The Other Side

Hantaran Yang Tak Munasabah | Kopi Segera

Assalamualaikum w.b.t.

Can I just write this entry, like ranting to a stupid diary?
Heh?

Iye, semua gara-gara Iklan Power Root kat tibi dua malam lepas,
saat kebuluran mencari makanan pukul 9.30 malam.

Zaibo dan ada seorang pelakon wanita veteran kemain duk 'promote' Kopi segera cap Power Root.
Siap buat hantaran?
Kat otak terus cakap,
"Apakah???"

Heh, perempuan mana yang nak hantaran kopi cap Power Root?
Cuba angkat tangan, nak buat head count!
Kalau dating pom kat StarBucks, ini nak hantaran Kopi segera?

Aku bukan nak kritik iklan Power Root ker apa,
cuma, 
perempuan lagi, kalau tol pihak lelaki bagi kopi segera,
agak-agak kau lepas tak pengantin lelaki?
Wajib tak kan? 
Mahu melayang ratusan bagi yang tak cekik darah sangat...
*heh, tol bukan sunnah nak berbaitul muslim kot*
--- adat sahaja ---
Adat yang membawa larat.

Dari kaca mata seni, mungkin kreatif, mungkin 'catchy',
tapi dari sudut logik, terpaksa tolak.
Jangan ada budak seni datang bahas, seni tak pernah logik sudah...
T_T

Sekurang,
kalau kau letak voucher Supermarket RM300 takpe lagi,
voucher Parkson ker...
Ye lah, terima, bini kau suka minum kopi segera cap Power Root.



Kenapa nak merungut?
Sebab buat aku fikir, mengarutnya hantaran macam tu.
Daripada awak beli kopi segera, baik awak bagi buku sebijik,
Al Quran Tafsir yang tebal ker..
Harga lebih kurang 2-3 paket kopi segera berkapasiti 20 sachet sepaket.
Boleh?

Heh, lupa,
bini dia suka kopi segera.
Aku je yang hantu buku, sampai hantaran pom nak mintak buku.
*facepalm*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perilaku Orang Suka Hukum

:: Salam Satu Aqidah! ::

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Funny You, Funny Me and Mister Grumpy

Assalamualaikum w.b.t.

Disclaimer:

Thee shall interpret "You" to anyone,
and me shall denotes the Mister Grumpy, 
depends on what situation.
A lot of situations.
*sigh*

Funny you, Funny Me, Screw all the Mister Grumpy... =P

Funny you, Funny me. I don't take Hints, but you keep giving. Why?

Funny you, Funny Me. We both say nothing. Screw all Mister grumpy.

Funny you, funny me. We have run out all the screw. Mister Grumpy has escaped.

Funny you, Funny Me. Forget to nail the sarcasm deep in all Mister Grumpy.

Funny you, funny me. Why you believe what gibberish Mister Grumpy spoken?

Funny you, funny me. We might end up marrying different person. Just blame all on Mister Grumpy.

Funny you, Funny me. Is it true that you like me? Gossips from Mister Grumpy.

Funny you, funny me. Mister Grumpy will keep grumpily criticize us. Nail and screw them.

Funny you, funny me. We don't teleport, how are we supposed know what one feels?

Funny you, Funny me. I fall for the complement, while you fall for the brain. Oh, it's me fall for a brain,And you for a look? Mister Grumpy.

Funny you, Funny me. We can't always be there for each other. Mister Grumpy said. I admit, you were not there...

Funny you, Funny me. Do you smile like I do when we talk? Nope? Oh, I was talking to Mister Grumpy, not you...won't be there..

Funny you, Funny me. Our criteria are all contradict. Mister Grumpy suggest to move on.



Funny you, Funny me. I would go for your wedding, even the bride is not me. Mister Grumpy always be there to comfort me?

Funny you, Funny me. Cause I'll just give the best present on your weds, so the memories will rise up till you forget the bride. Mister Grumpy

Funny you, Funny me. Had been tired of waiting. Mister Grumpy said, we don't know the ending.

Funny you, Funny me. I hate you, but I keep coming, then you keep leaving? Mister Grumpy never said farewell...

