Ciri-ciri insan munafik;
Mungkir janji.
Setiap bulan munafik.
Gagal lunas janji dengan diri sendiri.
Usahkan tunai janji, janji apa sudah lupa.
Tengah moral breakdown. Sungguh-sungguh hancur.
Tak tipu.
Yang selalu ditipu diri sendiri sahaja.
Walau kadang ada 'white lies' yang terberitahu manusia lain,
berdosa dengan Tuhan lagi mudah, bukan?
Jika dosa dengan manusia gara-gara 'white lies' tadi,
sudah sampai masa aku tulis surat amanat a la wasiat.
Surat minta ampun atas kesalahan penipuan yang pernah aku sengaja lakukan.
Sengaja berdosa?
Aku salahkan nafsu dan syaitan. Waktu tu aku dah mati, buat apa nak salahkan diri sendiri lagi.
Tunggu kena tibai dengan malaikat sahaja, atau kena celur dalam api neraka.
Nauzubillah.
Moral breakdown, cukuplah.
Mental breakdown? Setakat tekanan daripada manusia tak cukup besar kuasa mereka nak jatuhkan aku sampai gila.
Kah!
Tak gila,
menangis macam orang gila sahaja.
Menangis. Kerja buat yang paling aku benci,
jika dan hanya jika yang termengalir air mata itu, aku.
Orang lain nak menangis, tak apa.
Nak pinjam bahu boleh, nak tolong hulur tisu 2 gulung boleh,
'a shoulder to cry on' versi aku datang berpakej tisu 2 gulung dan tong sampah di tepi kaki.
Habis tisu, tunggu sekejap aku lari ambil balang kaca legap,
nak tadah air mata yang tumpah tadi.
Manis? Manis apa nya, tapi cuba untuk selalu ada. Di tiap jatuh bangun manusia.
Berbalik kepada mungkir janji.
Janji tak nak menangis sebab manusia, sebab orang buat.
Sedangkan masa arwah koma seminggu aku tak menangis,
atau sekurangnya aku tak menangis depan manusia.
Hahha, menangis depan kucing.
Kesian Yaya, terpaksa hadap aku menangis seorang-seorang.
Bila Yaya mati, masih mencari calon kucing mana bakal ganti tempat Yaya, masih tak jumpa.
Boleh lah, kau datang nak tenangkan hati aku dengan berkata,
Dah lama tahu, dah lama tahu jasad tu kosong, mati lagi lemah.
Tapi...
Tapi,
Tuhan ambil pergi insan yang aku sayang, tak pernah aku salahkan Dia.
Itu kan takdir, aku redha, ajal maut tak boleh elak, tak mampu nak lari.
Tak minta pun dia pergi awal, tak pernah harap dia hilang, nak selamanya dia ada sampai aku puas dengar bebel celoteh dia.
Tak boleh? Iya, sekarang bunyi macam tak redha, kan?
Bagilah peluang, aku manusia. Bukan malaikat tak berperasaan.
- Apabila berjanji, ia mungkir.
- Apabila diberi amanah, dia khianat.
- Apabila berantam, ia melampaui batas.
Mungkir janji.
Setiap bulan munafik.
Gagal lunas janji dengan diri sendiri.
Usahkan tunai janji, janji apa sudah lupa.
Tengah moral breakdown. Sungguh-sungguh hancur.
Tak tipu.
Yang selalu ditipu diri sendiri sahaja.
Walau kadang ada 'white lies' yang terberitahu manusia lain,
hanya untuk menyatakan yang, "Aku OKAY, jangan bimbang boleh tak?"'White lies', dosa dengan Tuhan atau manusia aku masih fikir,
berdosa dengan Tuhan lagi mudah, bukan?
Jika dosa dengan manusia gara-gara 'white lies' tadi,
sudah sampai masa aku tulis surat amanat a la wasiat.
Surat minta ampun atas kesalahan penipuan yang pernah aku sengaja lakukan.
Sengaja berdosa?
Aku salahkan nafsu dan syaitan. Waktu tu aku dah mati, buat apa nak salahkan diri sendiri lagi.
Tunggu kena tibai dengan malaikat sahaja, atau kena celur dalam api neraka.
Nauzubillah.
Moral breakdown, cukuplah.
Mental breakdown? Setakat tekanan daripada manusia tak cukup besar kuasa mereka nak jatuhkan aku sampai gila.
Kah!
Tak gila,
menangis macam orang gila sahaja.
Menangis. Kerja buat yang paling aku benci,
jika dan hanya jika yang termengalir air mata itu, aku.
Orang lain nak menangis, tak apa.
Nak pinjam bahu boleh, nak tolong hulur tisu 2 gulung boleh,
'a shoulder to cry on' versi aku datang berpakej tisu 2 gulung dan tong sampah di tepi kaki.
Habis tisu, tunggu sekejap aku lari ambil balang kaca legap,
nak tadah air mata yang tumpah tadi.
Manis? Manis apa nya, tapi cuba untuk selalu ada. Di tiap jatuh bangun manusia.
Berbalik kepada mungkir janji.
Janji tak nak menangis sebab manusia, sebab orang buat.
Sedangkan masa arwah koma seminggu aku tak menangis,
atau sekurangnya aku tak menangis depan manusia.
Hahha, menangis depan kucing.
Kesian Yaya, terpaksa hadap aku menangis seorang-seorang.
Bila Yaya mati, masih mencari calon kucing mana bakal ganti tempat Yaya, masih tak jumpa.
Boleh lah, kau datang nak tenangkan hati aku dengan berkata,
"Ya, dugaan datang dalam bentuk manusia tu dari Tuhan jugak, Ya."
"Kau tak nampak ke Ya?"
"Dalam gerak laku manusia, roh tu, perbuatan Tuhan."
Dah lama tahu, dah lama tahu jasad tu kosong, mati lagi lemah.
Tapi...
"Tapi apa Ya? Kau nak tipu siapa tak nak menangis sebab manusia?"
"Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita kembali."
Tapi,
Tuhan ambil pergi insan yang aku sayang, tak pernah aku salahkan Dia.
Itu kan takdir, aku redha, ajal maut tak boleh elak, tak mampu nak lari.
"Tapi apa, Ya?"Tapi kenapa manusia nak letak salah letak dia pergi atas aku?
Tak minta pun dia pergi awal, tak pernah harap dia hilang, nak selamanya dia ada sampai aku puas dengar bebel celoteh dia.
Tak boleh? Iya, sekarang bunyi macam tak redha, kan?
Bagilah peluang, aku manusia. Bukan malaikat tak berperasaan.
0 comments:
Post a Comment