The Other Side

Cara Mengelat Solat Terawih | Tak Patut Buat

Assalamualaikum w.b.t..

Cara yang akan disenaraikan hanya sesuai jika situasi anda adalah:-


  1. Jarak rumah dan surau/masjid hanya beberapa langkah
  2. Anda belum baligh
  3. Mempunya mak/ayah yang tak kisah sangat
Pertama:

Semasa nak masuk rakaat ke-6, boleh buat-buat sakit perut nak berak. Boleh pilih samada nak cirit atau sembelit. Kalau sembelit, maka masa yang anda lengahkan untuk ke surau semakin lama. Kalau cirit sekalipun, buat-buatlah tercirit sampai terkena baju dan seluar sehingga anda terpaksa mandi dahulu sebelum ke surau semula.
--- senang cerita, buatlah alasan supaya dapat balik guna tandas kat rumah ---

Kedua:

Ambik saff yang paling belakang. Bila tok imam dah angkat takbir, pastikan semua makmumah dah ikut solat sekali. Caranya, selalu bertukar-tukar barisan saff dan orang takkan perasaan yang anda hilang di rakaat mana-mana. Kalau ambil saff terbelakang, buat-buat terpaksa ambil wudhu' semula sebab terkentut dan anda berlengah di tempat ambil wudhu' sampai tok imam bagi salam.

Ketiga:

Angkat takbir hanya bila tok imam dah nak habis baca Al-Fatihah. Nak lagi kurang sopan, tunggu sampai tok imam nak rukuk baru ikut jadi makmum. Kenapa masuk saff lambat, sebab buat-buat mamai mengantuk ala-ala blurr sampai tak perasan tok imam dah angkat takbir.

Keempat:

Sila buat-buat penat dan pening macam tak boleh nak solat. Kalau ditambah dengan rasa nak muntah juga bagus, terus tak payah sambung solat. Kena pandai kerutkan kening dan buat muka kesian. Cakap macam nak demam dan buat gaya hampir pitam. semakin terhuyung-hayang, muka kena kelam sehabis mungkin. Tunjukkan semua bukti 'sakit' kepada ibubapa anda.

[yang mana lebih penting? kerjaya atau agama?]

..........

Kenangan aku, 
sebab dulu-dulu tok imam solat terawih sampai 23 rakaat..
rasa berpeluh tak larat sangat.
nak kira bilangan rakaat tak ingat.
jadi,
bulu-bulu sejadah kat hujung, setiap empat rakaat selepas doa akan dilipat satu.
bila hampir nak penuh cukup 10, hati berbunga-bunga.
--- sebenarnya cara ini  boleh menganggu konsentrasi jemaah lain ---

..........

Pesanan aku,
kepada yang yang besar panjang, jangan ikut apa yang aku tulis tu..
memang lah solat sunat terawih tu sunat muakkad (sunat yang dituntut), tapi peluang ni hanya datang sekali setahun.
hanya sebulan sepanjang 12 bulan.
panjang umur boleh jumpa lagi, kalau tak berkesempatan,
hargai peluang yang ada sekarang..
*aku taknak tanggung dosa anda*


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat Sepanjang Ramadhan.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ibubapa boleh take note taktik anak-anak macam ni

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cara-cara Mengatasi Masalah Gila Bayang Dengan Berkesan

Assalamualaikum w.b.t...

Anda selalu gila bayang? Hampir meroyan teringatkan seseorang,
Sampaikan pernah mintak nak ada 'selective amnesia'?
Mengigau teringatkan si dia?


Di sini ada jalan yang memang akan menambahkan penyakit gila bayang anda dengan mendadak!


    • Baca SMS, chatting zaman dulu-dulu berulang-ulang kali sebelum tidur
    • Dengar lagu yang kononnya lagu tema anda berdua sampai muak sehingga terpaksa tukar lagu tema lain
    • Setiap kali buka Facebook, 'stalk page' si dia dahulu sebelum periksa 'notification'
    • Bawa bersama gambar bersaiz passport dia di dalam beg duit, dan gambar yang bersaiz besar ditampal penuh ruang bilik wa meja solek
    • Tukar ringtone telefon kepada bunyi yang memanggil-manggil nama si dia, anda boleh record sendiri suara sadis rindu anda
    • Kat dashboard kereta ada letak gambar dia macam lesen pemandu teksi yang wajib papar tu
    • Ada hari wajib pakai t-shirt yang 'printed' muka gedabak dia
    • Di skrin komputer, wallpaper adalah gambar si dia
    • Screensaver pula adalah slides show semua tentang dia
    • Wallpaper bilik pom boleh letak muka si dia dari berbagai posisi
    • Loceng rumah pom berbunyi gelak ketawa si dia
    • Set cadar sengaja ditempah bersulamkan nama si dia

