The Other Side

Tak Bajet Glamour Pom...

...

Heh!
Nama je nak masuk 3 tahun duduk satu kolej,
Orang bukannya kenal sangat pom.
Kalau perempuan boleh tahan lagi,
Yang aktif masuk program,
Selalu nampak muka,
Yang jarang nampak,
Sekali mereka pindah kolej luar,
Terus kurang kenal..

Yang lelaki lagi lar,
Berdasarkan graf taburan normal..
Yang aku kenal mesti ada rare factor..
Samada terlalu baik, ataupom,
Sampai kat telinga gosip-gosip liar pasal mereka..
Kenal muka je lah..
Yang berada kat mean section tu agak ramai,
Maka, tak berapa kenal lah.


[sem ni baru belajar statistik...]




Ignorance---> Ignorant.
Yeah, seronok jugak...
Bawak perangai dari zaman matrik..
Jalan pecut laju-laju,
Tak toleh kiri kanan...
Dan kejadian di atas pom berlaku.
Sebab tu bila member matrik buat sesi mengimbau kenangan,
Aku jadi blur,
Bukannya kenal pom.

Cerita,
Pagi tadi dah sampai hujung tangga baru perasan,
Aisey, aku tak pakai spek..
Patah balik bilik hujung koridor.
Genggam dalam tangan, mata rabun fokus beratur tunggu bas..
Yeah..
Rabun.
Salah satu faktor jadi ignorant.
Biar lah..
Asal bahagia...

Kisahnya,
Ada member pernah pesan,
Tiap kali kau nak sauk spek tu..
Niat lar,
"Hari ni aku nak tengok benda yang elok-elok je.."
Kira tak nak buat maksiat mata..
InsyaAllah okay.
Takde lar ter'usha' anak orang!
Kahkahkah...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mata Jangan Rosak

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: setakat turun kafe, tak rajin lah nak pakai spek, tibi pom takdakk nak tengok..
cuci mata baik tak payah.. ^___^
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Hidup Tak Nak Ikut Peraturan...

Assalamualaikum w.b.t...

Mula-mula...
Selepas pura-pura sibuk tak update blog..
Betul, sibuk lar jugak awal-awal sem ni..
Dulu tak macam ni pom.

Kedua,
Nak cakap aku suka sastera, kalau A. Samad Said dan Faisal Tehrani dan karya siapa pom aku baca asalkan kena jiwa...
Jiwa sastera, biarpom kena baca berulang kali..
*kalau tekun baca buku + nota kuliah tentu skor A*
T___T

Ketiga,
Kisah, aku selalu jumpa..
Orang selalu cakap,
:: Tiada paksaan dalam Islam ::
Jenuh jugak nampak orang duk share pasal ayat tu ditujukan untuk orang bukan muslim kalau nak masuk Islam..
Tapi, macam biasa,
Orang selalu takat baca tajuk, read more ker, see more ker..
Jeling sebelah mata.
Yeah, dah nama muslim,
Rules and regulations memang ada..
For our own sake jugak kan..

Dan...
Quote yang asal dari macam aku tak pasti..
Tapi pernah merasuk jiwa muda dulu sampai kena sound dengan pak guard...
---
Rules are made to be broken
---
Hanya sesuai untuk main masak-masak..
Try and error.
Pengalaman kena tipu dengan buku resepi ni dah banyak kali..
Tak percaya?
Cuba lar buat biskut atau kek ikut resepi buku step by step..
Mujur benar lah kalau menjadi.
Kadang kena tambah tepung lar, mentega lar, telur lar..
Kalau tak, lembik, tak masak, terlebih cair, pecah-pecah, tawar bla-bla-bla
Resepi turun dari tukang masak yang insyaAllah menjadi..

Ma cakap,
Buku resepi sekarang tak macam dulu,
Kalau dulu ikut dia punya steps memang insyaAllah menjadi,
Ye lah, kalau kongsi semua bahan ker cara masak ker,
Nanti takde pulak yang nak belajar masak,
Semua dah pandai..
Rahsia terbongkar!

