The Other Side

Edisi Gua | Gua Ada Pakwe

Assalamualaikum w.b.t...

Entah kenapa dalam seminggu ni gua asyik nak cakap guna 'gua' jer.
Konon brader-brader..
Mesej dengan member gua pakai 'gua',
Tapi dia tak layan, pergi baham 'aku' jugak..
Baru rasa nak macho sikit-sikit.

Gua ada pakwe.
Percaya lah..
Tengok lar kat side bar blog gua,
Kan ada empatpuluhempat keping gambar beliau
Sampai lenguh tangan nak scroll down.
Gua faham, gua sengaja letak gambar beliau banyak-banyak..
--- Gua kan ada pakwe ---

Eh, kalau malas nak scroll down,
Header gua pom ada letak gambar beliau..
Pakai spek mata frameless.
Gua beli takde power, sebab gua suka pakwe gua pakai spek,
Kita jadi nerd sama-sama..
*padahal dalam angan gua lelaki pakai spek frameless macho*

Sumber
[pakwe gua pakai goggle pom macho]

Jangan buat-buat tak perasan,
Cuba belek entry gua yang dulu-dulu..
Setiap penghujung entry gua akan letak gambar gua dengan dia..
Pose apo lagi
Muncung itik lar, beliak mata sikit, sudut dalam 15-30 darjah dari kamera
*baik kan gua kongsi tip menggedik*
Takpe,
Pakwe gua suka gua gedik-gedik.

Hobi gua yang paling seronok,
Menghitung hari lar,
Sekarang dah 3 minggu 3 hari gua berchenta dengan pakwe gua
Jadi kalau nak tengok entry yang lama-lama,
Ada kisah gua dengan pakwe gua,
Dari tarikh 3 minggu 3 hari lepas lar..

Jangan lupa baca entry gua macam mana gua boleh berchenta dengan pakwe gua.
Tak payah susah-susah cari.
On top, popular entry..
Gua bukan nak riak..
Dah orang suka baca...
Kronologi gua dah susun dari minit pertama gua sebut nama dia
Otak kena super
Gua kan ada pakwe..

Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan

:: Salam Satu Aqidah! ::

Sumber
[mata pakwe gua ada awning macam human torch]
Heh, siapa nak Ayat balik ???

6 comments:

..cik gugu.. said...
August 22, 2011 at 2:18 AM

hahah cikya sengal.

*entry mkn dlm nih ;)

[Reply to comment]
Cikya said...
August 22, 2011 at 3:35 AM

Gugu,

sekarang gua dah pandai gelak gedik,
pakwe ajar..
ekekeke :D

[Reply to comment]
missSenget said...
August 23, 2011 at 6:36 PM

hahaha...


cikya..

nak pakwe jugak~ nk letak kt blog..nk cerita..

[Reply to comment]
kay_are said...
August 26, 2011 at 3:59 PM

ironi ke betul2.. tu yang gua tak faham tu..

[Reply to comment]
Cikya said...
August 26, 2011 at 4:37 PM

Senget,

haha...ambik lar human torch ni..
kita share..
boleh gebang banyak2 kat blog.. :P

Kay_are,

memain je lah...
header pom takdakk..
haha ^^ :D

[Reply to comment]
Kumiko said...
September 16, 2011 at 10:49 PM

terbaiklah entry ni cikya...meh kte gelak gedik sama2. ekekeke...:p

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.