Ini bukan pengalaman....
hahaha
*tolonglah percaya!*


Apa yang aku tahu, 
Kalau benar lah dah bebetul suka kat sesiapa,
Bagi tahu dia dahulu, sebelum syok sendiri
Buat andaian bukan-bukan.
The worst thing could happen is you are rejected.
Tapi cara nak terima penolakan lar sampai orang terjun bangunan..

Be wise all..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perasaan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ada siapa-siapa yang ada cara berkesan nak selesai masalah gila bayang? :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Dilema Menuju Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Lebih kurang seminggu akan menjejak bulan Ramadhan,
Lagi senang berbahasa Ramadhan dari puasa..
Entah, rasa lebih terisi kalau sebut begitu.

Biasalah, selalu bulan Ramadhan baru masjid surau mula penuh sebab ada solat sunat Terawih kan,
Ada yang bertatih melazimkan ke surau, praktik supaya kekal istiqamah sebulan itu.

Dilema pertama:

Mak cik pak cik yang solat kat surau tu
*termaktub yang aku tengok kat surau dekat rumah aku*
Saf tak rapat, memang rongak,
Dah bertahun aku perhatikan, 
Nak tegur rasa tak terluah kat bibir, lekat kat anak tekak,
Pernah aku terniat nak hantar ala surat layang kepada tok imam..
Kecewa sebab tak mampu nak tegur,
Cakap kat Ma,
"Kenapa solat tak rapat saf, takde orang tegur ker?"
Satu saf muat 6 orang, kadang 4 yang solat, 
Stail ikut saiz sejadah...


Dilema kedua:

Aku ni jenis pelupa,
Ye lah, dah masuk solat jemaah ni, selalu memang akan salam-salam lah lepas solat.
Macam, kejap aku cium tangan makcik ni, kejap tak, 
Aku tak ingat aku cium ke tak tangan dia ker salam sahaja..
Bila bertandang kat rumah dia ker, 
Selalu keliru nak cium tangan ker dakk..?
--- kalau nak buat skala layak cium tangan berdasarkan umur, macam tak terlaksana ---
Tambah lagi kalau saudara yang lama tak jumpa,
Lagi lar dilema nak salam cium tangan ke dakk..
Yang pasti, betul-betul tua dalam 55++ aku salam cium tangan lar..

[buat buduh sebab taknak cium tangan boleh?]

Dilema ketiga:

Nak pergi surau kena pakai stokin ke tak?
Ye lah, kaki kan termaktub dalam aurat manusia berjantina perempuan.
Nak buat stail makcik-makcik memang aku baham selipar jepun je,
Nenek aku lagi santai, dah gaya banjir bila balik surau, kain senteng sampai ke betis,
Dia tua, takpe, takde nafsu, lagi takut terjatuh main seret macam si muda
Pergi maghrib, dah senja, agak gelap, tapi tak cukup gelap sebab kena lintas jalan dan angkat kaki melintas..
Isyak, kalau pom kelam sekali, lampu jalan tetap menyuluh kaki...
Dilema ini,
berjawapan, 
pakai stokin, hujan pom, basuh lah kaki..

[stokin murah cantik seringgit sepasang kat Giant berlambakk]

Cukup lah dilema itu, buat masa sekarang...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Tindakan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: tok imam kalau laju sangat, kesian kat makmum/ah yang berusia...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Nak Nikah Hari Jumaat...

Assalamualaikum w.b.t..

dengan gagah jelajah blog.
jumpa...

Peristiwa Hari Jumaat:


  • Nabi Adam berkahwin dengan Hawa
  • Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha
  • Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib
  • Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
  • Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan Aisyah
  • Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah

Haa, berminat dakk??
Jom pakat-pakat menikah hari Jumaat..
Maljis walimah bagai esok lusa masih ada kan?

