat ke 8 gua stop... tak larat... sambil layan moreh kat blakang gua layan mata tengok orang lain menghabiskan baki terawikh...

[Reply to comment]
Unknown said...
August 3, 2011 at 11:28 AM

hahaha..tak patot tak patot..hehehe..nak kena pok?

[Reply to comment]
Rain said...
August 3, 2011 at 12:29 PM

yg lipat2 hujung sejadah tu pernah buat haha..

teringat terawih kecik3 dulu.. nakal ooo.

sekrang, kena semakin dewasa.
ibadah perlukan keikhlasan

[Reply to comment]
Cikya said...
August 4, 2011 at 2:49 AM

@Wan,

lagi dasyat sebab siap main mercun lagi..
lani dah masuk stok baik-baik kan..terawih pom full je kan..
hehe :)


@Misc,

kenangan tu,
ingat balik rasa macam sengal masa kecik-kecik dulu..haha.. :D

@Cassia,

ouh, tu cerita zaman budak yang tak cukup akal penuh rasa malas di dada walau jiwa.. T___T

@Senget,

haha, ni kes naya, ingat dah habis tapi tak habis..
boleh amalkan kira bulu sejadah dah tu.. ;)

[Reply to comment]
Cikya said...
August 4, 2011 at 2:57 AM

@Keyri,

gelak macam pernah buat jer..
hahahahaha :D

@Qaseh,

dah tak ngelat dah..hee :)
insaf...

@A.samad Jaafar,

kalau orang tua dah tak buat alasan, sekali cakap taknak g surau, orang tak bangkang dah..
hurmm..
bergantung.. :)

@Orlando,

sangat tak patut ko makan moreh macam tgh tengok tibi gaya orang solat..
aku lupa, tapi lagi bagus kalau ikut imam full sampai habis kan.. :)
hee...

@Apik,

hehe, tak buat dah...
puas dah berlakon... ;)

@Rain,

berusaha mengikhlaskan diri..
ikhlaskan hati, betulkan niat ka.. :D

[Reply to comment]
cik bulan said...
August 4, 2011 at 6:29 AM

cikya..kalo bulan nanti tanya org sebelah rakaat berapa..mmg malas nk kira(acteli pelupa)//hahahahaha

[Reply to comment]
Anonymous said...
August 4, 2011 at 7:55 AM

xde la ngelat, buat setakat mampu je..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.