The Other Side

Edisi Gua | Tak Terucap

Assalamualaikum w.b.t..

Teruklah gua macam ni,
dah dua malam tak boleh tidur.
Nikmat lena waktu malam Allah dah tarik ker apa.
Dan saat ni tahap melatonin dalam badan dah lintang pukang gara- gara tak tidur malam.
*nocturnal being*
Cane kulit nak cantik neh.
Kahkah, macam selama ni kisah tidur cukup ker tidak.

Selalu orang tak boleh tidur sebab terlebih fikir.
Otak ni pulak waktu nak lelap mula la fikir macam- macam,
dari perancangan esok sampai lar ke 4-5 tahun ke hadapan.
Heh, 
gaya hidup je lagi masa tu.



Oh!
Tak pom sebab kenyang sangat,
supper BBQ kat kolej pukul 11 malam.
Sebab majlis mula lewat...
*sedang mencari alasan*

Gua sentap sebenarnya,
yang membawa kepada pemikiran yang jahat tapi tak terluah kat depan tuannya.
Nak je, 
nak sangat gua cakap.
Andai hati perut hempedu limpa tak berfungsi elok.

"Kau buat lah macam mana gaya pom, dah tak comel, takkan comel."
*nyampah*
Gerutu dalam hati...



Gua ni spesies susah nak puji orang,
kalau betul- betul comel wa cantik baru gua cakap cantik.
Dan gua cakap terus kat tuan punya badan.
Kecuali keadaan terpaksa,
yang mana terpaksa puji sebab semua orang puji,
nak lari dari awkward situation kenapa gua sorang je outlier tak mahu puji beliau?
Kahkah. Jelas tak ikhlas.
*tampal sengih plastik*

Oh, sebab cantik tu kan subjektif.
Maka ikut sedap tekak gua lar nak puji ker tak.
Tapi taste adik gua lagi dasyat,
andai gua rate 6/10,
adik gua bagi grading A, B,C, D.
6/10 tu C, adik gua terus bagi D atau Gagal.

Makanya,
sampai gua ngaku kau tak payah menggedik buat gaya comel.
Untuk nampak comel.
Dapat adik gua sah- sah kena kutuk.
Ah, tak kisah lah.
Siapa gua nak mencerca ciptaan Tuhan.
Takkan ada yang sempurna.

Gua tak cerca rupa paras sesiapa.
Cuma kritik aksi tak berapa.
Berapa.. Err senonoh di mata aci la kan?



Benda ni membawa kepada pemikiran banyak kali.
Macam abah gua cakap,
orang yang baik 50 sen, biasa akan "click" dengan orang yang baik 50 sen.
Yang integriti beliau berharga seringgit, memang akan selesa dengan orang berintegriti seringgit.
Opposite Attraction tu tolak tepi sebab ini bicara dalam lingkup berkawan.
Bak Dr. Fadhilah Kamsah,
orang yang keluarkan energy positive akan tarik orang yang beraura positif juga.
Aura yang sama, pemikiran yang kurang berbeda.
Lalu,
It is possible to drift away from a "ship" after a while due to different energy emitted?

Haha,
gua tahan je ayat jahat cakap siapa- siapa tak comel.
Sabar lah.
Bersangka baik lah.
Tahap terendah dalam bersahabat.
Nak jejak Itqan camne gini.

Moral of the story,
gua nak cakap behave jer.
Behave lah wahai perempuan!
Jangan galak sangat.
Jangan kontrol ayu sangat kecuali benar tulennya ayu.
*jelas lakonannya*
Jangan pandang orang sebelah mata sebab beliau tak pandai.
Jangan pilih bulu nak member yang cantik jer.

Banyak sangat jangan.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: meluah rasa, luah kat manusia nanti jadi back stabber! Ohoi.



Heh, siapa nak Ayat balik ???

7 comments:

Khamsi Abdullah said...
May 31, 2013 at 1:47 PM

Assalamu'alaikum..do not offend ye.. y pasal ayat "Siapa gua nak mencerca ciptaan Tuhan.
Takkan ada yang sempurna." bukan sepatutnye ciptaan Tuhan ni semuanya sempurna ke?..huu. Anyway, sama je mcm sy, y betul2 cantik atau ensem baru saya cakap. dah ada plak member cakap taste tggi tak sedar diri..ayoyo. Dah hati cakap gtu kennn...? Macam dekat ofis, ada budak pompuan baru masuk, dept kitorang, abang2 baik akak2 baik, semuanya tanye..eh2, budak baru tu cantik kan? ...slambe je sy jwb,yeke? bese2 je..trus dorg diam..wakakaka

[Reply to comment]
Gugu Suseno said...
May 31, 2013 at 2:03 PM

perangai pmpn skrg menakutkan . . .

der, add fb aku . name same ngan blog .

[Reply to comment]
Cikya said...
May 31, 2013 at 5:46 PM

Wassalam. Khamsi,
Oh. No offend. Pasal ayat tu. Ada misunderstood sikit sbb aku pom tak tulis ayat penuh.
Maksud aku, bila mana tak ada yang sempurna,
Ciptaan Tuhan sempurna, khilaf manusia yang mencacatkan kesempurnaan tu.
Buka pertikaian menyatakan yang ciptaan Tuhan tak sempurna..
Haha. Brape banyak sempurna daa. :)

[Reply to comment]
Cikya said...
May 31, 2013 at 5:47 PM

Gugu.

Okai..t aku add...
Perangai perempuan atau laki sama menakutkan.
Kalau tak betul jalannya. ;)

[Reply to comment]
Khamsi Abdullah said...
May 31, 2013 at 9:33 PM

Ahahaha...betul. Yang penting kesempurnaan hanya milik Dia

[Reply to comment]
Romeo Laut said...
June 3, 2013 at 10:55 AM

Chor.. Teman dah update dah. Hahah.

[Reply to comment]
kay_are said...
June 9, 2013 at 10:04 PM

setuju. sebab baru je happen kat aku baru2 ni.. cume wat mase ni aku berdiam diri je dulu.. sabar selagi mampu.. dan aku ske statement ko kat atas tu.. alhamdulilah aku ade bape orang teman yang aku percaya tak kan guna kelemahan aku untuk jatuhkan aku.

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.