Assalamualaikum w.b.t...
:: masa exam pom ada hati lagi nak buat post ::
Alkisahnya begini..
Hari ni paper Analisis Farmaseutikal I.., dan hakikatnya, aka baru mula baca notes adalah dalam bermula jam +- 9.00 malam semalam..exam pukul 2.30 petang!
ambil membaca dengan meja selerak dengan highlighter dan pen dan notes.
aku buka facebook, on skype, on y!m..dah lar status aku *available*
boleh kira dengan jari berapa kali jer aku buat *busy* tapi kalau *idle* tu most of the time ah..
kerja aku bukan tilik y!m memanjang..
sambil menghighlight baris-baris ayat dalam notes tuh, aku layan lagu..*guna media player jer, aku tak reti canggih manggih nih* -_-'
Puas baca notes, aku y!m dengan member aku yang kat UIA kuantan..
Dia tanya.. " Da katang berapa bab ?? "
*slang Terengganu*
Aku jawab.. : Ada 15 bab, tapi satu pom tak habis lagi. "
:: Ayat nak defend diri ::
" Bab yang aku baca ni banyak ayat lah! "
Respon member aku.. : " Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........! "
hahaha, aku gelak sahaja, sebab dah memang aku tak boleh study awal-awal..
Seru dan mood study payah nak datang..
:: Teh ada kafein ::
Aku minum ah teh suam tanpa gula, ada hati nak berjaga untuk study..
Itu hanya angan-angan sahaja, lepas jer pukul 12.00 sikit, mata dah mula layu..
katil memanggil-manggil..
Kafein ker, coklat ker, memang dah tak bagi kesan dah.
:: Bermulalah saat aku separuh mati.. ::
Ingatkan nak tidur sekejap lepas subuh *tak elok, jangan ikut!*
Handphone dah set alarm pukul 8.00 pagi..
:: 8.00 pagi ::
SE : OK - Turn Off
Tidur balik..sedar-sedar pukul 9.00 pagi..tidur balik..sedar lagi kul 9.30 pagi..tidur lagi-lagi sedar-sedar dah pukul 10.00 pagi..
:: Semangat untuk bangun ::
Tak boleh, banyak lagi aku tak habis baca...
Peristiwa membaca notes berterusan dari bilik sampai lah aku sampai kat surau TIBE kat fakulti..
2.15 petang dah stop!
Yang nak dijadikan cerita adalah..
Apa yang berlaku masa aku tidur sampai pukul 10 tu lah..
Perghhh...mimpi sikit punyer dasyat..
Orang kata kita mimpikan orang tu kalau kita teringat kat dia sebelum tidur
Ada jugak yang kata kalau tak ingat pom dah nak mimpi masuk jugak... ^ ^'
Apa yang aku mimpi ??
Dalam berhubungan,
Berkawan ker, bermember ker, bersahabat ker berapa-apa yang menghubungkan dua insan
yakni spesies XX dan XY..
Kena menjaga hati..
Susah nak menjaga hati nie..
tak nak bagi lalai, ingat kat XY / XX selalu ker..
Boleh kata dah jadi zina hati.
Aku harap aku jauh dalam zina hati, mata dan semuanya.. Amin..
Ini bukan macam lagu Menjaga Hati by Yovie & Nuno..
Mejaga hati supaya setia dengan seseorang *it should be our spouse insyaAllah*
[ Aku nak perfume hantaran kahwin...hahaha]
*serius ni*
Ini menjaga hati agar mendapat keredhaan Allah,
Jaga hati agar tak sakit dengan harapan palsu,
Jaga hati agar tak berputus harap bila yang tak diingini berlaku..
Jaga diri, Jaga Hati, Jaga Iman..
:: Salam Satu Aqidah! ::
6 comments:
kak yah...
gud luck exam,,,
15bab??
takowt2,,
Miss DayDay..
layan...
hahahhaa
ak gelak gulim2...hahaha
lawak ah~~:D
yeay berjaya komen at last~~
@Jidah...
hahha, aku pom gelak-gelak jugak sambil taip :D
sheeengall!!
:D
@Jidah..
bo layan ..hee :D
Post a Comment