Sesungguhnya menjadi jantan dan lelaki itu berbeza...
Anak jantan:
- Hanya bangun apabila dikejutkan sampai nak runtuh pintu bilik
- Sambung membuta selepas sahur sampai tengahari
- Cuci mata dengan semak di kawasan rumah
- Menanti ajaib baju kotor bertukar menjadi lipatan bersih dalam almari
- Hanya tahu guna tapi tak pernah basuh kereta au motor
- Pulang bila azan maghrib dalam 5-10 minit sahaja lagi
Anak lelaki:
- Tolong kejut ahli keluarga selepas solat Tahajud
- Pergi jemaah Subuh kat surau dan sambung tadarus bila balik
- Upah orang au potong sendiri rumput depan rumah
- Rajin buat 'laundry' dan kemas bilik
- Teman mak pergi pasar au bazar dan tempat berkaitan
- Tolong buat air sekurang untuk berbuka
Anak perempuan:
- Kena bangun tolong memasak sahur
Realiti anak jantan macam tu ke tak aku tak pasti,
Sebab abang aku memang suka menyemak kat dapur,
Walaupun tak reti nak tolong apa-apa sebab dia budak istimewa,
Kalau boleh memang dia nak tolong,
Rajin basuh kereta, kemas rumah, tolong jemur kain...
Kalau budak istimewa ada naluri macam tu, suka tolong orang,
Kita yang normal,
Ada rasa malas lagi....
Yang nyata setan dah kena tambat pom macam kena hempap pokok lepas sahur.
Ada rasa malu tak?
*aku termalu kalau terjadi anak jantan tiba-tiba*
Huu~
Apa-apa...
Petua nak bagi ada mood untuk memasak bila sahur,
Kena bangun awal sikit,
Malam sebelum dah plan nak masak apo.
Kalau gopoh-gopoh memang rasa nak minum susu jer,
Lepas tu guling-guling lapar walau Asar belum lagi.
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai Bulan Puasa
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: hantu yang orang bela macam hantu raya tu kena tambat tak bulan puasa?
21 comments:
rasanya anak jantan memang camtu.. adik kat umah pn memang camtu. grrr...
4 kali kejut pagi baru bangun sahur..
tiba2 rs mcm anak jantan pulak diri ni..
aiyooo...
T___T
anak jantan memang camtu ! setujuuu . huhuhu
aku anak jantan,tapi perangai aku macam lelaki. eh, boleh ka itu macam?
he he he...
memang kebanyakan anak lelaki macam tue lah..
sya anak mak..!!heheh
btw blog kamu comey cam kamu juga..hehe
xyz4mir.blogspot.com
cikya!!
mkn dalam! wpn entry ni lebih kepada lelaki, tapi wa insaf tiba2..
dh set jam nk bgun tlg sediakan sahur
er..apasal aku rasa aku macam jadi anak jantan tu. uhukss.. :(
selamat berpuasa. belum ambat nak cakap kan.heee :)
alamak ada gabungan kedua-duanya camne erk hehe
kenapa anak perempuan just kena masak sahur je?
errr....awok macam ade dalam 2 - 2 kategori tu...... tapi kalo bulih lebih pade yang lelaki le..... hehehe
haha yg no 4 tu
"Menanti ajaib baju kotor bertukar menjadi lipatan bersih dalam almari"
jangan kata anak jantan, nih mak budak pun ada impian camtu setiap hari :P
anak betina takde ke?
salam ziarah mingguan .. !!
jemput laa datang lepak selalu yer ..
jemput baca n komen entry luahan hati Ajeyy Rawk ni .. hehe :
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/exam-pmr-penting-juga-sebenarnya-dalam.html
pergh. tak tengok adik saye lagi. berlingkar
dill.
jantan ke lelaki??? nak cover dua2 sekali tak boleh ke..?
choyyyy.....makan dalam entri ni...^^
hahaha..apik jantan gak..kadang2 jer gitu..hahaha
cikya.. ko kategori mana satu ni.. hahahaha.... cikya.. masak siap2 malam. bangun pagi panaskan je.. hahaha.. senang
When will you post again ? Been looking forward to this !
agak makan dalam kat situ.. tapi takpe time ngan ati terbuke je ^___^
Post a Comment