Assalamualaikum w.b.t...
Gua...
Nak cakap gua dah pergi kursus kahwin kat PWTC ahad lepas,
pakai blouse dengan jeans, nasib tak sauk sneakers je...
Sampai sana boleh kata, 98% pakai baju kurung, kebaya atau jubah.
Gua dalam hati macam..
"Sumpah kantoi single lagi kan?"
Member gua cakap,
"Dah ada perkataan K.U.R.S.U.S, sebab tu formal kot..."
Nasib lah..
Gua pom tak pakai handbag, sling bag nak cecah lutut ada lah...
Lagi,
"Memang single kan?"
Ceritanya,
Gua pernah dengar ker baca 'quote',
Lelaki kacak bergaya handsome ni biasanya 'taken'...tak pom 'gay'.
Ayat pertama gua dah angguk laju..
Ayat kedua angguk laju-laju lepas tu geleng?
Macam mana?
Ahh..
Ruginya muka kacak tapi dah diambil orang, itu gua tak kisah sangat.
Yang gua kisahkan sangat....Kenapa mesti gay?
*eyes rolling*
Ruginya....
Bukan lah maksud gua, kalau kau tak kacak nak gay ker apo ikut suka...
Cuma...
Ermm...cuma, sayangnya genetik kacak terbazir..
Kehkehkeh...
Kadang gua dengar orang persoalkan, antara Rupa dan Agama, mana kau nak pilih?
Kalau lelaki jawab pilih Agama, gua pasti dia memang tengah berbelah bagi..
Lepas tu ada yang jawab, kepada yang pilih Agama...
"Hipokrit, sebab dengan Rupa tu lah kau akan hidup sepanjang hayat dengan dia, dan Agama boleh dibentuk..."
Mak gua cakap,
"Dah kalau jahat yang memang tak boleh lentur kau nak buat camno? Berapa ramai bini cantik yang nusyuz bla-bla-bla."
Bagi gua, ramai yang tahu dan sepatutnya tahu..
"Hidayah itu milik Allah, kena cari..tak boleh sesenang cakap Hidayah tak sampai lagi."
Gay? Straight tapi tak berapa nak straight sebab tak boleh lentur nafsu? Super straight?
Gua harap, Allah kuatkan iman kita....
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Nafsu wa Selera
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: Pandangan itu menipu....
7 comments:
knapa ramai gila aku tgk wat post pi kusus kawin nih..haruslah aku nak terasa pergi sekali..hahahaa
*sygnya single..hahahaha
untunglah dah nak kahwin...~*kecewa..kehkehkeh.:p
kalau rupa hensem tu gay, normal lagi..
tp muka pecah pun nk gay jugak... eurghh...
rupa x penting.. yg penting bau badan.. eh.. hati..
Cik bulan,
perli kemain nampak..haha. orang hot macam cik bulan memang occupied kan.. :P
Ijat,
Kau salah faham ni...*kononkonon
SZ,
dua-dua penting, bau badan dan hati..
baru nyaman jiwa... :D
koko ? :P
ramai org hensem cute miut tapi gay. aku tgk dorg, aku yg frust! kalau x, boleh ngorat sekor..hahaha
Cik Azeya,
haha, alar..buat cuci mata je Rio..
bukan Koko, he's totally excluded.. :P
Aesya Zealous,
haha, sekor sebab gay?
dapat nanti buat anak ikan ker apo..ekeke
Post a Comment