The Other Side

Kucing Nyanyuk..!

Assalamualaikum w.b.t..

Siapa kata kucing tak nyanyuk?
Mesti kamu tak pernah ada pengalaman dengan kucing warga emas

Kucing aku nama Mia Zara
*aku rasa sempena nama drama kat TV3 dulu*

Kami panggil dia Mia jer
Asalnya kucing mak sedara aku kat Terengganu
Masa aku umur 14 tahun Su dah bela

Terlalu subur aka terlalu miang pom masalah jugak
Akhirnya Su aku serah Mia kat Ma aku
Bawa balik kelantan

Lalu beranak pinaklah Mia dengan jayanya kat umah
Kucing Parsi, kampung semua dia sebat asal boleh berjantan..
Ada anak bulu lebat, bulu separa lebat atau bulu kucing kampung

Sejarah pengenalan Mia dah selesai

[kucing ker hamster..?]

Kalau kira umur Mia dalam 7-8 tahun jugak lar
Banding dengan jangka hayat manusia agaknya memang 40-50-an dah aku rasa kategori..

Nyanyuk?
Mia nyanyuk nampak macam kejam jer bila aku cakap
Tapi,
Dulu dia pandai membuang dalam tandas, 
Siap dalam lubang lagi.
Sekarang dah makin tua kadang semua dia bedal
Karpet, tikar, lantai secukup rasa
Tak tahan tang karpet lar, bau melekattt owh!

Ker krisis pertengahan umur
Sebab simptom masalah lupa ingatan dia tu sesuka hati jer

Macam orang ada dementia, cabang penyakit alzeihmer,
Prone to forget new things and tend to remember old stories.

Mia oh Mia,
Kalau kucing aku tu aku letak penyakit
Adementia boleh ?
Hahaha

Sorry Mia.. :D

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Ingatan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku kesian bila tengok Mia mengandung tua-tua..osteoporosis adakah?

Heh, siapa nak Ayat balik ???

7 comments:

cik azeya said...
May 28, 2011 at 8:48 PM

LOL. tak suke kucinglah cik ya. tak tahu kenape. haha.

err tapi kucing dalam gambar tu comel. :)

[Reply to comment]
Anonymous said...
May 31, 2011 at 11:33 AM

haha.... ikat la rahim dia ;-D hihi

[Reply to comment]
Encik MamaT said...
May 31, 2011 at 1:00 PM

cikya.. dia punya otot kat montot tu dah tak kuat untuk kemut... hehehe

[Reply to comment]
Raji and Yeen said...
June 5, 2011 at 2:51 PM

hahaha sian2 kena byk bersabar ni kalau kucing dh nyanyuk kan? xD

[Reply to comment]
Cikya said...
June 13, 2011 at 4:16 AM

Cik Azeya,

lain orang lain citarasa, ada kes fobia dengan kucing ka ? :)

Sarah,

datang lar umah,
berlambakk kucing Ma bela..

Cantekk,

kesian lar kalau ikat rahim dia.
tapi nanti dia beranak anak comel-comel jugak.
lepas tu ada lar yang dah cop-cop..
hadoi~

[Reply to comment]
Cikya said...
June 13, 2011 at 4:21 AM

Armouris,

dementia salah satu cabang Alzeihmer kan.. :)
sejenis nyanyuk..

Encik Mamat,

apa ni, otot kuat segala..
entah lah, naluri kucing, manusia takkan faham..
tapi ada kucing yang memang jaga betul-betul anak sampai besar,
baru nak mengawan balik..
tapi jarang jugak, sebab kucing jantan gatal kan..
hahaha :DD

Raji and Yeen,

sabar tu, sabar jugak.
kalau mereka terkurung dalam rumah,
balik nanti ada lar 'perfume' free..
kucing pom macam manusia jugak...
macam bulan, dari anak bulan, sabit, ke bulan penuh, balik ke anak bulan semula.
balik macam perangai masa kecik kan.. :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.