The Other Side

Edisi Gua | Budak Berlagak

Ermm.. kena bagi salam jugak. Walau pom ayat lepas ni macam nak sinis tak ingat. :D

Assalamualaikum w.b.t...

Err...Gua.
Buat-buat mati kata.
Jangan iman gua mati sudah Nauzubillah.

Tak tahan weyh kalau jumpa orang berlagak..
Orang tu tak pe lah. Kalau mereka nak berlagak sekalipom sebab dah kerja besar, bini lawa, suami hensemmm, anak-anak soleh/ah, harta bertambun.
Takpa. Gua tak heran. 
Mereka berlagak, mereka usaha, Allah izin nak bagi rezki nikmat semua kat mereka.
Asalkan jangan Kufur Nikmat.

Gua tak tahan budak berlagak.
Budak-budak. yang kesat hingus pom sememeh lagi kat baju.
Ye lah.
Gua ni sedehana je hidup, nak bragging dengan gadget mahal-mahal ker,
pakaian branded memang tak, cap ayam je gua taram.
Asal benda tu berguna, elok je.
Takpe lah, kau nak berlagak tang tu taram lah.

[mak gua nak kejar dengan parang kalau gua kapel masa sekolah...]
*alhamdulillah, kalau tak, gua sekarang dah ada 3-4 orang Ex-es*
kahkahkah


Satu je gua.
Jangan nak berlagak pandai sangat lar kan.
Gua bukan nak mematikan angan tak bagi buat kenduri kesyukuran kalau dapat 25 A+ SPM, 8/9 A PMR.

Buat lar, benda baik. Gua dulu PMR dapat B Pendidikan Islam.
Sebab gua derhaka dengan ustazah dulu kot, nakal sangat, tak rajin.


Jangan berlagak lar dik.
Kalau setakat baru lepas UPSR, PMR, SPM walau dik dapat pukul empat rata (4.0) sebelum masuk Uni.
Gua dah rasa semua tu. Memang tak banyak makan garam macam "Orang" kat atas.
Tapi, gua nak pesan.
Kita nak belajar, kita pergi mana-mana,
gua harap, ingat lar,
Kita datang sini nak cari ilmu,
gua dah tinggal sejarah kecemerlangan kat zaman sekolah dulu.

Bermula dengan kosong

Tapi bukan gua bermaksud kau mula buduh-buduh macam budak darjah satu.
Rendahkan lah diri, Be Humble.
Kita nak belajar sesuatu yang kita tak arif, tak ahli, tak pakar dalam tu.
Terima sahaja, tapi jangan bulat-bulat..
Sebab Allah kurnia akal suruh kau fikir, 
bukan telan je yang orang sumbat.

Dan, kalau pom kau cemerlang.
Jangan mengada nak mintak macam-macam dengan mak bapak.
Kesian mereka. Kalau mampu takpa,
ni bapak pergi kerja pakai motor ja,
anak mintak kereta bila skor SPM.
Bertimbang rasa lah.

Kadang, benda yang kita dapat dengan usaha sendiri, kita lebih jaga, nikmat tu lebih rasa.
Erkk..Gua sayang mak bapak gua. :D

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Ustaz Azhar Idrus cakap, kalau lu pandai sampai PHD sekalipom, nak urus jenazah mak bapak tak reti, lu tak pandai owh..
*ayat gua jer ber'Lu' bagai, Ustaz tak..*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

3 comments:

a.samad jaafar said...
December 27, 2011 at 11:22 PM

n3 yang bagus ! saya pulak terpaksa berperang dgn sikap rendah diri saya ini..

saya sentiasa ingat pesan arwah mak saya.. kita hanya orang biasa.. org tak pandang dgn pangkat dan harta kamu.. bersikap baiklah dgn siapa juga.. hatta pada orang yang gila dan pengemis.. moga terus jadi pegangan hidup saya..

[Reply to comment]
megat isa said...
January 3, 2012 at 3:07 PM

'berlagak' akan ada kat orang yang tak sedar dia pijak bumi yang sama dengan orang lain ahahaha. memalukan.

[Reply to comment]
megat isa said...
January 3, 2012 at 3:07 PM

'berlagak' akan ada kat orang yang tak sedar dia pijak bumi yang sama dengan orang lain ahahaha. memalukan.

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.