Aku masih mencari,
Nasihat bernas kakak dan adik,
Jangan syok sendiri, cari pada yang sudi.


Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga 'Timing'

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: kalau dah berkahwin, nak kahwin lagi pom aku cadangkan hari Jumaat..
ekeke :D



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Baca dan Sengih...

.....


gram giler seyh ngan swunk dax lkie niey bley g rmbat mem aqw yew HANDPHONE perh meyirap btol klau aqw lha dh lmew aqw tmpar mkew owunk yg rmbat 2 lkie tu mmng cm shial nk rmbat HANDPHONE mem aqw plak thu arh mskin tpi x yah arh nk rmbat HANDPHONE owunk ...klau nk pmjam ckp bkn yew curi shial btolll !!!!!!!!!!

Dah baca?
Dan sengih?
Ker tak dapat baca...


Kat mana aku jumpa rahsia...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Bahasa

:: Salam Satu Aqidah! ::

[senyum lepas baca]

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Lelaki Yang Egonya Tercabar

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam dari Bachok, Kelantan ke Manir, Terengganu,
Ambik nenek nak balik kampung lepas duduk kat rumah Su.
Semalam satu Terengganu cuti, sebab tu pergi..
Jalan pom lengang dari Kelantan sebab pagi 9.30 bertolak, tak serabut dengan budak sekolah orang pergi kerja bagai..
Speeding sesuka hati, tapi masa pergi sampai 130km/j je lah.
Sampai dalam 1 jam 50 minit.
--- Sampai dengan muka bangga sebab tak sampai 2 jam ---
*haha*

Jumpa lelaki yang tercabar ego masa perjalanan balik.
Bertolak dah pukul 5.45, ingat nak sampai sempat solat Maghrib kat rumah.
Kalau bawak macam masa pergi sempat lar.
Jalan tetap kosong, 
Duk tekan-tekan minyak sampai 140km/j,
Dalam hati duk fikir kenapa Ma tak tegur eh bawak laju-laju,
Cuma berbunyi bila dekat selekoh adik & Ma,
"Slow sikit depan tu selekoh."
--- rasa macam nak cair isi telinga bawak laju-laju ---

Duk syok potong situ sini,
Dalam dekat nak sampai Kelantan.
Nak potong satu kereta ni, 
Aleh-aleh kereta belakang pom nak potong aku sekali dengan kereta depan.
Apo lagi jalan dua lane jadi 3 biji kereta.
Mengamuk kereta Totoya Putih siap hon, lepas tu signal berhenti tepi jalan,
Aku,
"Apo ingat ker bodoh nak ikut kau berhenti tepi jalan sebab kau signal suruh berhenti."
Bawak dengan bahagia nak kejar Maghrib.
Toyota putih tak puas hati, potong aku sambil hon memanjang.

[Toyota jenis Camry macam ni]

Nak tahu tak cukup matang mamat tu,
Dah siap potong, kat depan jalan kosong, kau pergi bawak 60km/j apa cerita???
Aku nak potong kau speeding tak bagi.
Nak balas dendam lar tu.

Akhir cerita bengang dengan mamat tak berapa masak tu.
Dekat trafik light dia belok kanan, aku pergi straight.
Yang pasti masa lampu tukar hijau.
Berdecit aku tekan minyak..
Huh, bengang senja kasik orang marah.
Kena sampuk ker apo..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amarah Setan Banyak Senja

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: plat Toyota putih tu mula dengan DBT.
Aku doa jangan lar jumpa dia balik, buat sakit hati jer..

p/s lagi: P aku habis hujung tahun ni insyaAllah :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Orang Meroyan Nak Nikah Memang Macam Ni...

Assalamualaikum w.b.t...

Ni cerita pasal orang yang tak kahwin lagi,
Kalau dah kahwin, hanya untuk lelaki yang nak tambah cawangan...