Dan aku,
Kalau masak, memang tak suka ikut resepi..
Hahaha
Main campak bahan asalkan menjadi...
Setakat ni okay lagi
Alhamdulillah...
Nak mengarut pom kat dapur lah,
Ye, tempat nak buat peraturan sendiri hanya bila datang masa untuk memasak...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sebenarnya, berkenan jugak nak cari chef pastry yang pandai sastera buat calon.
okeh, mengarut je..! :P
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Antara Tunang Tak Jadi dan First Crush.

Amaran:

Do not drink caffeine based drink after 4 p.m,
and you'll end up blogging at this hour..
T__T

Dah siap baca 3 Qul + ayat Qursi + mengucap..
Tutup mata...akhirnya bangun bukak laptop..
Sebab otak menerawang sangat lah jauh.
Harap omongan malam berfaedah.

Review drama korea Dream High,
Go Hye Mi pilih, Sam Dong, bukan Jin Guk.
Buat aku teringat nasihat member sebelah bilik dulu.

Dia,
Kau pilih je yang dekat, selalu ada dengan kau,
Mudah nak cari bila ada apa-apa.
Dia jauh sangat, lagi pom susah nak contact kan?
Jumpa pom tak pernah...

Macam tu lah lebih kurang...
Aku senyum je.
Fikir logik.
Tapi tak senang,
Heh, senang je lah...
Aku Berhati Besar

Batuk-batuk-batuk...
Temporary Feeling

Entah lah.
Muda..yeah.masih muda..
Jalan pom masih panjang untuk diredah.

Tunang tak jadi kenapa?
Sebab...
Masih terlalu awal...

First Crush?
Biar kan je lah..
Iklan yang datang hanya untuk membungakan jiwa sebentar..
Dah nama pom crush kan.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jiwa
:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: esok nak call tunang tak jadi, ada kisah nak diceritakan... kahkahkah
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Lelaki Pelik di Berjaya Time Square

Assalamualaikum w.b.t...

Semalam, keluar dengan geng,
9 orang, sambut besday secara besaran dan gumpalan semua orang,
Sepanjang dua semester akan datang...

Aku dengan member cepat-cepat tunggu lif nak naik tingkat 7,
Solat zohor, 
Tunggu lif TS ni sikit punya lah lembab.

Tiba-tiba ada sorang laki ni tanya nak naik tingkat berapa,
Aku buat tak tahu malas nak layan, 
Member aku pulak berbalas kata,
Dia nak naik tingkat 10,
Dia duk tanya belajar kat mana,
Siap tersasul cakap kampung pandan tu kampung baru bla-bla-bla..
Aku masih buat tak tahu..

Akhirnya,
Dia tawarkan no telefon dia kalau nak contact-contact,
Nak belanja makan.
*dah masuk lif*
Member aku pom ambik lar no dia,
...
Tingg!
Sampai tingkat 7, terus keluar nak lari dari dia,
Tengok kau dia siap keluar lif,
Mintak no telefon kami.
Sebab dah pukul 1 lebih, 
Nak kejar makan lagi, wayang kul 2.20..
Bagi je, lepas tu tinggal dia..

Tengah tengok Raya Tak Jadi,
Sampai mesej..

Manis betul senyuman awk td.sampai nak wat keje ni pun terbayang lg pd awak berdua.mcm ni la gadis yg sy ingin jumpa dlm hidup sy

Rasa nak muntah selepas baca..
Ciss...!
Ikut suka kau lah nak terbayang apo,
Goodbye freak..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Maklumat Diri 'Freaks' Merata

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku jeling kat tag nama dia...
Sport TOTO Service mende entah.. Ayoyo T__T

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Balik Nanti Pinanglah Saya...

...

Kisah keduniaan...

Sebelum tidur saya tuju lagu kat awak,

You Got Me by Colbie Caillat
What If by Colbie Caillat

...

Tapi kalau tiba-tiba,
Ma awak pinangkan awak orang lain.
Lepas saya tuju lagu,

Liar Liar by Christina Grimmie

Saya tuju santau pulak eh?
Ubat guna-guna ker..
kahkahkah

Dasar perempuan terdesak.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Habluminannas...

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: esok nanti aku sambung kisah yang terkumpul setakat ni.. :)
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.