Funny you, Funny me. I'm a hunter, are you a hunter or a split personality? Mister Grumpy is a hunter too. Interesting enough...

Funny you, funny me. I should really mean when I say I'm leaving and forgetting.

Funny you, Funny me. You deserve the nails and screws more than Mister Grumpy. He's never indecisive...

I'm sorry. It is pretty long.

Second Randomization...

Break the habit. 
Adios~

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Lama | Drama Air Mata

Assalamualaikum w.b.t...

Allah.

Ini semua gara-gara romeo kampung baka jerman.

Buat aku sayu pagi-pagi hari,
buat drama air mata pukul 9.00++ pagi.



Huu, entry Lando buat teringat kat arwah abah.
Buat teringat yang diri ni tak sempat nak berbakti kat abah,
Flashback segala dosa masa rebel dengan abah.
Rindu segala kata semangat dari abah.
Philosophic Abah.
Mahu abah gosok kepala bila rasa nak rebah.

Konon anak ketiga ni kepala api,
mudah memberontak.
*facepalm*
Iye lah, kecik-kecik, tak baligh,
kemampuan akal susah nak cerap kenapa orang tua duk larang,
"Jangan buat buat tu."
"Jangan buat ni."
Tak erti sebab mereka larang, orang tua, marah tanda sayang, larang tanda sayang, jentik tanda mengajar budak degil.
kehkehkeh

Kecik dulu, bodoh, sebab tak faham, 
Jahil sebab tak tahu mereka sayang...
Nakal, sebab sejak azali macam tu..
T__T

Last, arwah happy sangat,
bila aku wish Selamat Hari Bapa kat beliau tengah-tengah malam.
2 bulan sebelum arwah pergi tiba-tiba.
Arwah gembira sebab budak nakal ni ingat kat dia,
walau wish sahaja.

Ye, nak beli hadiah, tak mampu, hidup pom dengan elaun 'Ihsan' KPTM 2500 satu sem,
cukup-cukup makan.
Tapi, orang tua ni, mereka tak mintak pom hadiah ker apa,
cukup sekadar kita ingat mereka, 
telefon tanya khabar cakap 2-3 minit pom dah bahagia...
Mudah definisi gembira mereka...
Sekolah dulu, kumpul duit,
beli buku tulis nota kecik tak sampai seringgit,
tapi arwah duk kilik tanda harga hadiah anak, biar tak seberapa.
Nak beli pen? tak mampu,
arwah guna fountain pen...

Sekarang?
Teringat kat arwah, air mata mesti menitis.
Mampu kirim doa je,
Allah cakap doa anak soleh ni sampai,
tapi soleh tak solehah, belakang kira,
harap perilaku kat dunia ni, tak siksa arwah kat sana.
Sedekah bagi pihak abah.
*the philosphic generous Abah*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga IbuBapa Jangan Derhaka Jauh Berkat Dunia

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: bangga bila member abah tegur, muka nak sama macam arwah... dah genetik campur, sama kut mana tak tahu lar...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Ego Tanda Sayang

Assalamualaikum w.b.t...

video

Gua ni jenis payah nak cakap cinta,
rasa lah kan,
tak pernah lagi mengaku duk tangkap cinta dengan sesiapa.
habis banyak, habis parah,
gua cakap gua suka sahaja.
Titik.

Sebab gua ego,
buat apa mengaku cinta kat ajnabi, yang belum tentu kahwin dengan gua,
simpan nanti nak cakap lepas kahwin.
Kahkah.

Tapi kalau cakap,
"I Love You" tu,
nak bisul boleh kat mulut,
sebab tiap kali telefon Ma, ending gua cakap macam tu...

Buat apa cakap "I Love You"
kat orang yang belum tentu balas,
"I Love You Too"
Ultimate friendzone trick,
gua balas,
"Thank you!"
--- the confession session shall end---

Tapi,
satu je, kalau gua cakap gua sayang kat siapa-siapa,
lebih baik ambik serius,
sayang gua mahal tahu,
payah nak mengaku...

Gua sayang, insyaAllah gua jaga,
tak nak maju sama-sama, tak nak orang yang gua sayang,
hanyut lagha dengan nikmat dunia.

