The Other Side

Tersenyum di Booth Jual Buku

Assalamualaikum w.b.t...

Cerita dua hari lepas.
Sesi meneman nenek-nenek ke HUSM untuk stok bekalan ubat dan jumpa doktor.
Aku jadi driver sebab adik tak nak bawak kereta besar.
Nenek dan abang yang sentiasa membesar memerlukan ruang yang cukup.

Sepatutnya pergi pukul 8 sebab mudah nak cari parking, 
Kat HUSM parking sikit punya susah, sempit, nak panjang leher kalau datang lambat.

Disebabkan cucu yang kacak buat tak tahu pagi tu dan membantai tido..
Nenek yang ada penyakit dementia telah dipesan semalam bahawa esokkan mahu ke hospital awal pagi.
Dia lupa dan ambil masa yang lama nak bersiap.
Pukul 10 pagi sampai HUSM
Pengajaran, aku drop mereka dan parking kat luar hospital lalu menapak selama 7 minit masuk ke klinik rawatan keluarga.

Semasa menunggu ambil ubat kat farmasi.
Memang ada booth jual buku, mesin urut, topup,
Kebanyakannya buku agama lar..
Ma singgah kat satu booth dan membelek buku doa..
Sekali dia bukak keluar doa..
Tada..!

:: Doa bertemu jodoh ::

Ha kau, terus dia panggil aku, tunjuk sambil sengih-sengih..
Dalam kepala aku dah melayang, mamat mana lar Ma duk fikir sekarang,
Jangan lar orang itu 
T__T

Nak selamatkan diri,
Aku goreng, sengih,
"Bagus buku ni, doa apo lagi? Beli lar."
Pasang langkah besar-besar,
Aku lari pergi tunggu dengan nenek-nenek aku kat kerusi klinik tadi.

Nak dekat 3 jam bosan menunggu,
Hajat nak g sambung tidur dalam kereta,
Aleh Ma cakap dah siap..
Berjalan lagi 7 minit g ambik kereta.
Sambil tu jeling parking yang kosong sebab dah pukul satu..
Haa, menyesal buat lambat-lambat lagi..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Doa

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ubat sambung nyawa, kalau ajal dah sampai, takde siapa boleh tolak...

Selamat pagi Bro, lu nak kopi ker milo?
*perempuan kacak gaya cakap brade-brader kan?*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Jadi Anak Jantan di Bulan Puasa

Assalamualaikum w.b.t...

Sesungguhnya menjadi jantan dan lelaki itu berbeza...


Anak jantan:


  1. Hanya bangun apabila dikejutkan sampai nak runtuh pintu bilik
  2. Sambung membuta selepas sahur sampai tengahari
  3. Cuci mata dengan semak di kawasan rumah
  4. Menanti ajaib baju kotor bertukar menjadi lipatan bersih dalam almari
  5. Hanya tahu guna tapi tak pernah basuh kereta au motor
  6. Pulang bila azan maghrib dalam 5-10 minit sahaja lagi
Anak lelaki:

  1. Tolong kejut ahli keluarga selepas solat Tahajud
  2. Pergi jemaah Subuh kat surau dan sambung tadarus bila balik
  3. Upah orang au potong sendiri rumput depan rumah
  4. Rajin buat 'laundry' dan kemas bilik
  5. Teman mak pergi pasar au bazar dan tempat berkaitan
  6. Tolong buat air sekurang untuk berbuka
Anak perempuan:

  1. Kena bangun tolong memasak sahur


Realiti anak jantan macam tu ke tak aku tak pasti,
Sebab abang aku memang suka menyemak kat dapur,
Walaupun tak reti nak tolong apa-apa sebab dia budak istimewa,
Kalau boleh memang dia nak tolong,
Rajin basuh kereta, kemas rumah, tolong jemur kain...

Kalau budak istimewa ada naluri macam tu, suka tolong orang,
Kita yang normal,
Ada rasa malas lagi....
Yang nyata setan dah kena tambat pom macam kena hempap pokok lepas sahur.
Ada rasa malu tak?
*aku termalu kalau terjadi anak jantan tiba-tiba*
Huu~

Apa-apa...
Petua nak bagi ada mood untuk memasak bila sahur,
Kena bangun awal sikit,
Malam sebelum dah plan nak masak apo.
Kalau gopoh-gopoh memang rasa nak minum susu jer,
Lepas tu guling-guling lapar walau Asar belum lagi.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai Bulan Puasa

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: hantu yang orang bela macam hantu raya tu kena tambat tak bulan puasa?


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Iklan Semasa Solat Terawih

Assalamualaikum w.b.t..

Sesungguhnya, surau kat rumah aku tu sangat lah kecik,
Saff perempuan kalau budak kecik muat 6-7 orang,
Yang dewasa ikut saiz dari 4-6 orang yang mana, 
Kalau dewasa muat 6 orang memang stok-stok anak dara slim..
*jarang berlaku sebab selalu memang makcik pom akan duk sesaff*
Ruang muslimin memang besar lar..
Hurm...

Surau tu keluarga jiran aku yang bina,
Tok ayah mereka dulu tok imam, kira amal jariah buat surau..
Dapat pahala berterusan...

Masa kecik dulu,
Solat terawih memang 23 rakaat lar, takkan kurang..
Kira lar dekat 30 hari duk kira bulu-bulu sejadah.. 
Hee


Sekarang, tok imam dah berusia,
Yang muka lazim kaki surau pom semakin meniti senja,
Dah jadi 8 rakaat..
Muka-muka baru,
Nak tengok boleh tengok masa solat sunat hari raya..
Lagi best kalau,
Duk saff depan sekali, lepas nak dekat-dekat solat sunat raya tu,
Pusing belakang buat-buat cari orang,
Padahal tengok muka yang datang solat sunat hari raya jer..
Hurmmm.
--- dan janganlah kamu riak dengan amal yang kamu lakukan ---

Nak pendekkan cerita,
Sepanjang nak tunggu solat terawih habis,
Adegan-adegan seperti berikut biasanya berlaku:-


  1. Tengok jam
  2. Main kibas-kibas kain sembahyang
  3. Ukur tapak tangan dengan adik
  4. Bandingkan paha dengan makmumah lain semasa duduk nak baca doa. *boleh beza kurus ker berisi dari tinggi lipatan paha* T.T
  5. Tengok tangan kanan ker kiri lagi burn. *selalunya tangan kanan*
  6. Cuit-cuit lutut sengaja bagi geli 
  7. Kalau saff belakang, tengok bayang corak baju dalam kain sembahyang
  8. Pusing kiri pusing kanan, lepas tu sengih
Rasa macam banyak,
Tapi cukuplah 8 dah kira berpinar mata nak baca kan..

Panjang umur, dalam 25 hari lagi baki yang ada..
Nak pulun amal kan..
Dan lebih senang beribadah andai perut tak terlalu kenyang...
Makan tu biar berpada-pada...


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Waktu Terus Beramal

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: semua kat atas hanya boleh dilakukan jika berekatan dengan saudara terdekat
cuba lar dengan buat yang tak kenal, mahu kena jeling.. 
*kak, puasa ni kita senyummm jer*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.