The Other Side

Macam Mana Nak Jadi Baik?

Assalamualaikum w.b.t...


Pernah tanya apa definisi baik?
Ada fikir yang diri tu baik tak?

Ker ada rasa diri tak cukup baik, separa baik, tak baik lansung.
--- Macam syurga dan neraka, pilihan hanya ada dua, tak ada ditengah-tengah ---
Manusia bukan macam tu,
Sebab kita ada iman, bertapa imannya kita menjadikan kita watak putih, kelabu atau hitam
Itu pendapat aku.


Aku mula terfikir definisi baik bila aku baca buku karya Hlovate :: Versus ::
Kalau yang masih mencari definisi baik, aku sarankan boleh baca Versus.
Bagaimana insan manusia boleh berubah 180 darjah dalam hidup.
Street boy to a real Muslim boy..
Sentiasa harap istiqamah dalam membuat kebaikan.
InsyaAllah

Orang baik takkan anggap dia baik,
Akan sentiasa merasa kelemahan diri.
Agak orang jahat rasa dia jahat tak? Ada yang rasa macam tu, ada yang tidak.
Kalau tidak masakan ada dialog tipikal,
"Aku ni jahat, tak layak, berdosa sangat, ada lagi ker orang nak terima aku?"
--- kalau macam ni, terus cakap, Allah sentiasa terima hambaNYA ---
Dan Allah duga dengan kemampuan khalifahNYA, sentiasa ADIL.


Pernah, kisah aku si watak kelabu..
Masuk masjid di matrik, sebab muka tak pernah pergi masjid, bila aku tiba-tiba pergi,
Boleh kata semua 'kaki' masjid pandang-pandang aku.
Dalam hati memang aku fikir,
"Eh, mereka ni macam skeptik jer bila aku datang, tahulah tak pernah jejak masjid."
Bila lama-lama 'hang' dengan mereka,
Aku terus terang pandangan aku bila pertama kali cecah masjid,
Selambanya mereka,
"Ada pulak fikir macam tu, kami tengok je, gembira dah bertambah yang datang..."
--- senyum tak putus ---

Rindu watak kelabu boleh berubah?
Atau watak tak berapa kelabu, harap menjadi putih dengan beristiqamah beribadat.
Malam ni 15 Sya'ban.
Doa,

  • Dimatikan dalam keimanan yang sempurna, 'imanan kamila'
  • Dipanjangkan umur untuk beribadat
  • Dimurahkan rezki yang halal...
Entah kenapa, setiap kali aku tengok drama ala gangster atau bergenrekan kejam, licik, dan buli,
Watak jahat mesti selalu payah nak mati...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal Harap Istiqamah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: pernah tak rasa jantung macam nak pecah bila teringat dosa semalam au silam?
aku terkesan bila nenek aku nangis macam baca Yaasiin tadi..
Kuatkanlah Iman kami.. :)




Heh, siapa nak Ayat balik ???

8 comments:

Eyka said...
July 17, 2011 at 12:04 AM

eyka prnah nak jadi baik tapi still xbaik tapi nakal..hehe:)

tapi yg paling penting..eyka rasa jadi diri sendiri..dan tak hipokrit itu more better lagi penting dari jadi baik!..hee:)

[Reply to comment]
cupofcoffee said...
July 17, 2011 at 12:15 AM

hehehe...kelabu..comel gop wat bju rye..hehehehe

[Reply to comment]
Cikya said...
July 17, 2011 at 1:04 AM

Eyka,

tak salah pasang niat nak jadi baik, jadi sendiri juga betul dari hipokrit..
namun,
seberapa jadi diri sendiri kita,
tang adat syariat jangan tolak tepi semata takmau hipokrit..
:D

Kopi,

Baju raya, baju dinner..hahaha
:P

[Reply to comment]
tomato said...
July 17, 2011 at 4:23 PM

kadang2 patot jugak cakap diri sendiri baik sebab kita akan cuba ubah diri kita kpd yg lebih baik .. ye tak ? ^^

[Reply to comment]
Cikya said...
July 17, 2011 at 6:55 PM

betul, kalau duk syok sendiri anggap diri tu dah baik,
selamanya akan ditakuk lama..
hijrah menjadi baik, sepanjang masa.. ;)

[Reply to comment]
padlie said...
July 17, 2011 at 11:37 PM

Orang lain akan jadi cermin kita. Orang lain yang tahu baik kah kita. Kita hanya mampu buat yang terBAIK dengan mengharapkan mereka yang BAIK hati beritahu, apa BAIK dan buruk kita..

Mengenali komputer [Siri 1]

[Reply to comment]
Cikya said...
July 18, 2011 at 12:04 AM

Misc,

sekadar pandangan. :)

Padlie,

sebab tu ada pepatah,
macam, siapa sahabat kita, mencerminkan diri kita...

kadang, orang salah anggap, kalau yang jenis kawan semua, hang dengan orang yang gila-gila dah dicop pape.
harap berhusnuzhon..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.