Tak mahu bebel banyak-banyak
Bila dah masuk dua puluhan, mula lah risau bila tak ada lagi steady partner,
Setakat teman tapi mesra bukannya boleh harap sangat
Bak kata Ma,
"Sebelum grad dah kena ada someone."
Bagi aku,
Dah ada seseorang bukan buat stok geli-geli mesej siang malam,
Dah dapat terus angkut masuk meminang terus..
--- tak salah perempuan pinang lelaki kan? ---
Tapi aku kena fikir sepuluh kali, lepas muzakarah dengan kaum kerabat baru pinang dia lar
*kisah sedih syok sendiri*

Aku nak tanya,
Apa motif kahwin sebenarnya?
Sekadar mangikut norma masyarakat yang mana kebanyakannya berkahwin, 
Hati menggedik nak berpasangan,
Saranan ibu bapa yang tak sabar nak dapat menantu dan cucu,
Yang paling best cakap bila nak ikut Sunnah Nabi,
---
Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi S.A.W: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.  (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). 
---

Alhamdulillah kalau nak ikut Sunnah Nabi, meramaikan Umat, 
Umat yang berkualiti, bukan hanya kuantiti,
Kerana Umat Islam yang ramai sekarang seperti buih di lautan,
Banyak tapi tak berdaya,
Andai aku khilaf betulkan.


Ini kisah,
Nak kahwin sebab gersang keseorangan,
Cemburu melihat member ada suami au isteri nak berkepit,
Setahun mahu 2-3 kali dapat jemputan walimah.

Yang aku nak tekankan,
Betulkan lah niat, kenapa nak kahwin,
Kenapa tergesa-gesa? Aci sambar sesiapa yang di jumpa.
Kita kahwin bukan setahun dua, kahwin bukan macam test drive kereta,
Kalau dah guna, tak suka, boleh jual balik.
Sebut test drive pulak, ada yang kupas pasal isu berzina sebelum nikah.
*tak mahu sentuh pasal tu lagi*

Add Comment 16 comments

Jom Join Bloglist Ajeyy Rawk


Erkk...
Kerja petang sebelum tutup tingkap...

Nak menyemak kat Bloglist AjeyyRawk

Apa-apa lebih lanjut pasal ni kat SINI...

AjeyRawk pesan nak buat entry bergambar pendek jer..
Menurut arahan kan?

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Member

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: jerit nak masuk 3 kali lepas post.. :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Mari MemVacuum Laptop..!

Assalamualaikum w.b.t...

Siapa pernah buat boleh geng dengan aku..

Al-kisahnya,
Masa takde kerja, benda entah apa-apa aku pergi download---install
Padahal program dah ada dalam laptop
Save sana sini,
Download semeriah mungkin.

Skrin lap jarang-jarang
*jangan ikut*
Hanya lap kadang bila hipokrit kena guna laptop untuk presentation
*hanya kerana ada orang lain guna*

Akibat kerja install program yang entah apa-apa
Laptop menjadi lembabbb
Selalu hang,
Nak shut down dan on pom makan masa sampai 10 minit..
RAM dah 4gig..
Dengan rajinnya,
3 hari lepas Uninstall program yang tak guna,
buat Disk Clean-up,
Defragmantation dua kali sehari..

Gaya yakin jer tekan situ tekan sini
Tup-tup petang tu laptop mati,
Buka setengah jam pom dah mati sendiri,
Apo lagi cuak tahap tak ingat lar.
Kalut mesej member yang belajar tang komputer apsal mati, cepat panas..
Dia cakap,
"Bukan sebab Disk Clean-up, mati sebab banyak habuk, dulu pom member yang tolong bukak laptop dan buang habuk.."
Macam tu lah lebih kurang.

[takde kaitan]

Cara penyelesaiannya,
*sementara mungkin*
Pagi-pagi lepas Subuh aku dah vacuum laptop kat semua lubang rongga yang ada.
Memang tak guna lansung sehari++ nak bagi rehat.


Alhamdulillah menjadi..
Dah kurang panas dan dah tak mati sendiri lagi..

Selamat mencuba!
:)

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Harta

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: orang cakap, compaq presario 35 memang cepat panas.. T.T

Heh, siapa nak Ayat balik ???

"Blogger | Tolong Ingatkan Aku"

Assalamualaikum..

dah terlewat benar masa buat ni, tapi nak buat jugak..



Kalau karangan,
isi selalu guna bermotifkan SAPE

  • S :: Sosial
  • A :: Agama
  • P :: Politik
  • E :: Ekonomi
tu modal masa buat karangan zaman sekolah dulu.

Aku nak cakap,

Putarlah langkah, titi lah hari, lepas kan detik lalu,
peganglah agama, nescaya kamu pegang dunia.

