The Other Side

Ilusi Nikah Awal | Random

Assalamualaikum w.b.t.

Hey Hey!
Bermodalkan konsep tulis apa yang kita tahu.
Yang mana apa yang diketahui itu bukan ilmu sesat hendaknya.
Atau fikiran skeptik dan prejudis kemudiannya bertukar menjadi prinsip hidup.
*geleng- geleng*



Aku bukan the living proof nak komen pasal nikah awal ni bagus ker tak.
Maka jangan ada yang mengkondem cakap,
aku kritik sirah,
Nabi Muhammad s.a.w. nikah masa umur 25 tahun.
Dan umur 25 tak ada lah awal sangat kot? Kot?
Dah suku abad.
Tapi kalau dah tak matang,
umur 40 pom belum tentu 'masak'.

Semalam terbuka cerita pasal nikah- nikah dengan mak mertua akak dan akak di meja makan.
Aku bukak cerita junior dah nikah, siap mengandung gitu.
Komen akak,

"Bukannya best sangat nikah awal..."

Aku tengok anak saudara 3 orang duk golek- golek depan tibi.
"Oh... Okey!"
Eleh, dia bukannya nikah awal sangat pom,
umur 25 baru nikah, fair and square.

Pasal ilusi nikah awal kan,
ada yang pernah tanya Ustaz Azhar Idrus pasal nikah khitbah?
Yang jelas dari klip video kat Utube tu,
suami wajib tanggung nafkah isteri,
kalau ayah mertua hantar isteri itu ke rumah suami.
Bukan di tangga rumah sahaja.
Jatuhlah istilah segala sudut suami tanggung isteri.
Tanggung makan pakai isteri.
Tanggung dosa isteri.
Tanggung anak- anak andai ada rezki...



Hey!
Umur awal dua puluhan kalau dah mampu nak sara anak orang takpe,
aku tak kesah.
Dipersilakan.

Umur awal dua puluhan dah cukup ilmu di dada untuk didik anak orang.
Juga aku sarankan nikah awal,
lagi cepat buat pahala secara double kan?

Masalah datang kalau kau nikah semata nak elakkan zina?
Ewah!
Sesedap ubi je beralasankan nafsu.
Apa dengan nafsu tu kau nak beli lampin susu kalau dah beranak pinak nanti?
Tapi kalau lepas kau dah nikah mak ayah mertua nak tanggung lagi anak mereka lain cerita.
Puasa dulu, cucuk biji mata dengan garfu kalau dah kronik sangat.
*harap takde yang bendul bebetul cucuk mata*



Umur umur begini,
saat cuti sekolah dan wall facebook penuh dengan gambar nikah memember.
Rasa cemburu ada jugak.
Fikir masak- masak.
Apa aku nak makan pasir?
Usahkan pasir, mana nak cekau calon?
Kihkih.
Biarkan je lah.
Jiwa kacau kejak.
Dan demi menurut komen akak yang nikah awal bukannya best sangat.
Makanya,
"Ada jodoh, sampai seru, ada lah nanti."
*ayat tipikal*

Ilusi nikah awal paparan "share- share" di facebook?
Aku cuba berhusnuzhon..
Apakah artikel itu benar,
atau khayalan penulis.
Yang mengimpikan perkahwinan sebegitu.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: maaf tak fikir pasal nikah ni, sebab tujuan nak habis belajar & kerja dahulu inshaAllah. 
Allah Know better. XD

Heh, siapa nak Ayat balik ???

13 comments:

Falling . said...
June 5, 2013 at 5:09 PM

haha aku suka ayat ko

Apa aku nak makan pasir?
Usahkan pasir, mana nak cekau calon?
Kihkih.

jadi, mana aku nk cekau calon aku jugak ?

[Reply to comment]
Unknown said...
June 6, 2013 at 8:55 AM

Heheh. Kata dek ustaz waktu aku di pondok dulu, ada ulama yg alim bahagian tauhid mengatakan bahawa haram kahwin selagi tak habis kitab bab kahwin. Kitab bab kahwin ni termasuklah dari awal nikah sampailah bab haid apa semua, sampailah pada anak2. Kira lengkap. Bukan sekadar pergi kursus dua hari. Sebabnya mudah, isteri boleh teraniaya akibat suami yang cetek ilmu.

Namun, dari sudut fiqh pula, lain sikit. Kira pada pandangannya, agak ringan. Begitulah.

Apapun, jodoh ini kena usaha juga. tak boleh tunggu datang sendiri. Kalau tak, tak ada nabi suruh pilih elok2. ^_^

*Aku nak nikah. Rasanya boleh dijalankan tanggungjawab. Begitulah. Jadi tak boleh nak membujang dengan kau. Hahah.

