Assalamualaikum w.b.t.
Mula-mula memang gua ingat bulan puasa orang dah tak main kerja bomoh-bomoh ni.
Tuju hantu belaan kau kat orang.
Memang celaka betul.
Apa yang kau dengki sangat hah?
Rezki Allah dah tetapkan,
Boleh doa, boleh usaha...
Yang kau tak puas hati pergi main santau tuju hantu
Bagi orang sakit, kau bahagia?
Bangun pagi tengok kereta kena tabur dengan pasir,
Depan rumah gua kau letak batu yang dah dijampi-jampi,
Kau letak barang dalam kelapa depan rumah gua.
Memang gua hangin.
Yang sakit mak gua, abang gua..
Kakak gua pom kau nak kacau laki bini.
Celaka sungguh.
Dendam kau habis bila family gua merempat hidup sesak,
Tak pom kau tunggu family gua mati kan?
Biar susah anak beranak.
Tak pasal-pasal gua,
Pagi-pagi mandikan kereta.
Kacak tau berbaju kelawar siram kereta tepi pagar..
Karma oh karma.
Masa sekarang kau main bomoh-bomohkan orang,
Nanti bila sampai waktu family kau kena,
Kalau gua ada lagi, nak tepuk tangan depan muka.
Nak tuju balik kat kau,
Bagi kita menderita sama-sama,
Boleh sangat,
Tapi gua, family gua anak beranak tak nak tanggung dosa SYIRIK.
Dosa BESAR tu.
Dasar manusia otak picisan...
Nafsu dengki ke longkang.
Sekian,
Hari ni kita belajar cara menggunakan perkataan celaka.
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Tindakan
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: manusia...manusia...kecik-kecik tak mahu mati, besar menyusahkan orang. Iskk..