Rosaknya Sosial, rapuhnya Iman,
Jatuhnya Ekonomi, tak tertawan nafsu mazmumah,
Kotornya Politik, kelabukah Jiwa...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga S :: A :: P :: E

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: buat Harrazdani, tak kira, nak buat jugak.. :D
Thanks!

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Macam Mana Nak Jadi Baik?

Assalamualaikum w.b.t...


Pernah tanya apa definisi baik?
Ada fikir yang diri tu baik tak?

Ker ada rasa diri tak cukup baik, separa baik, tak baik lansung.
--- Macam syurga dan neraka, pilihan hanya ada dua, tak ada ditengah-tengah ---
Manusia bukan macam tu,
Sebab kita ada iman, bertapa imannya kita menjadikan kita watak putih, kelabu atau hitam
Itu pendapat aku.


Aku mula terfikir definisi baik bila aku baca buku karya Hlovate :: Versus ::
Kalau yang masih mencari definisi baik, aku sarankan boleh baca Versus.
Bagaimana insan manusia boleh berubah 180 darjah dalam hidup.
Street boy to a real Muslim boy..
Sentiasa harap istiqamah dalam membuat kebaikan.
InsyaAllah

Orang baik takkan anggap dia baik,
Akan sentiasa merasa kelemahan diri.
Agak orang jahat rasa dia jahat tak? Ada yang rasa macam tu, ada yang tidak.
Kalau tidak masakan ada dialog tipikal,
"Aku ni jahat, tak layak, berdosa sangat, ada lagi ker orang nak terima aku?"
--- kalau macam ni, terus cakap, Allah sentiasa terima hambaNYA ---
Dan Allah duga dengan kemampuan khalifahNYA, sentiasa ADIL.


Pernah, kisah aku si watak kelabu..
Masuk masjid di matrik, sebab muka tak pernah pergi masjid, bila aku tiba-tiba pergi,
Boleh kata semua 'kaki' masjid pandang-pandang aku.
Dalam hati memang aku fikir,
"Eh, mereka ni macam skeptik jer bila aku datang, tahulah tak pernah jejak masjid."
Bila lama-lama 'hang' dengan mereka,
Aku terus terang pandangan aku bila pertama kali cecah masjid,
Selambanya mereka,
"Ada pulak fikir macam tu, kami tengok je, gembira dah bertambah yang datang..."
--- senyum tak putus ---

Rindu watak kelabu boleh berubah?
Atau watak tak berapa kelabu, harap menjadi putih dengan beristiqamah beribadat.
Malam ni 15 Sya'ban.
Doa,

  • Dimatikan dalam keimanan yang sempurna, 'imanan kamila'
  • Dipanjangkan umur untuk beribadat
  • Dimurahkan rezki yang halal...
Entah kenapa, setiap kali aku tengok drama ala gangster atau bergenrekan kejam, licik, dan buli,
Watak jahat mesti selalu payah nak mati...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal Harap Istiqamah

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: pernah tak rasa jantung macam nak pecah bila teringat dosa semalam au silam?
aku terkesan bila nenek aku nangis macam baca Yaasiin tadi..
Kuatkanlah Iman kami.. :)




Heh, siapa nak Ayat balik ???

Member Bermusim

....

Pernah jumpa member bermusim?
Kalau diikutkan tak nak aku panggil dia member..
sekadar kawan dipinggiran je lah
nak sedapkan rasa tidak puas hati dengan aktiviti per'kawan'an dia..
per'sahabat'an kurang sesuai sebab istilah sahabat bagi aku agak berat

Apa yang di musim kan?

Awal tahun kau ambik nombor budak ni,
kau Y!M dia sesuka hati, mesej gaya macam awek, cakap bum bang bum bang mesra giler dalam facebook.
kat luar tak tegur pom
di dunia maya kemain meriah, dunia SMS bagai..
sampai satu tahap kau dah mula buat senyap
tak meriah kacau orang online macam dulu...

Selepas dalam 4-5-6 bulan

Kau kawan dengan budak lain pulak,
aktiviti sama macam kawan sebelumnya..
bum bang bum bang meriah kat dunia maya
bagi aku,
betullah, dunia maya boleh mengubah manusia 180 darjah dari diri asal.


