The Other Side

Pandang-pandang. jeling-jeling...

Assalamualaikum...


Seperti biasa, sambil jalan-jalan, mesti pandang sekeliling..
tapi aku ni lain sikit, macam kat kolej ni, dah 3 hari makan kat kedai Thai area tasik titiwangsa gara-gara kafe kolej tutup..
sambil jalan menuju kedai makan serba merah bagai tuh, aku fokus ke arah matlamat..
bila kawan-kawan cakap..
" Aik, dari tadi lagi kat sini, kita dah siap makan pom.."
haha, dia cakap pasal orang kat bench kat tepi tasik tu rupenyer..
hailoh, mana lar ak nak perasaan, aku jalan pandang depan dan bawah sahaja..
tak pandang dah kiri-kanan..
kalau bakal mak mertua duk usha-usha calon pom kompom aku tak perasan punyer lah!
hahaha..


tapi..
:: fokus aku pada petang ini. ::
bila kita pandang sekeliling kita, pemandangan kita, tertumpu ke mana eh..
kalau pergi fakulti, nampak lah bangunan fakulti..
huh! macam tuh budak tadika buleh jawab..
" kalau pergi tadika, nampak playground lah! "
tak..tak..
itu bukan tujuan ku.. eceh!
ini masyarakat sekitar..
wohoo..
kalau nampak macam kelompok yang besar sangat lah kan..kan..
kira kena kira apa yang dinampak oleh mata lah acap kali melihat..
senang cerita..
penampilan kitalah..
dah tutup betul-betul ker..
takut tersingkat, terjarang, terketat, terlondeh, ternipis..yang membawa kepada ternampaknya itu semua kepada yang tak sepatutnya..
ingat seorang sahabat ada cakap..
:: " Jadi orang lelaki lagi susah lah.. " ::
aku dengan blur nya tak faham tanya balik.
" Apa yang susahnya ?? Aurat mereka lagi senang kot.. "
perghh, ceteknya fikiran aku masa tuh ^ ^''
jawapan dia
:: " Yelah, kena jaga pandangan.. " ::
aku terdiam, berfikir..
betullah tuh, situasi tadi adalah dalam bas nak pergi fakulti...lalu area chowkit!
aku tengok kiri kanan memang peluang untuk mencuci mata tu sangat terbuka luas lah..
jaga pandangan..
elak zina mata..
ni bukan kes tertengok sekali rezeki kena tengok lama-lama..
salah tu!


:: An-Nur: 30-31 ::
" Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. " 
-Ayat 30-


" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga padangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ( auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ..... " 
-Ayat 31-
list mereka yang boleh memandang tu panjang, boleh rujuk tafsir.. :)


Jadi, dalam Quran dah terang-terang kita tutup dan menampakkan yang berkenaan sahaja kan..
ayat pula ditujukan kepada lelaki atau perempuan yang beriman..
Alhamdulillah I'm A Muslim..
Someway somehow, there will be Iman in you..
The difference is just the level of Our Iman..


::: Wahai orang-orang yang beriman, Do Amar Makruf Nahi Mungkar.. ::
Jaga pandangan, jaga Iman.. :)


:: Salam Satu Aqidah!! ::
Heh, siapa nak Ayat balik ???

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.