....
Pernah jumpa member bermusim?
Kalau diikutkan tak nak aku panggil dia member..
sekadar kawan dipinggiran je lah
nak sedapkan rasa tidak puas hati dengan aktiviti per'kawan'an dia..
per'sahabat'an kurang sesuai sebab istilah sahabat bagi aku agak berat
Apa yang di musim kan?
Awal tahun kau ambik nombor budak ni,
kau Y!M dia sesuka hati, mesej gaya macam awek, cakap bum bang bum bang mesra giler dalam facebook.
kat luar tak tegur pom
di dunia maya kemain meriah, dunia SMS bagai..
sampai satu tahap kau dah mula buat senyap
tak meriah kacau orang online macam dulu...
Selepas dalam 4-5-6 bulan
Kau kawan dengan budak lain pulak,
aktiviti sama macam kawan sebelumnya..
bum bang bum bang meriah kat dunia maya
bagi aku,
betullah, dunia maya boleh mengubah manusia 180 darjah dari diri asal.
Aku tak kisah kau nak kawan dengan siapa,
nak meriah bising dengan siapa,
tapi takkan lepas beberapa bulan kau terus buat senyap cari target baru?
Kadang aku fikir, aku ada buat salah ker?
Budak tu ada buat salah ker sampai kau nak boikot?
Kalau pom tak nak tegur kat realiti,
setakat 'Like' status kat facebook cukup tanda kau ingat kami pernah ber'kawan' dengan kau..
Tapi aku bebel banyak dia baca entah tak terasa ker mahu aku tak tahu..
Adik aku cakap,
"Orang macam ni saje test line."
Aku, kau test line lar banyak-banyak, tak hairan derr apa yang kau buat
Tak luak setakat kawan 4-5 bulan dengan kau
Depan tak berani tegur
--- ker dia jaga batas pergaulan tak nak tegur perempuan di dunia fana ini ---
Aku cuba berhusnuzhon...
Tapi dunia fana au maya sekalipun, batas tetap ada,
ye dakk ?
Kesimpulan aku,
apa-apa betulkan niat,
jangan kau kawan dengan seseorang semata dia glamour,
semata nak tumpang belajar dengan dia,
nak bajet handsome budak lawa member dengan kau
kawan kena ikhlas. Cuba!
Boleh tak aku cakap,
sebelum bersahabat, kita berkawan dulu?
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat Jalin Hubungan
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: aku geli bab kau puji perempuan comel, menyampah weyh! o_0
7 comments:
cikya... mungkin orang mcm tu cari kawan ikut sedap dia je kot.. dia suka dia cari.. tak suka lempar tepi....
i know whom.. ;) saba je dayah.mmg kdg2 ade boys camtu.kte da biase kat skola dlu.wat bodo je.
keh keh keh
dan saya setuju
ada aej manusia macam tu
bukan sikit tau
banyak
EncikMamat,
tu lah, ada rasa keciwa sikit kalau jumpa yang macam tu, harap diri tak macam tu..
you get what you give kan.. :)
Nana,
buat bodoh jer, takkan kita nak make first move tegur dia balik..
ego kena jaga.. :D
Sara,
wah, dah kena banyak kali lar ni..
hee, tindakan Sara macam mana ?
buat macam biasa atau tegur dia balik..
aku rs aku mcm tu kot..
Jiwa,
erkk, gitu ker?
hargai orang, nanti orang hargai kita kan.. :)
Post a Comment