[Reply to comment]
Anonymous said...
June 8, 2013 at 4:03 AM

aku setuju dgn mek ni....aku ni laki..umo 25..bila pk bab khwin ni...berat ja ht..klau rs terfkr pon sbb efek kwn ada yg dh khwin..aku fkr bleh ke aku khwin..kerja x ttp..prngai kuar mlm xleh tnggal lg..byk lg nk kna pk..khwin ni bkn sehari 2 ja dgn bini@laki..dh nma khwin..msti nk kekal smpai ank cucu..klau jodoh pnjang la..pastu bla khwin bleh ke aku bimbing bini aku...tkt gak aku di cop dayus...kwin muda ni seronok jap ja...sbb?sbbnya ialah seks..tu ja yg pk...lpas tu xde...ada cita kt kmpung aku..pasangan ni dulu khwin muda..skrg dh bercerai...yg prmpuan dh xnk kt laki dia sbb xhensem..dia ckp cmtu...wlaupn xhnsem..ada gak ank..ksmpulannya...khwin muda ni kurang sesuai bg aku..takat seks ja yg pk..susah la...agak2 klau aku ajak tuan blog ni khwin dia nk x...hahaha..nmpk mcm ok..sng nk urus.....just kidding my dear...

[Reply to comment]
Cikya said...
June 9, 2013 at 12:15 AM

Gugu,

dengan rendah hati aku cadang kau bodek mak mintak cari calon seketul..
kehkeh... XD

RL,

ewah, pilih kalau ada calon RL, takde calon, nak pilih camno haa.
eh eh, tak nak geng sudah. pi la nikah cecepat.. haha

[Reply to comment]
Cikya said...
June 9, 2013 at 12:19 AM

Mr Anon,

tersedak den baca komen ni haa. ye lah mek jawab. Keluar malam takpe, kalau setakat main futsal dgn member, pi mamak layan bola. Yang keluar malam sebab ada nightlife tuu den mintak simpang siur haa.

Ohoo.. jangan buat lawak ajak nikah begitu. terkujat sesaat den baca haa. ingat kucing ker senang senang nak urus. ahhah!
^.^

[Reply to comment]
kay_are said...
June 9, 2013 at 10:00 PM

lain orang lain pendapat die kan.. bagi aku, kalau dah sampai seru tu akan kawin gak.. tambah mak aku pun cakap anak laki die ni tak bape matang lagi nak kawin.. +__+

[Reply to comment]
rusydi said...
June 16, 2013 at 2:43 AM

tak ada ilusi dalam ibadah nikah. dan tak ada haram bila tak tamat bab nikah. bila usia telah datang, laksanakanlah. aku nikah 25 tahun, walau tanpa kerja, tanpa rumah, yakinlah Allah akan memudahkan semua kebutuhan hamba-Nya. tak mungkin Allah menelantarkan hamba-Nya. ibadah nikah itu ibadah luar biasa. salam from indonesia

[Reply to comment]
Cikya said...
June 17, 2013 at 2:30 AM

Rusydi.

Terima kaseh saudara sudi tinggalkan pandangan.
Tak ada haramnya tak khatam bab nikah, ilmu takkan pernah cukup.
Rezki selepas nikah lagi murah kan. :)

Kisahnya tentang hukum nikah itu sendiri. Andai saudara hukumnya sunat Alhamdulillah, harus sama wajib juga bagus.

Masalah timbul bila orang yang makhruh nikah. Gelojak jiwa muda yang tak fikir panjang telah onak rumah tangga. Membawa kepada perceraian seusia pernikahan tidak sampai 5 tahun.

Ini bukan ilusi beribadah. Ilusi mereka yang menperguna kan alasan ibadah untuk niat yg kurang murni? Wallahua'lam.

[Reply to comment]
K.A. said...
June 28, 2013 at 11:50 PM

duit...xde susah..ade pon susah.. Nak kawen susah..aku pnah hantar email kat Dr Maza, cerita msalah aku pasal susah nak kawen, sbb duit, sebb kerja, sebb famili..jawapan ringkas y smpai hari ni aku sntiasa amek fikir dan buat sebat hati aku adalah " permudahkan perkahwinan"

[Reply to comment]
Siti Nurhayati Dollah said...
June 30, 2013 at 11:05 AM

Sebagaimana penulisan Hilal Asyraf dalam buku beliau "Sebelum aku terima nikahnya", Pertamanya, remaja kena tanya diri mereka, reasonablekah mereka dalam minta kahwin awal, nikah khitbah dan menggunakan alasan majlis murah dianjurkan Islam, semata-mata atas kemaruk cinta mereka? Ada perancangan tidak? Bagaimana kemampuan, usaha untuk mencari kemampuan, sudah bergerak atau tidak?

Jadinya nikah awal atau tidak, persiapkanlah diri. InsyaAllah. Ada jalannya.

[Reply to comment]
nur said...
July 3, 2013 at 12:59 PM

nikah bila kedua-duanya dah bersedia nak pikul tanggungjawab suami isteri, hidup berkeluarga.

[Reply to comment]
Ihsan Arifin said...
July 14, 2013 at 9:09 PM

tiada larangan untuk kahwin di usia muda.
tapi seeloknya persiapkan dulu diri dengan kelulusan akademik dan kerja.
nak sara anak orang bukan perkara main-main.

btw, selamat berpuasa :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.