The Other Side

Edisi Lama | Drama Air Mata

Assalamualaikum w.b.t...

Allah.

Ini semua gara-gara romeo kampung baka jerman.

Buat aku sayu pagi-pagi hari,
buat drama air mata pukul 9.00++ pagi.



Huu, entry Lando buat teringat kat arwah abah.
Buat teringat yang diri ni tak sempat nak berbakti kat abah,
Flashback segala dosa masa rebel dengan abah.
Rindu segala kata semangat dari abah.
Philosophic Abah.
Mahu abah gosok kepala bila rasa nak rebah.

Konon anak ketiga ni kepala api,
mudah memberontak.
*facepalm*
Iye lah, kecik-kecik, tak baligh,
kemampuan akal susah nak cerap kenapa orang tua duk larang,
"Jangan buat buat tu."
"Jangan buat ni."
Tak erti sebab mereka larang, orang tua, marah tanda sayang, larang tanda sayang, jentik tanda mengajar budak degil.
kehkehkeh

Kecik dulu, bodoh, sebab tak faham, 
Jahil sebab tak tahu mereka sayang...
Nakal, sebab sejak azali macam tu..
T__T

Last, arwah happy sangat,
bila aku wish Selamat Hari Bapa kat beliau tengah-tengah malam.
2 bulan sebelum arwah pergi tiba-tiba.
Arwah gembira sebab budak nakal ni ingat kat dia,
walau wish sahaja.

Ye, nak beli hadiah, tak mampu, hidup pom dengan elaun 'Ihsan' KPTM 2500 satu sem,
cukup-cukup makan.
Tapi, orang tua ni, mereka tak mintak pom hadiah ker apa,
cukup sekadar kita ingat mereka, 
telefon tanya khabar cakap 2-3 minit pom dah bahagia...
Mudah definisi gembira mereka...
Sekolah dulu, kumpul duit,
beli buku tulis nota kecik tak sampai seringgit,
tapi arwah duk kilik tanda harga hadiah anak, biar tak seberapa.
Nak beli pen? tak mampu,
arwah guna fountain pen...

Sekarang?
Teringat kat arwah, air mata mesti menitis.
Mampu kirim doa je,
Allah cakap doa anak soleh ni sampai,
tapi soleh tak solehah, belakang kira,
harap perilaku kat dunia ni, tak siksa arwah kat sana.
Sedekah bagi pihak abah.
*the philosphic generous Abah*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga IbuBapa Jangan Derhaka Jauh Berkat Dunia

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: bangga bila member abah tegur, muka nak sama macam arwah... dah genetik campur, sama kut mana tak tahu lar...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

3 comments:

Shila said...
January 7, 2012 at 12:32 PM

takpe..

arwah ayah da cukup bangga ada anak macam cikya..

[Reply to comment]
megat isa said...
January 8, 2012 at 6:18 PM

Allah cakap doa anak soleh ni sampai.. insyaallah moga kita jadi anak soleh solehah.

[Reply to comment]
a.samad jaafar said...
January 10, 2012 at 10:13 AM

saya sayang ayah saya..tu sebab saya selalu tulis ttg ayah saya.. kehilangan emak sudah cukup pedih bagi saya..

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.