Aku tak kisah kau nak kawan dengan siapa,
nak meriah bising dengan siapa,
tapi takkan lepas beberapa bulan kau terus buat senyap cari target baru?
Kadang aku fikir, aku ada buat salah ker?
Budak tu ada buat salah ker sampai kau nak boikot?
Kalau pom tak nak tegur kat realiti,
setakat 'Like' status kat facebook cukup tanda kau ingat kami pernah ber'kawan' dengan kau..

Tapi aku bebel banyak dia baca entah tak terasa ker mahu aku tak tahu..

Adik aku cakap,
"Orang macam ni saje test line."
Aku, kau test line lar banyak-banyak, tak hairan derr apa yang kau buat
Tak luak setakat kawan 4-5 bulan dengan kau
Depan tak berani tegur
--- ker dia jaga batas pergaulan tak nak tegur perempuan di dunia fana ini ---
Aku cuba berhusnuzhon...
Tapi dunia fana au maya sekalipun, batas tetap ada,
ye dakk ?


Kesimpulan aku,
apa-apa betulkan niat,
jangan kau kawan dengan seseorang semata dia glamour,
semata nak tumpang belajar dengan dia,
nak bajet handsome budak lawa member dengan kau
kawan kena ikhlas. Cuba!

Boleh tak aku cakap,
sebelum bersahabat, kita berkawan dulu?

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat Jalin Hubungan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku geli bab kau puji perempuan comel, menyampah weyh! o_0

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kalau Lelaki Melayu Macam Lelaki Korea

Assalamualaikum w.b.t...

Dah lama tak update,
adik tengah menggila main game Angry Birds
Semalam baru khatam... ^^

Berdasarkan tajuk entry,
Kalau lah yang mana memang takkan mungkin
Lain lah kalau k-Pop wannabe
Tu lagi lah jauh panggang
Selepas menonton rancangan Happy Together kat KBSW, tengok K-Pop Hitz kat HitzTV, terbajet karaoke kat MTV lagu korea
--- padahal duk nganga gaya kagum jer.. ---

Buat aku fikir,
Kalau lah lelaki Melayu ni muka macam mamat korea
Agaknya kahwin ke dakk aku entah
Pheuww..
Serius artis-artis mereka
--- muka macam lelaki Korea termaktub dalam syarat comel macam boy band kat sana ---
*miahaha*
Aku segan weyh nak duduk sebelah orang lelaki comel ni
Terasa diri kerdil amat!

[kalau Shinee suka Min Ho]
*aku bukan kipas susah mati korea* T.T

Haha,
Aku tak mencari yang muka-muka comel
Serius aku akan segan.
Cari yang muka kelelakian baru mencabar kan..
*mana lar aku nak cari?*
Puhh, puhh, puhh harap dah grad nanti ada lar sangkut sorang..
--- Sila Amin kan.. ---

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Selera

:: Salam Satu Aqidah! ::


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kelebihan Berjemaah Dalam Kereta

...

Rasa macam tak nak cakap banyak.

Kelebihan bawak kereta bersendirian

  1. Boleh speed sesuka hati, takde orang nak larang...
  2. Pasang radio sekuat mungkin sebab lawan bunyi enjin
  3. Tak payah bimbang keselamatan orang lain
  4. Nak brek pom ganas-ganas sikit boleh
  5. Boleh berhenti kat mana-mana je
  6. Keluar sorang tak terikat dengan jadual penumpang lain
  7. Tolong tambah sendiri kalau ada yang tertinggal..rasa macam banyak jer lagi..
Kekurangan naik kereta berjemaah.
  1. Macam akan ada reminder setia, selalu cakap,
    "kat sini bawak 60 km/j je, kat depan ada bonggol, lubang kat tepi tu..."
  2. Pasang radio ikut pemikiran penumpang, kalau nenek naik takkan nak pasang hitz.fm kot..?
  3. Nak bawak laju-laju rasa macam tengah bawak nyawa orang, terus kena cool and steady.
  4. Cuba lah brek mengejut kalau berani, seminggu depa duk ungkit..
  5. Selalu kalau beramai naik kereta, depa nak cepat sampai umah jer, taknak pit stop kat mana-mana..hurm..
  6. Yang ni, selagi sorang tak siap, jangan harap kereta boleh bergerak, dapat pulak yang selalu hilang barang ka, mekap berjam-jam ka..
  7. Tapi ni kelebihan kot, masa nak isi minyak, ada orang tolong isi..hahaha :D

