The Other Side

Mari Bercakap Gaya Warden

Assalamualaikum w.b.t...

Sebelum menerjah lebih lanjut,
mari kita lihat beberapa kategori yang diklasifikasi oleh otak sendiri.

  1. Sejenis manusia yang boleh bercakap dengan siapa sahaja kenal atau tidak di mana- mana.
  2. Sejenis makhluk yang hanya bersuara bila ditegur sesiapa di mana sahaja.
  3. Sejenis orang yang hanya kecoh di alam maya tapi sunyi sepi di realiti.
  4. Sejenis golongan yang tabiat mereka memang pendiam tak banyak cakap (tapi dalam otak tengah perang dunia ketiga siapa tahu?)
  5. Sejenis...kuih!??




Err, 
melihat kepada betapa pentingnya hubungan komunikasi,
maka hati ini telah menjentik hulu jantung tuannya
agar membicarakan tentang ikhtilat!
Eheh!

Ikhtilat kali ni makcik nak pompang pasal nada sewaktu berbicara dengan lelaki.

Take note yer anak- anak gadis!


Berdasarkan pengalaman hidup makcik yang bujang nak dekat suku abad,
ehem,
makcik akui tak reti nak cakap ayat leret leret ala tarannum tak jadi dengan makhluk XY.

Macam kalau panggil nama orang,
inshaAllah tak leret kat hujung nama...
ala gaya syair.

"Amee..eee..eeeerrrr..."
*Susah nak gambarkan leretan nada itu*

Lelaki mana kalau dengar tak lembik lutut?
Maka berlaku lah dialog susulan,
dengan nada lembut,
membuai roma telinga,
kadang terbawa ke minda luar sedar?

Hey, 
kita perempuan mana tahu apa orang fikir,
dan sebaliknya pom,
andai lelaki cakap manis gaya lembut ubi kena rebus lenyek,
perempuan mana tak sangkut?



Mesti ada yang pernah jatuh hati semata terdengar suara jer kan?
Malah ada teori yang suara sedap biasanya tak kacak atau cantik?
Err.
Tinggal kan teori kacak cantik.

Yang nak ditekankan kat sini,
Tolong lah,
tolong jangan cakap dengan suara lembut sangat,
ketawa halus-halus...
*jangan berdekah-dekah gelak atau mengilai bak langsuir*
Tolong lah yer.



Makcik tak dengki,
andai suara kalian merdu,
kikik ketawa kalian manis.
Cuma,
tak seronok andai tengok aksi cakap-cakap manja,
sedangkan kalian atau kita tidak punya hubungan yang menghalalkan perkara sedemekian.

Kalaulah semula jadi kalian bersuara manja,
cuba latih diri untuk cakap tanpa nada.
Tak susah, 
jangan leretkan sahaja.

Jaga Diri, Jaga Amal, Jaga Suara Tegas Biar Jelas

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: tapi kalau cakap dengan saudara seperti pakcik atuk kaum kerabat semahram tak ada masalah yer!
=)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

4 comments:

Shila said...
April 25, 2013 at 7:55 AM

baiklah..

tak cakap manja2 dahhh.. :p

[Reply to comment]
kay_are said...
May 5, 2013 at 1:35 PM

aku rase aku kategori num 2 dan pada mase yang same kategori num 3.. number 1 tu waktu aku sekolah rendah je kot sampai r aku kne sound terus hilang sifat aku yang num 1 tu..

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 1:43 AM

*pat pat*
Bagus dengar kata miss neh... ;p

Tak semestinya guna ayat manja. Kadang itonasi pom mendayu dayu.. Fiuu~~

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 1:45 AM

Oh. Okay la dalam kategori 2 - 3. Kalau dah empat memang helpless.

Eh..asalnya talkative rupanya. Mesti mak yang sound sbb takut dibawak lari oleh sesape kan? Ker sape sound?

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.