The Other Side

Edisi Gua | Mari Merungut Lagi....

Assalamualaikum w.b.t..

Err.
Tengah marah- marah kat broadband sebab tak boleh connect guna modem dari awal malam tadi.
Nak buat hotspot kat phone pom tak ada line.
Pandai betul dia timing,
waktu orang tengah semangat nak buat report tu,
assignment ni.
Grr!!!
Ni dah pukul 2 pagi baru waras,
nasib tak sesia stay up baca novel.
Tapi sesia jugak sebab bukannya study pom.
T_T



Err kedua.
Gua syak gua ni tahap ignorant gaban punya peringkat lah.
Gaban tu apa jangan tanya sebab tak tahu asal usul,
kalau dulu mungkin cakap ignorant tahap petala kelapan.
Sebab dulu layan jugak manga ala- ala perwira.
Ignorant sebab memang gua ni boleh kata last person tahu update gosip terkini yang berlaku kat sekeliling.
Hey, orang nak tunang, seminggu lepas tu keluar gambar kat fesbuk gua baru tahu.
Orang dah nikah 2-3 bulan gua baru tahu jugak.
Sedih sungguh hidup.
Boleh kata gua out-of-date pasal hal manusia sekeliling.
Tapi bukannya wartawan Melodyy ker apa nak kutip tahu semua hal orang kan,
niat murni dari nak ambik tahu,
tetiba beralih arah ke situasi mengumpat.
Isk!



Err ketiga.
Mari merungut?
Biasa lar kalau ada event apa- apa buat aktiviti ker, 
mesti ada person in charge (PIC) yada- yada dan gerombolan seangkatan.
Dan biasanya,
kalau sebelum buat post mortem program,
kes rumah dah siap, pahat masih berbunyi tu selalu sangat.
Tapi pahat berbunyi tu bukan gua punya, 
orang lain punya pahat. 
Lalu gua hairan macam mana mereka boleh mencetuskan situasi pahat berbunyi sedangkan 'rumah' tu pada mata kasar gua sempurna, 
*rumah siap ada kolam ikan koi berjimba dengan berudu gitu*
Eh la.

Adakah tahap ignorant gua tahap kronik,
atau spesis manusia yang redha je dengan apa- apa keputusan,
yang mana akan dibahas kalau gua tak puas hati.
Iye, 
pelik.
Mak gua pernah cakap,

"Kalau orang tu jenis cakap belakang pasal orang lain dengan kita, mesti dia akan cakap belakang tentang kita kat orang lain jugak"

Mengumpatkan mereka kalau meluahkan rasa tak puas hati,
sambil complaint kat belakang? 

Entah,
sebab gua spesis nak sound akan sound depan- depan kot,
lebih senang confront daripada cakap belakang,
tapi takde lah sampai menjatuhkan air muka,
slow talk okay kot.
Tak pom gua marah terus kat dalam telefon,
lepas tu call minta maaf.
Senget lah jugak,
api dalam sekam, bendang boleh rentung.
Kes cakap belakang ni,
gua syak sekam tu nak bakar satu kampung?
Naa, merepek apa?

Entah keberapa kali,
sebab yang meluahkan rasa tu,
member- member jugak,
dan dalam kalangan member,
rasa macam torn between two three four lah!
Gila kalau nak jaga semua pihak punya hempedu jantung bagai.
Mungkin jugak sebab tu jadi ignorant.
Hurm...



Guys drama gua tak tahu sangat,
tapi member gua cakap lelaki kalau mengutuk tahap kaw-kaw.
Kira macam kena panah petir kalau perempuan dengar secara live.
Girls drama,
endless weh.
Penat jugak nak cope.
Oh, lupa, logik jugak gua ignorant,
sebab telinga selalu plugged dengan earphone.
*bajet Dream High ker apa*
=_='

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mulut Sesedap Ayam Komen

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: situasi perut lagu klasik nyanyian Saloma,
sebab baham 2 paket teh susu segera semata nak stay up.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

2 comments:

kay_are said...
May 5, 2013 at 1:32 PM

merungut tu tak salah kan sebab kite just nak hilangkan tension or lepaskan stress terhadap sesuatu je betul? bukan menidakkan takdir pun.. tapi ape yang mak ko cakap tu memang betul pun. aku sendiri rase cume pelaku tu tak tau pun yang aku dah tau.. cume aku still ade sabar lagi sebelum tunjuk kat pelaku tu yang aku dah tau ape die cakap dekat belakang aku..

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 1:39 AM

Merungut tak salah. Simpan kan stress. Tapi kalau setiap benda nal dirungutkan.. *sigh*

Ha ah. Sbb tu kadang takut kalau terperangkap dalam situasi org tengah mengkomen. Nak tak nak. Someday kita jadi bualan jugak.

Oh. Seronok tengok orang hipokrit buat wayang kan... :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.