Dulu zaman sekolah, 
gua menangis, kenapa budak yang jadi tablemate gua,
tak berapa excel or se-excel dengan gua.
Tak nak pandai sorang-sorang.
Sedih kot!

Buat otak jalan fikir banyak-banyak sampai,
kedekut ilmu ker?
tak tolong ajar dia ker?
Allah.
Terkedu gua...
T__T

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Sahabat Dunia Akhirat Kesayangan Gua

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: gua memang ego bab perasaan ni, beruntung siapa dapat dengar gua cakap sayang kat dia.
ekekeke ;D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Saya | Baik? Soleh? Solehah? dan Kahwin

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak pandai, tak ahli, thaqafah (kefahaman) saya tak terbanding dengan orang lain.
Saya tulis apa yang saya tahu,
harap tak sebar ilmu palsu.

Saya bagi link,

sebab tak rajin nak tulis balik.
Untuk TuahMohdBakheet.

Maaf pinjam Entry.. :)

Kerana diri ini,
Allah duk panggil Insan,
penuh dengan kelemahan,
Tak maksum, kalau salah, mohon perbetulkan.

[treat every knowledge like this!]


Saya susun ayat serendah diri mungkin,
harap tak takabbur dalam mencari ilmu,
nak ujub jauh lagi.
Nauzubillah.

Ujub? Nama glamour syok sendiri...
:)

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Iman Jangan Gadai!

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: bak kata Ustaz Azhar Idrus, kita kena ketuk kuat-kuat, baru jadi besi karat cantik.

Kalau saya tertegur sampai menusuk jiwa, saya sayang awak...
Kita sama-sama masuk syurga... ;)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Saya | Sayang Yang Tak Terucap

Assalamualaikum w.b.t.

Background music:
Rayuan Nurani by Saffone.

Sayang.
Bukan Cinta.
Semua boleh sayang, tapi tak semua boleh cinta.

Dan berbeza apabila dikhabarkan tentang penyakit wahan.
Cintakan DUNIA dan Takutkan MATI.
Allah.
Kenapa cintakan DUNIA, sedangkan dunia itu sementara, fana, tak kekal.
Perbandingan Indah nikmat dunia dan Akhirat yang kekal itu jauh berlipat ganda.
Allah sahaja Tahu.
Wallahu'alam.

Topik.

Iya.
Saya sayang sahabat saya.
Kalau pom tak pernah terluah kat bibir ni,
saya lafaz saya sayangkan awak.

Kalau pom awak cakap awak sayang saya,
Gembira.
Tapi hati awak Allah tahu.
Ikhlas itu Allah tahu. Lafaz sayang awak, awak jugak tahu ada erti atau tidak.
Sekadar menjaga hati cuma.
Kerana hati itu Allah pegang.

Gebang cerita hati,
agaknya sampai mati tak selesai mungkin.
Kerana hati Allah yang pegang,
saya takut.
Takut awak lalai, takut diri hina ini hanyut.
hati insan yang ada 'expired date' ini selalu berbolak balik.

Cuma satu.
Bila saya cakap saya sayangkan awak.
Andai tak pernah jumpa, 
walau dah 10 tahun terpisah,
awak tak pernah datang rumah saya biar pom kita jiran.
Saya erti apa yang saya cakap.
InsyaAllah.



Sayang ukhuwah muslim.
Sekurang, kirim lah doa, 
semoga Allah kuatkan Iman, Istiqamah mencari RedhaNYA.

Dan,
kerana hati kita Allah yang pegang.
Saya harap,
awak jumpa jodoh,
yang hati dia Allah pegang juga.
yang tiap denyut jantung telus menyebut nama Ilahi.
Acap kali melihat dia, kita teringat mati.
Itu sahabat sejati, baru kena nak sebut...

Ukhuwah fIllah abadan abada

Saya malu, andai saya lafaz tanpa maksud.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati Minta Allah Kuatkan.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: kalau pom diri lalai, iman diri tengah bergolak lawan hawa nafsu.
khilaf diri tegur lah sahabat... :) 

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.