The Other Side

Kelebihan Berjemaah Dalam Kereta

...

Rasa macam tak nak cakap banyak.

Kelebihan bawak kereta bersendirian

  1. Boleh speed sesuka hati, takde orang nak larang...
  2. Pasang radio sekuat mungkin sebab lawan bunyi enjin
  3. Tak payah bimbang keselamatan orang lain
  4. Nak brek pom ganas-ganas sikit boleh
  5. Boleh berhenti kat mana-mana je
  6. Keluar sorang tak terikat dengan jadual penumpang lain
  7. Tolong tambah sendiri kalau ada yang tertinggal..rasa macam banyak jer lagi..
Kekurangan naik kereta berjemaah.
  1. Macam akan ada reminder setia, selalu cakap,
    "kat sini bawak 60 km/j je, kat depan ada bonggol, lubang kat tepi tu..."
  2. Pasang radio ikut pemikiran penumpang, kalau nenek naik takkan nak pasang hitz.fm kot..?
  3. Nak bawak laju-laju rasa macam tengah bawak nyawa orang, terus kena cool and steady.
  4. Cuba lah brek mengejut kalau berani, seminggu depa duk ungkit..
  5. Selalu kalau beramai naik kereta, depa nak cepat sampai umah jer, taknak pit stop kat mana-mana..hurm..
  6. Yang ni, selagi sorang tak siap, jangan harap kereta boleh bergerak, dapat pulak yang selalu hilang barang ka, mekap berjam-jam ka..
  7. Tapi ni kelebihan kot, masa nak isi minyak, ada orang tolong isi..hahaha :D

Aku nak cerita yang aku frust tak dapat keluar petang tadi. Pagi pergi hospital, ingat nak singgah cari beg yang putus tali. Ma pesan beli makanan kucing dan ikan. Pasrah diri balik rumah semula.
Janji nak keluar balik sebab Ma nak pergi jumpa kawan ambik pinggan yang dipinjam dulu...
Sampai petang tup-tup dapat pulak,
"Eh, Ma lupa ada janji dengan Pak Cik Li nak tengok siling petang ni..."
Aku,
"Di mana janji manis itu?"
Ma sambung,
"Esok ada lagi, tu kalau hidup lagi."
- boleh dia cakap aci sengih-sengih jer -
Adik pulak ada pergi bantai esok kiamat, cett, jumaat deyy..!

Tu janji manusia aku dah frust menonggeng,
janji dengan Allah suruhan DIA kita dah buat belum?
Kalau nak kira, Allah Maha Pengasih, 
kita yang duk selalu mungkir janji entah-entah dah kena benam dalam tanah dah..
Janji manusia tak boleh langgar, janji kita dengan Allah lagi lah..

Lagi, 
lebih baik jangan berjanji kalau tak mampu nak buat,
sakit tu menaruh harapan palsu..
-  hahaha, gaya macam frust janji cinta-cinta jer -

You janji I, I lupa, You ingat, lepas tu You cancel balik sebab I tak ingat..
Ape daa...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Nyawa Amanah Allah Bagi

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: esok wajib keluar, tak sanggup pakai baju pink semata nak match dengan handbag adik...isk!

Heh, siapa nak Ayat balik ???

16 comments:

Unknown said...
July 3, 2011 at 10:01 PM

hahaha..takper la dia ader kete sendiri..hahaha.tibe2

[Reply to comment]
Raji and Yeen said...
July 3, 2011 at 10:45 PM

bguih nyer ko dah ader keter snri ...hahaha bkn maen matching ag eh,..hakhak

[Reply to comment]
Shila said...
July 4, 2011 at 12:28 AM

apesal xnk pakai baju pink?

sweet uuuuuuuuuuu...

[Reply to comment]
Cikya said...
July 4, 2011 at 12:28 AM

Apik,

haha, lenjan kete mak jah pom.. :D
kalau bunyi pelik2 senyap2 suda..

Raji,

siapa nak pakai handbag pink dengan baju biru? baju ungu? haha...
buat segan jer.. :)

[Reply to comment]
Cikya said...
July 4, 2011 at 12:30 AM

Senget,

takkan lar kalau tiga hari nak keluar, hari-hari pakai pink, nak match dengan handbag..
hahaha...
seram tuh.. :P

[Reply to comment]
Encik MamaT said...
July 4, 2011 at 9:17 AM

hehehe... hidup kena berjemaah.. hehehe... jangan frust2 sangat cikya.. tuntut janji itu.. ekekeke

[Reply to comment]
ain revival said...
July 4, 2011 at 12:33 PM

hehe..ain x pernah drive jauh2..takot..keliling kmpung boleh laa~

kalau rasa was2 lagi baik jangan berjanji ape2..org len kecewa, kita pun dpt dosa..

[Reply to comment]
Mohd Hazwan said...
July 5, 2011 at 12:15 AM

naek kereta berjemaah la best..boleh borak-borak bergurau senda bersama kawan-kawan tersayang..hahah

[Reply to comment]
Cikya said...
July 5, 2011 at 2:33 PM

hidup memang kena berjemaah kan? hehehe
kita merancang je boleh, aral datang tak boleh nak elak..hurm, petang ni baru keluar..
Ma penat semalam..

Ain,

bawak lar jauh-jauh, best owh.hehe
tu lah, jangan janji kalau tak mampu.. :)

[Reply to comment]
Cikya said...
July 5, 2011 at 2:34 PM

Hazwan,

kalau dorang tak tidur best lah..
ni drive jauh-jauh depa pi tidur..
haha..
kesian jugak.. :D

[Reply to comment]
Unknown said...
July 5, 2011 at 9:43 PM

lenjan?hahah..apik takleh senyap

[Reply to comment]
tomato said...
July 12, 2011 at 5:07 PM

naik kete sorg boring .. huhuuk

betol3 .. janji dgn ALLAH jgn ingkar dah .. :)

[Reply to comment]
Unknown said...
July 12, 2011 at 8:02 PM

sbb tu aku sangat suke bawak kete lik kg sorg2. ikot suke nk benti mane, nk laju mane, nk pasang lagu ape n sekuat mana. pendek kata klau tension, g le memandu sorg2 :D

[Reply to comment]
Rain said...
July 14, 2011 at 3:17 PM

haha kaki rempit mcm rain gak nih.

muah geng!

jumpa kat aloq setaq naa!

[Reply to comment]
Cikya said...
July 16, 2011 at 6:56 AM

Apik,

salah ke guna lenjan? hehe :D

Tom,

bawak kereta sorang best, boleh duk bising takde orang kacau..nyanyi sesuka hati.. :D
jangan ingkar janji..

[Reply to comment]
Cikya said...
July 16, 2011 at 6:58 AM

wath,

aku kalau tension bawak kereta boleh eksiden kot, asyik nak tekan minyak je kerja..
haha, baik tidur lar.. :)

Rain,

rempit sorang-sorang boleh, bawak family kena berjaga-jaga..
aloq setaq? bila lar nak drive sampai..suatu hari nanti insyaAllah.. :D

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.