Aku nak cerita yang aku frust tak dapat keluar petang tadi. Pagi pergi hospital, ingat nak singgah cari beg yang putus tali. Ma pesan beli makanan kucing dan ikan. Pasrah diri balik rumah semula.
Janji nak keluar balik sebab Ma nak pergi jumpa kawan ambik pinggan yang dipinjam dulu...
Sampai petang tup-tup dapat pulak,
"Eh, Ma lupa ada janji dengan Pak Cik Li nak tengok siling petang ni..."
Aku,
"Di mana janji manis itu?"
Ma sambung,
"Esok ada lagi, tu kalau hidup lagi."
- boleh dia cakap aci sengih-sengih jer -
Adik pulak ada pergi bantai esok kiamat, cett, jumaat deyy..!

Tu janji manusia aku dah frust menonggeng,
janji dengan Allah suruhan DIA kita dah buat belum?
Kalau nak kira, Allah Maha Pengasih, 
kita yang duk selalu mungkir janji entah-entah dah kena benam dalam tanah dah..
Janji manusia tak boleh langgar, janji kita dengan Allah lagi lah..

Lagi, 
lebih baik jangan berjanji kalau tak mampu nak buat,
sakit tu menaruh harapan palsu..
-  hahaha, gaya macam frust janji cinta-cinta jer -

You janji I, I lupa, You ingat, lepas tu You cancel balik sebab I tak ingat..
Ape daa...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Nyawa Amanah Allah Bagi

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: esok wajib keluar, tak sanggup pakai baju pink semata nak match dengan handbag adik...isk!

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Hobi Tulis Surat Cinta

Assalamualaikum w.b.t...

Siapa yang pandai mengarang surat cinta tu meh datang dekat-dekat.
Aku nak berguru sikit. Bahagian surat warna biru warna pink tabur bedak sembur perfume tu dah tahu. Tapi aku takkan buat lah, geli kot. Guna kertas A4 putih, kosong, takde garis...
- ada tanda riak nak tunjuk boleh menulis tak senget.. -
Hahaha


Fuhh, siapa cakap menulis surat cinta tu senang. Siapa? Aku dah cuba tulis sumpah tak tahu nak letak apo.. Kantoi tulis surat. Orang sekarang mana pakai surat, emel, facebook ada. 
Sekali tekan send terus sampai.
Takpe, aku guna cara antik sikit, tapi hantar masih guna khidmat pos Malaysia lar, tak pulak guna merpati putih ikat kat kaki, mana aku nak cari. Lagi pom sempat mati dulu burung tu nak sampai ker seberang laut sana..
Kalau pom dia tak suka dengan surat aku, nak tak nak dia kena berusaha lebih sikit, kena jalan campak dalam tong sampah ker, bakar dalam kuali ker, kitar semula ker. Kalau pakai utusan elektronik ni, butang delete macam gatal tangan je senang tekan.
Cett..
Berani lar dia tak suka surat aku..

Puas sudah merepek tak tentu hala.
Mana ada aku tulis surat cinta. Aku tulis surat kat member, baru dua perenggan tulis dah kering idea.
Ingat tulis surat macam tulis blog. Serius tidak, lain sungguh rasa bersurat dengan berblog.
Sila cuba.
Lain untuk orang yang tak biasa buat tulis surat kot. Tulis surat rasmi lagi senang daripada tulis surat tak formal. 

Surat untuk member aku, dulu aku hantar hadiah besday dia tak tulis pape lansung, hadiah siap berbalut tak sentuh lagi. Kali ni kira payback lah kan.. Satu kertas A4 aku karang. 
Duk semangat menulis dengan otak kosong, tengah surat tangan dah lenguh..hahaha
Dah berkarat kemampuan menulis tangan, dah lama tak pegang pen.
Reti pegang sudip dan kuali jer.. Hahaha.
Sangat menipu di situ.
Tolong lah sape-sape doakan aku supaya rajin memasak berat-berat.
Kek kuih aku suka..
Aisk!

Apa isi aku duk ayat tak payah cerita lah kan.
Buat malu jer kalau aku bagi tahu..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Fikiran Tulisan Elok

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aisey, aku lupa nak ambik gambar surat aku tu..

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat